facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • GoTravel
  • Inforyou
    • Islam
    • Extra
    • Stuff
    • Info
  • About
  • Contact
  • Shop

𝚗𝚎𝚙𝚑𝚘𝚙𝚑𝚒𝚕𝚒𝚊 𝚍𝚒𝚊𝚛𝚢

14 February setiap tahun.. merupakan satu tarikh yang di nanti-nanti oleh couple-couple di dunia..dan saya antara salah seorang dari mereka... sebab nya apa..?? 

“sayang.. hari nie hari kekasih.. hadiah apa yang kamu mau bagi..??
banyak cantik kau punya kekasih..haha
habis yang single automatik jadi depression sebab tiada pasangan. Haha..

Aduhai... budak zaman sekarang... yang sekolah rendah pun pandai sambut Valentine Day..
#saynotovalentine.[jadilah di antara beribu umat islam yang menggunakan hashtag tersebut di IG]

Yesss.. itu penantian mereka.. dan penantian saya pula berbeza dari mereka..
Hari ini, Hari ulang Tahun IBU saya.. cinta hati dunia akhirat ku..



Selamat Hari Ulang Tahun Ibu.. Semoga di murahkan rezeki dan sihat selalu... Semoga ibu Di panjangkan umur... Kami semua sayang Ibu dan Ayah...
Ibu yang pandai berlakon menyembunyikan semua perasaan sedih senhingga semua nampak yang gembira saja..
Ibu yang tidak pernah jatuh mengajar anaknya tentang dunia...
Ibu yang sentiasa kuat di belakang anak-anaknya..
Ibu cuma tau senyum dan senyum.. biar apa dugaan melanda, apa yang kami nampak cuma ukiran senyuman di wajah ibu biarpun mata berkaca ..

Ibu kuat senyum lah ibu.. tu yang nampak awet muda lagi..
Kalau kakak jalan dengan ibu pergi mana-mana, mesti diorang cakap kita adik-beradik...
Amboi..amboi... hahhaah..
Apa-apa pun..
Kami semua sayang ibu.

Assalamalaikum.

Assalamualaikum...
wah... nampak jak tajuk terus masuk baca ya... tengok-tengok viewers pun cepat jak melambung...
Cerita dia macam ni..

Imej yang berkaitan


Jemput datag ke majlis Akad Nikah Kami pada 30 Feb 2018 dan Bersanding pada 31 Feb 2018 Kedatangan anda amat kami hargai.. Kata kawan saya... hahaha..

Saya pun macam..

“Seriously..?? Wahhh.. Congratulation...
Kalau kamu minta tolong apa-apa just contact us..
(us bermaksud me and my friend)~
dia punya gelak tu Ha-ha-ha-ha-ha-ha... macam tiada penghujung..

Tiba-tiba kawan saya yang satu tu cakap...

Kamu percayalah dengan si penipu nie.. lawyer buruk..hahha

Kenapa..??

Takkan dia mau kawin masa 30 FEB 2018..???

saya pun macam... “ermmmm.. OK fine. Bulan Feb mana ada 30 FEB....”

weiii.. tipah tertipu tipah tertipu...

Lepas tu kawan saya punya ketawa nie lagi dah-syat dari yang first dia ketawa.. hahahah...

Eii.. geram nya.. kami excited suda  mau tengok budak yang couple dari form  nie kahwin.. tau-tau.. it just  a prank mannn...
Alahaiiii.. kawan ku nie... suka hati saja kan prank kat orang macam tu.. hahahaa


Kemarin saya pergi balik kampung dan sekali lah pergi pantai jalan-jalan..
dan tidak di sangkakan, pemandangan dia sangat indah.. dengan laut yang membiru.
Apalagi, saya pula kena jadi 'tukang gambar' kat adik saya.. amboi-amboi ...
Saya pula tida begambar kat sana.. haha.. tapi tidak apa.. asal puas hati tengok pemandangan indah.. sudah..diam-diam.. hahah..
Assalamualaikum semua.. jom kita tengok beberapa gambar yang saya ambil kemarin..


(klik untuk lihat)



(klik untuk lihat)




(klik untuk lihat)



(klik untuk lihat)



(klik untuk lihat)



(klik untuk lihat)


(klik untuk lihat)

Geram nya.. rasa macam mau terjun saja ke dalam air masa tu..masa saya gambar-gambar nie semua.. kamu percaya kah tidak.. separuh badan saya dalam air sudah.. hahaha.. tidak tahan hati.. mau saja berendam-rendam dalam air...
Ok lah... siap sudah saya bercerita.. sebenarnya banyak gambar.. seratus lebih gambar saya ambil kemarin.. tapi takkan lah mau masukkan semua ke sini kan..?? hahah..

ps: ada yang tanya saya, KG bangau tu di mana..??
jalan masuk ke mana..??
apa yang terlintas di kepala saya is,
“di simpang yang ada kedai si Ngah Hok”
masalah nya di sini, diorang tidak kenal si Ngah Hok... hahaha..



