facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • GoTravel
  • Inforyou
    • Islam
    • Extra
    • Stuff
    • Info
  • About
  • Contact
  • Shop

𝚗𝚎𝚙𝚑𝚘𝚙𝚑𝚒𝚕𝚒𝚊 𝚍𝚒𝚊𝚛𝚢

PART 1 - NUMBERS

Assalamualaikum, so hari nie kita belajar pula bahasa Cina..Simple jak.. dan kita akan start dari number..
Saya belajar bahasa Cina sebab ramai adik sepupu saya sekolah Cina..
Kadang-kadang minta tunjuk pula mengira...
Sorry sayang2 kakak... kakak cuma tau Wo Ai Ni jak...hahah..

Xie xie ni Papa Mama.. xie xie ni de ai.. [lagu ni ngan saya sekali terjangkit nyanyi]



OK..jom kita mula..


Number
Simple Numerals
Pronunciation
0
〇
líng
1
一
yī
2
二
èr / liǎng
3
三
sān
4
四
sì
5
五
wǔ
6
六
lìu
7
七
qī
8
八
bā
9
九
jiǔ
10
十
shí
11
十一
shíyī
12
十二
shíèr
13
十三
shísān
14
十四
shísì
15
十五
shíwǔ
16
十六
shílìu
17
十七
shíqī
18
十八
shíbā
19
十九
shíjiǔ
20
二十
èrshí [niàn]
21
二十一
èrshíyī
22
二十二
èrshíèr
23
二十三
èrshísān
24
二十四
èrshísì
25
二十五
èrshíwǔ
26
二十六
èrshílìu
27
二十七
èrshíqī
28
二十八
èrshíbā
29
二十九
èrshíjiǔ
30
三十
sānshí [sà]
31
三十一
sānshíyī
32
三十二
sānshíèr
33
三十三
sānshísān
34
三十四
sānshísì
35
三十五
sānshíwǔ
36
三十六
sānshílìu
37
三十七
sānshíqī
38
三十八
sānshíbā
39
三十九
sānshíjiǔ
40
四十
sìshí [xì]
50
五十
wǔshí
60
六十
lìushí
70
七十
qīshí
80
八十
bāshí
90
九十
jiǔshí
100
一百
yībǎi
1,000
一千
yīqiān
10,000
一万
yīwàn
1 million
一百万
yībǎiwàn
100 million
一亿
yīyì
1 billion
十亿
shíyì
1 trillion
一兆
yīzhào


Ok..siap...hahah...
Bye semua.. Assalamualaikum..





Assalamualaikum...




Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Ulang Chorus


Best kan lagu nie..?? siapa-siapa nda tau lagu nie.. bleh lah check di youtube...


Pengsan..?? siapa-siapa pun boleh pengsan kan..so apa yang kita perlu buat selain renjiskan muka si Pengsan guna air..??
Berdoa..?? exactly...!..ByTheWay..Assalamualaikum semua... hari nie kita cerita pasal pengsan..jangan ada yang pitam sudah lah..hahah..
Okay... Biar saya cerita sikit..  masa tu saya form 5, kena-kena pula time exam pertengahan tahun...
saya jawab paper EST - English for Science and Technology...macam biasa..dengan tangan yg menggeletar sebab gelabah...dengan mata yang rasa macam mau pejam..dengan mineral water yang penuh...saya jawab..tapi awas..penuh yakin..hahah..
Masa cegu umumkan yang kami cuma ada 30 min lagi untuk menjawab.. saya punya lah kelam kabut sebab banyak part and section lagi belum jawab..haha..
Tiba-tiba cikgu Hasz masuk...

"Taqif..mana si Taqif..??" dan seperti yang di jangka..semua menoleh dekat saya sambil menunding jari... saya buat apa lagi..senyum jak lah...awkward pula..hahha...

"Ya, saya cikgu" menjawab sambil berdiri...