Model: Aiman Yaziq Abd Shaidi >_<


Alang-alang jari tengah rancak berdansa di atas papan kekkunci, baik saya join lagi segmen nie. Hahaha... lepas nie baru kita beradu di kayangan...OKEH???
Assalamualaikum.. segmen  pencarian bloglist kali nie di anjurkan oleh Encik Faiq Najmi. acewah formal nya menaip. Hahah.. ingat buat minit mesyuarat kah macam mana..?? hahah..



Tapi kali ne kerja senang sikit... saya buka blog beliau, tengok-tengok..
“eh.. saya sda follow dia nie”

saya buka IG beliau..Tengok-tengok...

“eh..saya sudah follow dia nie.. sejak bila.?? confirm kah n ie IG saya?”

haha... rasa konpius di situ.

tapi tidak apa kan ... as long as semua syarat yang dia bagi tu saya follow semua.. kira SAH lah kan..?? hahaha...

Syarat - Syarat Untuk Menyertai "Segmen : Pencarian Bloglist Faiq Najmi"

1. Follow Blog Faiq Najmi *wajib
2. Follow IG @heyfaiq Like Faiq Najmi *wajib
3. Subscribe Channel Faiq Najmi *wajib
4. Buat satu entry di blog anda bertajuk "Segmen : Pencarian Bloglist Faiq Najmi"
5. Letakkan banner segmen dan link kan ke blog ini
6. Comment username Instagram & link entry penyertaan anda di bawah.

Tarikh Tutup Penyertaan : 17 Feb 2018

Okay.. Im done.. yang lain-lain tu, jemput lah join ya... hihihi...kita sama-sama meriahkan aidilfitri segmen kali nie.. :P
Assalamualaikum... keng-korang...(eh..apa daaa kengkorang, bahasa biar elok).. Hai semua...
Tadi tenga BW blog Ikashoid, saya ternampak dia join giveaway.. wah..wah... saya pun rasa macam mau ikut jak.. lagi pun syarat yang dia bagi simple jak..
So, here we go..

Seronok tau join giveaway LubukSeni.com
So far, puas hati dengan hadiah yang di-offer. Selain spesis jarang ditemui, hadiah meleleh tu untuk ramai pemenang. Kali ni, pemenang untuk 5 orang. Ramai tuhhh, rugi la tak join kanss.
Nak join giveaway? Klik je gambar bawah ni ya!
Banyak rupanya entry menarik kat LubukSeni.com . Kalau sesaperrr minat seni eloklahh singgah blog ni sebab memacam idea uols boleh dapat. Antara perkongsian dalam blog ni ialah:
  • Koleksi seni & kraftangan seluruh dunia
  • Belajar buat Sabun Susu Badan, Sabun Kopi dan Sabun Madu Lebah
  • Travelog penulis blog- pengalaman sendiri ke Singapore & Indonesia
  • DIY Kraftangan mudah, ada tunjuk step by step
  • Tempahan oleh pelanggan Lubuk Seni termasuklahh guestbook, propcraft & photobooth
  • 30 Resepi makanan kreatif jika nak turun 10kg dalam masa sebulan
Dah alang-alang singgah tu, jom Follow BLOG Lubuk Seni [tekan sini] Jom korangg follow LubukSeni sebab lepas ni, banyak lagi entry kreatipp penuh warna-warni. 
Follow rerapatt okke!

Hadiah dia best sangat.. mari lah join ramai-ramai...Kita cuba nasib, mana tau nasib baik.. banyak ONGGGG... hahaha... kalau tiada nasib pun, tidak apa, kita boleh berkenalan ngan blogger lain yang join GA nie.. kan..kan..kan...??
Memandangkan saya sudah follow semua syarat dia... maka, berakhirlah sudah taip-menaip saya untuk entri ini...yang Join GALS nie, ..All the Best uollsss...

Amboi-amboi.. lewat begini sudah belum tidur-tidur lagi....
Assalamualaikum semua.. sebenarnya saya baru habis layan cerita Kamal Kamalia kat TV 2 tu...
Wahhhh.. cerita dia memang tidak menghampakan.. best sangat.. dari awal cerita sampai habis, saya nie senyum sendiri saja .. haha.. kalau tengok nie setiap hari.. boleh awet muda nie.. senyummm memanjang.. hahaha...
Hasil carian imej untuk kamal kamalia

Kisah dia nie pasal  Shah yang tidak mempunyai kekasih di desak keluarga untuk mencari jodoh dan Shah akhirnya jatuh cinta dengan seorang gadis yang bekerja di sebuah Cafe.  .. wow... sebelum tu saya mau kamu berkenalan dulu ngan pelakon nya yang sweet-sweet.. dan yang saya minat nie..

Shah - Aiman Hakim
Kamalia- Zara Zya
Mama Si Shah- Kuza
Papa si Shah - Arash Mohd

Mama si Shah nie, kalau boleh setiap hari kenalkan si Shah ngan orang lain buat jadi menantu.. Masalahnya, Shah langsung tidak berkenan.
Tiba-tiba, dia terjumpa dengan seorang gadis yang bekerja di cafe iaitu kamalia. Kamalia nie gadis yang baik hati, jujur, amanah dan bukan seorang yang gedik.

Shah cuba buat semua perkara supaya Kamalia jatuh cint aterhadap Shah.. Shah serius mahu melamar Kamalia jadi isteri nya... Shah ceritakan tentang Kamalia dekat mama dia dan mama dia setuju dengan pilihan Shah sebab yang mahu kahwin tu Shah bukan mama dia... Tapi, Papa dia nie pula nampak macam memilih sangat siapa yang jadi menantu..
(Luaran jak macam tu..tapi hati baik.)

Lepas Shah bawa Kamalia jumpa mama dia, mama dia OKAY dan tiada halangan. Keesokan nya pula, Papa dia ingin melihat sendiri siapakah KAMALIA yang dapat mengambil hati anak nya. Papanya pergi ke cafe tempat Kamalia bekerja dan meng-order ‘air Kosong’ tanpa meminumnya. Tidak lama lepas tu, Papa dia keluar tanpa membayar, lalu Kamalia kejar Papa si Shah menagih 5`sen untuk air kosong itu.

Beberapa hari lepas tu, Shah bawa Kamalia jumpa pula dengan Papa Shah. Masa nie lah semuanya ter-uji. Papa Shah menanyakan soalan kepada Kamalia seakan-akan menghina. Selepas dari situ, segalanya berubah. Kamalia makin menjauh dari Shah namun Shah tetap mencuba untuk mengejar Kamalia kembali. Shah tidak bercakap dengan papa dia sebab terasa hati dengan kaka-kata papanya.

At last, Papa dia jumpa Kamalia untuk berbincang semula.

“Uncle sengaja tak bayar air kosong yang uncle order tu sebab nak tengok kejujuran kamu”

“Uncle sengaja soal kamu macam-macam dan seolah-olah menghina kamu sebab ingin menguji kamu dan Shah, adakah dia mampu bertahan dengan semua ini”

“Kamu layak jadi sebahagian daripada keluarga kami, Kejujuran dan amanah tu yang uncle mau, Kalau hari ini kamu pandai jaga maruah diri kamu, Uncle percaya kamu boleh menjaga maruah suami kamu”


Itu lah antara kata-kata papa Shah kepada Kamalia...so sweet...



What a happy ending... melompat saya tengok cerita nie.. wo-hooo.. kalah orang yang bersorak kat sukan di sana tu.. hahahha...
Saya suka...saya suka... Alooo.. kalau cerita sweet-sweet macam nie, tiap hari main kat TV pun tidak apa juga.. hahaha.. Ok lah.. tidur dulu, esok kita ke Kampung...

“Kakak... siapa tu Ainul Mardhiah..?? cuba pasang lagu dia, adik mau dengar”

Semua rasa ingin tahu kan siapa itu Ainul Mardhiah.?? B:Aru tadi saya jadi penglipur lara kepada adik-adik saya... membuka tirai bercerita siapakah dia yang bernama Ainul Mardhiah..?? Sehingga begitu nama nya di sebut-sebut...
Di perwira kah..?? Dia tokoh kah..? Atau dia pejuang di dunia..??
Saya duduk bersandar, dan mula bercerita.
Tapi kali ini saya akan cerita kan kepada kamu... macam mana say aceritakan kepada adik-adik saya tadi..

Assalamualaikum.WBT..
Okay.. Kisah Ainul Mardhiah ini tidaklah setragis kisah Sumayyah.. Namun cukup untuk membuat hati kita bergoncang... mari kita ikuti kisah nya

Ainul Mardhiah- Bidadari Syurga
Imej yang berkaitan


Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

 Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

 Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi) 

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.).

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.QS. ar-Rahman (55) : 58 

Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.QS. ar-Rahman (55) : 70 

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.QS. ar-Rahman (55) : 72

 Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.QS. ar-Rahman (55) : 74

 'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. 

Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap. 

Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana. 

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw. 

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi. 

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..


Creadit to : Ahmad Saiful
Assalamualaikum... hari ni saya mau share pula pasal salah satu fav song...  terima lah ..Ainul Mardhiah.. Ya Allah.. Menitis air mata..aihh.. alau macam nie air mata boleh habis.. hahaha

Hasil carian imej untuk ainul mardhiah

يا رب وجمعانا واحما بلانا

في دارك فردوس
في دارك فردوس اطياهم موضعين
يا رب وجمعانا واحما بلانا
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih
ASSALAMUALAIKUMHijrah..
Satu perkataan yang sangat-sangat simple tapi membawa pelbagai maksud samada maksud yang sekecil-kecil semut atau maksud yang sebesar-besar alam.
Maksud yang kita tidak pernah fikir dalam kotak minda kita..
maksud yan g selalu tersalah tafsir...
Namun yakin nya aku di sini tentang perkataan HIJRAH itu sendiri.

Hasil carian imej untuk sad muslimah cartoon

Labuhnya tudung aku bukan satu pengukur untuk orang membeza-bezakan aku dengan orang lain... Panjang nya tudung aku sekarang bukan satu medium yang boleh kamu jadikan sebagai penanda kebahagiaan seolah-olah aku ini tidak pernah menangis.