"Sini kau Taqif..ikut cikgu cepat..!! Adik kau pengsan tu..cepat...!"
DOUBLE-WHAT...!!??? saya tidak percaya sebenarnya yang adik saya pengsan..sebab setahu saya dia tu seorang  yang kuat...
Kertas exam saya tinggal macam tu jak..
Saya pergi kat adik saya..betul..! dia tidak sedar..saya marah..saya nangis sudah suruh dia sedar masa tu...saya peluk. pun dia tidak sedar....yess..memang kami kadang gaduh..tapi keadaan dia masa tu memang betul-betul buat hati saya macam di cencang...sedih...
Dalam situasi begini apa yang perlu saya buat..??

datang lagi satu cikgu ,.. dia baca-baca ayat... tidak lama lepas tu adik saya sedar.. ALHAMDULILLAH...



dia cakap ini doa orang pengsan..dengar dan tulis..

Baca :-Alfatihah 1x ....dan ayatul kursi 3x..selawat syifa 3x..kemudian baca Surah An-nisa ayat 164...-Wakallamallahu Musa Taklimaa- 3x

In Shaa Allah, boleh membantu sedikit sebanyak dalam situasi macam tu.. Lepas, tu classmates adik saya tolong jaga adik saya..saya masuk kelas balik exam..

Fine...! saya cuma ada masa 5 minit dan tambahan lagi 5 minit..kamu rasa 10 minit tu cukup kah..??? hahaha.. Hello..essay saya baru 2 perenggan okay....hahah..

So, Kawan-kawan sekalian, semoga entri kali ini bermanfaat buat semua...
takut info yang saya bagi salah..?? 
tidak apa..boleh rujuk di google..hahha.. MR Google kan ada... 

OKlah..sampai di sini saja ya...Assalamualaikum semua..

Masa sekolah dulu, saya suka duduk dalam surau.sebab banyak bahan bacaan islamik dalam tu, jadi sampai satu hari tu saya terbaca..
JENIS-JENIS PERPERANGAN...
By the way.. Assalamualaikum semua... Harapnya semua sihat walafiat..In Shaa Allah..

[abaikan nota saya kalau tulisan tidak cantik...baru abis jawab paper pengajian am..+ kelam kabut]


So, cerita pasal bahan bacaan islamik, dalam buku tu, tertulis, ada 28 perperangan antara Umat Islam dan juga musuh nya, namun hanya 9 perperangan yang bertembung dengan musuh manakala 19 lagi perperangan musuh dikhabarkan lari..
Allahu Akhbar.. betapa hebatnya kuasa Allah... Sedangkan umat Islam tidak lah seramai musuhnya yang ingin menentang Islam ketika itu..


Jenis perperangan:-


-Perang Badar Al- Qubra - Surah An-anfal
-Perang Uhud- Surah Ali Imran
-Perang Khandak- Surah Al-Ahzab
-Perang Bani Qhurazah - Surah Al- Ahzab
-Perang Khaibar- Surah Al-Ahzab dan Al-Fath
-Perang Bani Nadhir- Surah Al- Hashr
-Perang HUdaybiyyah-Surah Al-Fath
-Perang Fathu Makkah- Surah An-Nasr
-Perang Taguk- Surah At-Taubah 



Janis perperangan yang tidak terjadinya pertembungan:-

1. Perang Waddan - Kerana tidak bertemu dengan Quraish dan kemudiannya ikatan perjanjian di buat dengan Bani Dhamrah

2. Perang Buwath- Kafilah Quraish tidak dapat menyusul

3. Perang 'Dzul Usyairah- Tidak terjadinya pertempuran senjata. Kemudian Rasulullah SAW mengadakan perjanjian dengan kabilah Bani Mudlij dan Bani Dhamrah.

4. Perang Badar I - PAsukan Muslimin tidak dapat mengejar pasukan Quraish yang telah menyerang kawasan lain di daerah pinggirang Kota Madinah.