Aku sama seperti manusia-manusia zaman sekarang..cuma penampilan kita saja yang berbeza. Aku tidak pernah mengaku diri semulia Sayidatina Sitti Khadijah... Aku tidak pernah mengungkap perkataan untuk membahasakan diri aku sebagai seorang yang sempurna.. sebab aku masih sama macam kamu semua.
Aku cuma seorang gadis yang bermimpi untuk menjadi bidadari di dunia...
Aku pernah menangis... Aku pernah rasa apa itu sakit... Aku pernah kecewa...
Aku pernah gembira.... Kadang-kadang orang tanya aku, di mana letaknya kewarakan diriku sebagai seorang yang bertudung labuh... yang membawa perwatakan seperti ustazah...
Kadang-kadang bila aku buat perkara yang betul.. diorang akan persoalkan semua apa yang aku buat...
Kadang-kadang, bila aku salah.. diorang akan pandang aku seolah-olah aku ni hina.
Seolah-olah tidak pernah menerima kelemahan ku...

Terima Kasih kepada semua sahabat yang mampu menerima diri ini ketika diri masih jahil... Terima kasih kepada sahabat yang mengenali diri ini sebagai seorang yang berhijrah dan masih berkawan dengan diri ini...
Kepada yang baru mengenali diri ini, baiknya zahir ku, terukirnya senyuman ku, bukan bermakna aku sempurna.. Tapi aku mencuba untuk memperbaiki diri.


Aku seorang yang selalu melakukan kesilapan... aku seorang pendosa tanpa noktah..
Ketahuilah.. Aku cuma berhijrah...bukan sempurna...
AKU BUKAN USTAZAH

Dulu masa saya tingkatan Satu, Ustazah pernah cerita satu kisah yang menyedihkan...
Kisah tentang seorang pemimpin para syuhada yang mati dan hatinya di makan oleh perempuan yang bernama Hindun..Kisah nya sungguh sedih dan menyayat hati...
Assalamualaikum para Sahabat... Hari ini saya akan kongsikan cerita pasal seorang Hamba Allah yang sangat berani sehingga mendapat gelaran Asad Allah wa Asad Rasulih (Singa Allah dan Rasulnya), ketika hidupnya.
Ikutilah Kisah Saidina Hamzah Bin Abdul Muthalib...
In Shaa Allah.. Kita dapat sedikit sebanyak manfaat dan info melalui entri kali ini.... In Shaa Allah.


Hamzah bin Abdul Muthalib


KELAHIRAN DAN KEHIDUPAN KELUARGA

Nama lengkapnya, Hamzah Abu ‘Amaarah bin ‘Abdul Muthalib bin Hasyim bin ‘Abdi Manaaf al-Quraisy al-Haasyimi, Ibunya bernama Halah binti Wuhaib bin ‘Abdi Manaf bin Zuhrah. Beliau merupakan paman Rasulullah SAW, sekaligus saudara sepersusuan, serta kerabat dekatnya dari jalur ibu. Dilahirkan dua tahun sebelum Rasulullah SAW. Memeluk Islam pada tahun ke-delapan setelah kenabian.

Umur Hamzah diperkirakan tak terpaut jauh dengan keponakannya itu. Mereka berdua merupakan teman sepermainan sejak kanak-kanak. Tak heran jika Hamzah menjadi orang yang paling dekat dan mengenal secara mendalam kepribadian Muhammad. Keduanya memiliki hubungan yang sangat kuat.

Hamzah lahir diperkirakan hampir bersamaan dengan Muhammad. Ia merupakan anak dari Abdul-Muththalib dan Haulah binti Wuhaib dari Bani Zuhrah. Menurut riwayat, pernikahan Abdul-Muththalib dan Abdullah bin Abdul-Muththalib terjadi bersamaan waktunya, dan ibu dari Nabi, Aminah binti Wahab, adalah saudara sepupu dari Haulah binti Wuhaib.

Tak heran jika Hamzah menjadi orang yang paling dekat dan mengenal secara mendalam kepribadian Muhammad. Keduanya memiliki hubungan yang sangat kuat. Meski demikian, sebagaimana Bani Muttalib lainnya, Hamzah memang tidak langsung menerima dan memeluk agama yang diwahyukan kepada Muhammad.

Walaupun dalam lubuk hatinya, ia tak bisa mengingkari keluhuran budi pembawa risalah tersebut. Meski demikian, ia tak memperlihatkan rasa tidak suka terhadap dakwah Muhammad, seperti yang dilakukan orang-orang Quraiys.

Bahkan ia selalu memberikan perlindungan terhadap diri Nabi Muhammad. Pada saat kaum kafir memperlihatkan kebencian yang kian meningkat, ia pun meningkatkan perlindungan kepada Muhammad. Beruntung, Hamzah ditakdirkan menjadi pria perkasa.


KEPRIBADIAN DAN KEBERANIAN HAMZAH
Hamzah memiliki fisik yang kuat. Ia pun terkenal sebagai penunggang kuda yang cekatan, ahli pedang, dan bela diri di seantero Makkah. Hamzah merupakan manusia padang pasir yang lebih suka menyendiri. Ia juga dikenal sebagai seorang pemburu rusa yang mumpuni.

Pada salah satu kisah perburuan rusa, Hamzah dikejutkan dengan suatu keributan. Ternyata, seekor singa telah memasuki kemahnya. Setelah menurunkan rusa yang baru saja di burunya, ia kemudian menghadapi singa itu seorang diri. Berbekal keahliannya, akhirnya, ia berhasil mengakhiri keganasan binatang buas tersebut.

Lalu ia pun menguliti singa tersebut, dan melemparkan kulitnya ke atas pelana kudanya. Orang-orang Makkah melihat kulit singa di pelana kuda Hamzah mafhum dengan keberanian dan kepiawaian Hamzah. Kegagahannya itu, membuat lawan-lawannya merasa gentar meski hanya mendengar namanya.



PERISTIWA MASUK ISLAMNYA HAMZAH
Hasil carian imej untuk hamzah bin abdul muthalib

Pada suatu hari, Abu Jahal berjalan melewati Rasulullah Muhammad ketika ia berada di Safa. Pada saat bertemu muka, ia pun mulai mencaci, memaki dan melampiaskan amarahnya kepada rasul. Meski demikian, Muhammad tidak menanggapi semua perilaku Abu Jahal.

Usai menumpahkan segala amarahnya, Abu Jahal bergegas bergabung dalam pertemuan petinggi Quraiys. Tanpa sepengetahuannya, tindakan Abu Jahal diketahui oleh seorang wanita, budak Jud’an bin Amir. Tak lama berselang terlihat Hamzah memasuki Makkah dengan busur di bahunya, usai berburu menuju ke arah Ka’bah. Rekan Abu Jahal melihat itu langsung bergegas untuk mengingatkan Abu Jahal bahwa Hamzah telah datang dari berburu dan khawatir akan mendengar perlakuan Abu Jahal terhadap keponakannya.

Menjadi kebiasaan Hamzah, setelah berburu ia pergi ke Baitullah untuk berthawaf, sebelum ia kembali ke keluarganya. Hari-hari sebelumnya pabila telah selesai melakukan thawaf dan melewati balai pertemuan orang Qurays maka ia mengucapkan salam dan ngobrol bersama mereka. Memang Hamzah adalah anak muda yang disegani di kalangan orang Qurays.

Setelah melihat Hamzah, budak wanita Jud’an bin Amir menghampirinya dan mengisahkan apa yang dilakukan Abu Jahal kepada Rasulullah SAW. Maka budak itu berkata mengadu:


“Wahai Abu Umarah (sebutan bagi Hamzah), seandainya saja engkau tadi melihat apa yang diperbuat oleh Abul Hakam (sebutan Abu Jahal) terhadap keponakanmu Muhammad! Abu Jahl bertemu beliau di Shafa kemudian ia mengganggu, mencaci makinya dan melakukan hal-hal yang tidak beliau sukai. Setelah itu ia pergi dan Muhammad tidak menyahuti omongannya sedikit pun”.

Amarah menjalar ke seluruh tubuhnya setelah mendengarkan kisah wanita itu. Bergegas ia mencari Abu Jahal. Ia telah menetapkan niat untuk menghajar dan memberi pelajaran kepada Abu Jahal. Ketika Hamzah masuk masjid, ia melihat Abu Jahl sedang duduk bersama orang-orang Qurays. Hamzah pun berjalan ke arahnya.

Sesampainya di hadapan Abu Jahal, langsung saja Hamzah memukulkan busurnya ke kepala Abu Jahal. Darah segar pun mengucur. Tak hanya itu, ia pun memukul tubuh lawannya hingga babak belur dan tersungkur. Hamzah tetap berdiri gagah di hadapan petinggi Quraiys itu.


Ia berkata: “Apakah Engkau mencaci maki keponakanku padahal aku seagama dengannya, dan aku berkata seperti yang ia katakan? Silakan balas jika engkau sanggup!

Melihat kondisi ini beberapa orang dari bani Makhzum mendekat kepada Hamzah untuk menolong Abu jahal. Namun Abu Jahal berkata: ” biarkanlah Abu Umarah.” Demi Allah, aku telah menghina keponakannya dengan penghinaan yang buruk.” Perbuatan yang dilakukan Hamzah ini sekaligus sebagai pernyataan tentang masuk Islamnya beliau dan mengikuti Rasulullah.

Para petinggi Quraiys saling pandang. Semula mereka akan menentang Hamzah atas perlakuannya terhadap Abu Jahal. Namun mereka pun rupanya takut dan akhirnya kembali duduk di masjid. Beberapa saat kemudian ia menendang debu ke arah muka para petinggi Quraiys itu, dan meninggalkan tempat itu.

Pembelaan dan pernyataan Hamzah, telah menyadarkan kafir Quraiys bahwa Hamzah yang gagah berani akan selalu membela Muhammad. Tak heran jika kemudian mereka mulai menimbang akibat ketika akan mengganggu nabi yang mulia itu. Abu Sufyan menyatakan bahwa Muhammad telah mendapatkan teman yang kuat dan sangat disegani.

Allah memperkuat agamanya dengan masuknya Hamzah ke dalam Islam. Ia berdiri tegar dan siap membela rasul. Sejak memeluk Islam ia mencurahkan segenap tenaga dan pikirannya untuk kemajuan Islam. Sehingga Rasulullah SAW memberinya gelar Asad Allah wa Asad Rasulih (Singa Allah dan Rasulnya).