5. Perang Bani Qainuqa- Tidak terjadinya pertempuran kerana Kaum Bani Qainuqa telah keluar dari Kota Madinah.

6. Perang Bani Sulaim - Tidak terjadi pertempuran kerana Rasulullah SAW mengetahui persiapan mereka untuk menyerang kaum Muslimin dan menyebabkan Kabilah Bani Sulaim dan Bani Ghatafan melarikan diri dan meninggalkan harta benda mereka.

7. Perang Sawiq - Juga tidak terjadinya pertempuran atas sebab Rasulullah mengetahui persiapan mereka untuk menyerang pasukan Muslimin.
8. Perang Dzu Amar- Kabilah Bani Tsalabah dan Bani Muharib telah melarikan diri, kerana Rasulullah mengetahui persiapan mereka untuk menyerang Muslimin di Kota Madinah.

9. Perang Bahran- Tiada pertempuran kerana Kabilah Bani Sulaim melarikan diri.
10. Perang Dzathur Riqa - sepatutnya Bani tsa'labah dan Bani Muharib menyerang Kota Madinah namun kedua Kabilah itu melarikan diri sebelum bertemu dengan pasukan Muslimin.

11. Perang Badar Terakhir - Pasukan Muslimin menunggu pasukan kaum Quraish selama 8 hari tetapi mereka tetap tidak muncul.

12. Perang Dhaumatul Jandal- Kabilah-kabilah yang ingin menyerang telah bersembunyi dan melarikan diri.

13. Perang Bani Musthaliq - Bani Mushthaliq melarikan diri dan ada yang menjadi tawanan.

14. Perang Bani Lihyan - Rasulullah SAW yang memimpin 200 orang sahabat nya ingin menghadapi Bani Lihyan yang telah membunuh 10orang sahabat nabi, namun Bani Lihyan melarikan diri setelah mengetahui khabar angin kedatangan Rasulullah SAW.

15. Perang Dzi Qarad- pasukan Ghatafan melarikan diri tanpa sempat bersemuka dengan pasukan Muslimin.

16. Perang 'Umratul Qhada- Tidak terjadi sebarang pertempuran antara pasukan Muslimin dan lawannya.

17. Perang Hunain- Bani Hawazun dapat dikalahkan dan dapat mengusir Kabilah Tsaqif mundur ke pemukiman mereka.

18. Perang Hisoru 'Thaif - Kaum Muslimin mengepung Bani Tsaqif selepan perang Hunain, Bani tsaqif dikepung selama 3 bulan dan berakhir begitu sahaja akibat pertahanan Bani Tsaqif yang kuat.

19. Perang Hamraul Asad -Tiada terjadinya pertempuran senjata kerana pihak musuh lari setelah mendengar khabar angin yang Rasulullah SAW datang menyertai perang tersebut.



Semoga bermanfaat buat semua.. In Shaa Allah...


Credit:-
– Kisah Muslim.com

Assalamualaikum,
HUKUM TAJWID...biarpun saya masih belajar pasal hukum hakam nie, apa kata saya kongsi sedikit sebanyak apa yang saya belajar..
Aslih Nafsak Wad'u Ghaira'...teringat pula masa form 2 dulu, asal ustaz tanya pasal nie..semua orang buat-buat sibuk.. terus terang, ramai antara kami yang kurang pandai baca jawi..apa lagi arab..??
Title sekolah pun sekolah cina...tapi cakap Cina pun tidak pandai..hhaah..
Sekali ustaz pandang muka diorang..diorang pula tengok tempat lain..hahah betul-betul lah tu takut kalau begitu.. Sampai satu hari tu, ustaz cakap..