HAMZAH DALAM PERANG BADAR
Hasil carian imej untuk panglima perang islam

Pada saat pasukan Muslim bertemu dengan pasukan Kafir Quraiys di Perang Badr, Hamzah betul-betul memperlihatkan keberanian dan kecakapan perang yang luar biasa. Banyak orang kafir Quraiys tumbang di tangannya. Bahkan ayah Hindun, seorang petinggi Quraiys mati di ujung pedangnya.

Pada Perang Badr, umat Islam mendapatkan kemenangan gemilang. Orang-orang kafir mundur dengan teratur. Tak heran jika kekalahan ini menumbuhkan dendan kesumat di dada mereka. Hamzah pun dianggap memiliki peran besar dalam kekalahan mereka.

Diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq didalam kitab,” Sirah Ibnu Ishaq” dari Abdurahman bin Auf bahwa Ummayyah bin Khalaf berkata kepadanya “ Siapakah salah seorang pasukan kalian yang dadanya dihias dengan bulu bulu itu?”, aku menjawab “Dia adalah Hamzah bin Abdul Muthalib”. Lalu Umayyah dberkata Dialah yang membuat kekalahan kepada kami”.

Abdurahman bin Auf menyebutkan bahwa ketika perang Badar, Hamzah berperang disamping Rasulullah dengan memegang 2 bilah pedang.

SYAHIDNYA HAMZAH
Imej yang berkaitan

Untuk membalas kekalahan, mereka kemudian terlibat dalam Perang Uhud. Selain nyawa Nabi yang menjadi incaran, Hamzah pun telah ditetapkan menjadi target sebagai tumbal kekalahan pasukan kafir pada Perang Badr.

Akhirnya tibalah saatnya perang Uhud di mana kaum kafir Quraisy disertai beberapa kafilah Arab lainnya bersekutu untuk menghancurkan kaum muslimin. Sasaran utama perang tersebut adalah Rasulullah dan Hamzah bin Abdul Muthalib. Dan mereka memiliki rencana yang keji terhadap Hamzah yaitu dengan menyuruh seorang budak yang mahir dalam menggunakan tombak dan organ hatinya akan di ambil dan akan di makan oleh Hindun yang memiliki dendam sangat membara karena suaminya terbunuh dalam perang Badar.

Washyi bin Harb diberikan tugas yang maha berat yaitu membunuh Hamzah dan dijanjikan kepadanya imbalan yang besar pula yaitu akan dimerdekakan dari perbudakan.

Akhirnya kedua pasukan tersebut bertemu dan terjadilah pertempuran yang dahsyat, sementara Sayyidina Hamzah berada di tengah-tengah medan pertempuran untuk memimpin sebagian kaum muslimin.. Ia mulai menyerang ke kiri dan ke kanan. Setiap ada musuh yang berupaya menghadangnya, pastilah kepalanya akan terpisah dari lehernya.

Seluruh pasukan kaum muslimin maju dan bergerak serentak ke depan, hingga akhirnya dapat diperkirakan kemenangan berada di pihak kaum muslimin. Dan seandainya pasukan pemanah yang berada di atas bukit Uhud tetap patuh pada perintah Rosulullah untuk tetap berada di sana dan tidak meninggalkannya untuk memungut harta rampasan perang yang berada di lembah Uhud, niscaya kaum muslimin akan dapat memenangkan pertempuran tersebut.

Di saat mereka sedang asyik memungut harta benda musuh islam yang tertinggal, kaum kafir Quraisy melihatnya sebagai peluang dan berbalik menduduki bukit Uhud dan mulai melancarkan serangannya dengan gencar kepada kaum muslimin dari atas bukit tersebut.

Tentunya penyerangan yang mendadak ini pasukan muslim terkejut dan kocar-kacir dibuatnya. Melihat itu semangat Hamzah semakin bertambah berlipat ganda. Ia kembali menerjang dan menghalau serangan kaum Quraisy. Sementara itu Wahsyi terus mengintai gerak-gerik Hamzah, setelah menebas leher Siba’ bin Abdul Uzza dengan lihai-nya. Maka pada saat itu pula, Wahsyi mengambil ancang-ancang dan melempar tombaknya dari belakang yang akhirnya mengenai pinggang bagian bawah Hamzah hingga tembus ke bagian muka di antara dua pahanya. Lalu Ia bangkit dan berusaha berjalan ke arah Wahsyi, tetapi tidak berdaya dan akhirnya roboh sebagai syahid.

Ibnu Atsir berkata dalam kitab ‘Usud al Ghabah”, Dalam perang Uhud, Hamzah berhasil membunuh 31 orang kafir Quraisy, sampai pada suatu saat beliau tergelincir sehingga ia terjatuh kebelakang dan tersingkaplah baju besinya, dan pada saat itu ia langsung ditombak dan dirobek perutnya . lalu hatinya dikeluarkan oleh Hindun kemudian dikunyahnya hati Hamzah tetapi tidak tertelan dan segera dimuntahkannya.

Usai sudah peperangan, Rasulullah dan para sahabatnya bersama-sama memeriksa jasad dan tubuh para syuhada yang gugur. Sejenak beliau berhenti, menyaksikan dan membisu seraya air mata menetes di kedua belah pipinya. Tidak sedikitpun terlintas di benaknya bahwa moral bangsa arab telah merosot sedemikian rupa, hingga dengan teganya berbuat keji dan kejam terhadap jasad Hamzah. Dengan keji mereka telah merusak jasad dan merobek dada Sayyidina Hamzah dan mengambil hatinya.

Kemudian Rasulullah mendekati jasad Hamzah bin Abdul Muthalib, Singa Allah, Seraya berkata, “Tak pernah aku menderita sebagaimana yang kurasakan saat ini. Dan tidak ada suasana apapun yang lebih menyakitkan diriku daripada suasana sekarang ini.”

Allah menurunkan firmannya ,” Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (Qs; an Nahl 126)

Setelah itu Rasulullah dan kaum muslimin men-shalat-kan jenazah pamannya dan para syuhada lainnya satu per satu. Pertama Hamzah di-shalat-kan lalu di bawa lagi jasad seorang syahid untuk di-shalat-kan, sementara jasad Hamzah tetap dibiarkannya di situ. Lalu jenazah itu di angkat, sedangkan jenazah Hamzah tetap di tempat. Kemudian di bawa jenazah yang ketiga dan dibaringkannya di samping jenazah Hamzah. Lalu Rasulullah dan para sahabat lainnya men-shalat-kan mayat itu. Demikianlah Rasulullah men-shalat-kan para syuhada Uhud satu persatu, hingga jika di hitung maka Rasulullah dan para sahabat telah men-shalat-kan Hamzah sebanyak tujuh puluh kali.

Ia wafat pada tahun 3 H, dan Rasulullah Shallallahu alaihi wasalam dengan gelar “Sayyidus Syuhada” (Pemimpin para Syuhada).


Berikut merupakan kisah Sayidina Hamzah Bin Abdul Muthalib yang gugur dalam perang... Sekali  gus mendapat gelaran Sayyidus Syuhada  daripada Rasulullah SAW kerana keberanian beliau dalam mempertahankan agama .




Assalamualaikum readership...
Senang cerita kita straight to the point... pengalaman saya sendiri sesat setempat.. aceewah.. ingat lari setempat kah macam mana..??



Tapi serius, memang tiada jalan...
Kejadian ni berlaku kira-kira 12 atau 13 yang lalu ..masa tu saya masih lagi sekolah rendah... Tapi cerita ni masih di ingat oleh saya, ibu ,ayah dan lain-lain hingga sekarang.
Mau di jadikan cerita, saya dan family berkunjung dan bermalam di rumah pakcik saya.
Rumah diorang nie style flat dan diorang tinggal di tingkat 4..

Masa petang tu, kami semua ramai-ramai kumpul di rumah pakcik... Orang-orang tua sibuk bercerita dan berkaraoke.. Saya, adik-adik dan sepupu seronok bermain...
Kami mewarna buku, melukis, bergosip [lah sangat..]
Tiba-tiba, sel-sel otak saya berhubung.. Saya bagi idea kat sepupu supaya kami main tapuk-tapuk [Hide and seek]. Dengar macam best, dan kami semua setuju mau main permainan ni, dengan syarat sembunyi dalam kawasan rumah saja dan tidak boleh keluar dari pintu utama. OK DEAL... kami semua setuju.
Kami main tapuk-tapuk round pertama, semua okay... main lagi round ke dua...masih lagi okay.. waktu tu saya rasa dalam pukul 4 ptang.. kami main round ketiga, which is last round before everything gone wrong..
Untuk pusingan ketiga ni, saya memilih untuk sembunyi dalam almari sepupu saya.. Tapi yang saya pelik, saya masuk saja dalam almari tu, saya tidak dengar sudah bunyi orang berkaraoke di ruang tamu. Saya rasa macam saya dalam hutan. Sunyi sepi...
Tapi saya tidak hiraukan semua tu, sebab yang saya tahu, kami tengah bermain.
Saya tunggu punya tunggu punya tunggu, diorang tidak jumpa saya...

Ok lah.. saya tunggu diorang cari saya dan rasanya sudah 6 minit.. takkan belum jumpa lagi..?? Baiklah, saya sendiri keluar dari almari... saya keluar saja dari almari, bilik tu kosong, pintu bertutup...saya pun buat tidak tau saja..
tidak lama lepas tu pintu bilik di buka dan saya cepat-cepat masuk balik ke dalam almari. Almari tu pun bukan nya besar sangat... sederhana saja..
Saya tutup mata saya supaya diorang tidak jumpa saya dan hajat saya tercapai...
saya nampak ibu saya menangis membuka almari, membelek2 semua baju yang bergantungan...tapi pelik.

Kenapa ibu menangis..??
Kenapa ibu panggil nama saya..??
Kenapa sepupu saya ikut nangis.??
nenek saya kenapa??

masa tu semua jadi serba tidak kena.. banyak persoalan yang berada di minda banyak tanda tanya dan juga apa saja...[ itu lagu najwa latif]... hahhah..


Tapi memandangkan saya pun masih lagi adik-adik masa tu, saya biarkan saja dan menganggap semuanya seronok.. . Tapi lama-kelamaan, semuanya jadi tidak seronok.. Saya cuma nampak orang hitam dekat depan almari..which is saya sendiri tidak tau apa kah kebendaan itu..Saya cuma nampak orang hitam dekat depan almari..which is saya sendiri tidak tau apa kah kebendaan itu..
saya bersembunyi sampai ibu pun tidak jumpa saya..???
rasanya mau dekat 5 kali ibu tutup buka almari, tapi tidak jumpa saya.. saya panggil ibu, tapi ibu tidak dengar...