" Macam mana baca Quran ..hah..?? cuba A***g senaraikan Huruf-huruf Bilaghunnah..!"

ok saya tau budak yang ustaz tunjuk tu memang cepat gelabah...tapi masa tu dia percaya dia yakin sampai dia jawab

"KAF-MIM-BA-YA-NGA...ustaz"

Semua ketawa..ustaz yang tidak senyum tu pun boleh ketawa...hahah... jadi apa kata sama-sama kita belajar Hukum Tajwid...mungkin entri kali nie tidak panjang sangat...tapi In Shaa Allah...bermanfaat..





A. Hukum Bacaan Tajwid (nun Mati atau Tanwin)



Gambar berikut ini merupakan contoh hukum nun mati. huruf yang diberi warna (merah : izhar halqi), (hijau : idgham), ( biru : ikhfa haqiqi), ( ungu : iqlab).



1. Pengertian Izhar Halqi (رإظها)

Idzhar halqi adalah apabila ada nun mati/tanwin bertemu huruf halqi. Huruf halqi ada enam, yaitu ا , ح , خ , ع , غ ,ها cara membacanya harus jelas, tidak mendengung, dan tidak samar-samar.
  Contoh : نَارٌ حَامِيَةٌ

2. Idgham  (امغدإ)

Idhgham Bighunnah adalah apabila ada nun mati/tanwin bertemu dengan salah satu dari empat huruf, yaitu ي ,ن , م , و. Adapun cara membacanya suara nun mati/tanwin dimasukkan kedalam suara huruf tersebut dengan mendengung.
Contoh: مُّمَدَّدَةٍ عَمَدٍ فِيْ

Idhgham Bilaghunnah adalah apabils ada nun mati/tanwin bertemu dengan salah satu dari huruf dua, yaitu ل danر. Cara membacanya suara nun mati/tanwin dimasukkan kedalam huruf tersebut tanpa mendengung.
Contoh: لَمْ مَنْ

Pengecualian
Jika nun mati atau tanwin bertemu dgn keenam huruf idgam tersebut tetapi ditemukan di dlm satu kata, conohnya بُنْيَانٌ, اَدُّنْيَا, قِنْوَانٌ, dan صِنْوَانٌ, maka nun mati atau tanwin tersebut harus dibaca jelas.

3. Iqlab

Iqlab adalah apabila ada nun mati/tanwin bertemu dengan ba’ (ب). Cara membacanya yaitu suara nun mati/tanwin diganti dengan suara mim mati ( م) dengan merapatkan bibir dan mendengung.

Contoh: لَيُنۢبَذَنَّ


4. Ikhfa’ haqiqi

Ikhfa’ adalah apabila ada nun mati/tanwin bertemu dengan salah satu dari 15 huruf, yaitu .ت ,ث ,ج ,د ,ذ ,ز ,س ,ش ,ص ,ض ,ط ,ظ ,ف ,ق ,ك cara membacanya suara nun mati/tanwin dibaca samar-samar dengan sengau dihidung.

Contoh: نَقْعًا فَوَسَطْنَ

Ok lah semua.. saya rasa sampai disini dulu untuk part 1...nanti ada lagi sambungan part 2 dan seterusnya In Shaa Allah...

Assalamualaikum WBT..


Assalamulaikum..

Related image

Hari nie saya terpanggil untuk berkongsi sedikit cerita pasal my 1Malaysia Netbook.. Cerita ni masa awal tahun 2013, dan time tu saya form4, cikgu Man ada bagi2 borang untuk di isi...dia cakap mcam begini lah lebih kurang..

"Siapa-siapa mau laptop isi borang yang cegu edar nie..siapa layak dia dapat...siapa tidak layak, memang tidak dapat la jawab nya..ya...yang rasa-rasa anak cegu, anak doktor anak tauke kedai emas tu, korang tidak payah lah isi..buat bungkus ikan masin jak..ya..ha..ha..ha.."

So, saya ngan kawan-kawan saya pun ambil borang tu..dan isi...Saya isi borang tu pun sebab suka-suka saja bah... memandangkan waktu tu kami tiada buat apa-apa kan...
Jadi saya teruskan kehidupan macam biasa...cewahhh.. saya sekolah macam biasa sampai saya lupa sudah yang saya ada isi borang tu.
Hujung tahun 2013, masa adik-adik form 3 tengah syiokk-syiok buat aktiviti diorang, Cegu Man panggil yang budak-budak form4 dan form 5..Kami pun ikut saja lah.. sana lah kami di tengah dewan berbaris kunun..
Terus Cegu Man ambil Mic, dia cakap:-

"Kamu nampak tak kat depan kamu nie.? ini laptop 1Malaysia..! Siapa dapat tolong jaga bagus-bagus...siapa tidak dapat tolong jangan sedih lompat bangunan skola.. Tak da makna nya...Nama yang cegu panggil sila ambil laptop kamu..dan boleh belah masuk p library tuk set laptop kamu.. Tapi kalau kamu tak mau, boleh sedekah kat cegu..hahaha.."

Masa dia cakap macam tu, saya yakin yang saya tidak dapat jadi saya pun bercerita la dengan kawan-kawan.. Tapi tiba-tiba,...

"Nortaqifa...mana..??.Haaaa..ini anak angkat aku pula dapat..sejak bila kau isi nie??..kalau kau tak mau..bagi ayahanda...aku jual.."

DOUBLE WHAT???!! saya tak peduli orang ketawa dengan gelagat cegu Man sudah sebab saya terkejut suda time tu..

serious kah saya dapat..?? okehh.. saya dengan redha disertai dengan rasa rendah diri naik kat pentas jumpa cegu Man pigi ambil tu laptop..
dan terus masuk ke lilbrary sekolah..konon-konon mau set laptop..

Di rumah memang ada satu laptop,. Comel..Colour biru...

Tapi, start hari yang saya dapat this 1Malaysia Netbook, saya tidak guna suda laptop lain.. saya guna ini saja..mungkin mata sudah terbiasa kat skrin netbook yang kecil nie kan...
dan Percaya atau Tidak,
entri saya yang nie pun saya taip guna netbook 1Malaysia...  4 tahun saya guna, saya jaga macam jaga baby kucing..haha..
segala assigment form6 dulu, saya buat guna jenama 1Malaysia,.. Assigment yang orang minta buat, yang orang upah pun saya guna netbook nie..
Buat blog saya dan buat tutorial kat orang pun guna  Netbook 1Malaysia..

Memanglah 4tahun tu satu masa yang masih singkat, tapi bagi NEtbook 1Malaysia ni..itu sudah cukup lama...sebab kawan, saya baru pakai berapa bulan sudah berasap...baru pakai setahun sudah patah...ada yang dapat selepas saya pun sudah rosak..kalau ON dia jadi  panas...

Apa boleh buat lah kan...

Haha...bukan nie cerita patriotik..cerita netbook saja..
jangan salah faham kamurang...




Newer Posts
Older Posts

H E L L O !


Hello, There!

In a world where you can be anyone, be yourself.Welcome to my Blog.


Followers

Blog Archive

  • ►  2024 (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2021 (14)
    • ►  September (11)
    • ►  August (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (8)
    • ►  December (4)
    • ►  January (4)
  • ►  2019 (19)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (4)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (70)
    • ►  December (1)
    • ►  November (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (8)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (12)
    • ►  February (20)
    • ►  January (10)
  • ▼  2017 (31)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ▼  August (6)
      • Belajar Bahasa Cina #1
      • Lirik Saat Lafaz Sakinah-Far East
      • Doa Pengsan..
      • Jenis perperangan dalam Islam
      • Hukum Tajwid #Part 1
      • NETBOOK 1 Malaysia..
    • ►  July (12)
    • ►  June (1)
    • ►  May (7)
  • ►  2016 (16)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (6)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (32)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (26)

Shout it

      

LET’S BE FRIENDS

My Blog List

FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by DAILY WITH ME | Distributed by DAILY WITH ME