OK mungkin ini PRANK....

saya keluar dari almari, ibu duduk atas katil, sepupuku semua menjelaskan apa yang terjadi.. saya dengar semua apa yang diorang cakap...
saya pergi ke jendela . Saya ternampak ayah dan pakcik-pakcik di bawah..
sambil memanggil nama saya..

“Iffah...!..Iffah.!”

berulang kali...ok.. start dari situ, saya tau yang saya halimunan..??
Sebab saya berdiri di jendela tapi diorang tidak nampak saya.. saya nampak diorang semua.. apa sudah jadi..??

saya dengan kebingunan sendiri, masuk balik ke dalam almari... duduk diam-diam... termenung sendiri dalam gelap...
Tiba-tiba, saya terdengar azan...

“Aik...Azan apa jam 4.30pm nie..?? Asar sudah jam 3 tadi.”
P!intu almari di buka lagi terus saya keluar dari almari... ibu saya terkejut...
Ibu goncang badan saya... tanya saya dari mana....

Ibu call ayah bagi tau yang ibu sudah jumpa saya...

Ibu cakap saya hilang dari jam 4pm sebab sepupu tidak jumpa di mana saya sembunyi..
Diorang jumpa jam 6.30 pm masa Azan Maghrib sudah..

“What..??!! 6.30pm..??”

Haha...:saya dari tadi duduk dalam almari... Saya dari tadi berdiri di tepi jendela... hahah..

Nenek cakap...kalau bukan azan... mungkin saya tidak sudah di jumpai sampai sekarang...

Masa tu saya tiada feel apa-apa pun.. adoiiii... apalahhh..
Sampai hari ni...kalau ibu cerita.. saya mau ketawa...hahahah... macam lawak jak...
Assalamualaikum....
nampak sepi saja blog.. ok kali nie saya kongsi satu cerita yang sangat menarik..
mau di jadikan cerita, saya suka nyanyi satu lagu di antara bait lirik nya berbunyi macam nie..

♫Ibunya Ummu Aiman pengasuh nabi..
Ayah nya Zaid Al-Haritha..
Kelahirannya berserta satu strategi,
Moga nanti menjadi pejuang kebenaran...♫

Dengar lagu dia pun sudah rasa berdebar-debar dada saya ni...
Kamu rasa-rasalah, siapakah yang saya maksud kan..?? Tengok tajuk lah.. Tengah rancak jari menaip nie pun masih dengar lagu Usamah Bin Zaid...
Berdebar...Allahu Akhbar..

Imej yang berkaitan

Usamah Bin Zaid bin Haritsah
Kita sekarang kembali ke Mekah, tahun ketujuh sebelum hijrah. Ketika itu Rasulullah saw. sedang susah karena tindakan kaum Qurasy yang menyakiti beliau dan para sahabat. Kesulitan dan kesusahan berdakwah menyebabkan beliau senantiasa harus bersabar. Dalam suasana seperti itu, tiba-tiba seberkas cahaya memancar memberikan hiburan yang menggembirakan. Seorang pembawa berita mengabarkan kepada beliau, “Ummu Aiman melahirkan seorang bayi laki-laki.” Wajah Rasulullah berseri-seri karena gembira menyambut berita tersebut.

Siapakah bayi itu? Sehingga, kelahirannya dapat mengobati hati Rasulullah yang sedang duka, berubah menjadi gembira ? Itulah dia, Usamah bin Zaid.


Orangtua Usamah

Para sahabat tidak merasa aneh bila Rasulullah bersuka-cita dengan kelahiran bayi yang baru itu. Karena, mereka mengetahui kedudukan kedua orang tuanya di sisi Rasulullah. Ibu bayi tersebut seorang wanita Habsyi yang diberkati, terkenal dengan panggilan “Ummu Aiman”. Sesungguhnya Ummu Aiman adalah bekas sahaya ibunda Rasulullah Aminah binti Wahab. Dialah yang mengasuh Rasulullah waktu kecil, selagi ibundanya masih hidup. Dia pulalah yang merawat sesudah ibunda wafat. Karena itu, dalam kehidupan Rasulullah, beliau hampir tidak mengenal ibunda yang mulia, selain Ummu Aiman

Rasulullah menyayangi Ummu Aiman, sebagaimana layaknya sayangnya seroang anak kepada ibunya. Beliau sering berucap, “Ummu Aiman adalah ibuku satu-satunya sesudah ibunda yang mulia wafat, dan satu-satunya keluargaku yang masih ada.”

Itulah ibu bayi yang beruntung ini.

Adapun bapaknya adalah kesayangan Rasulullah, Zaid bin Haritsah. Rasulullah pernah mengangkat Zaid sebagai anak angkatnya sebelum ia memeluk Islam. Dia menjadi sahabat beliau dan tempat mempercayakan segala rahasia. Dia menjadi salah seorang anggota keluarga dalam rumah tangga beliau dan orang yang sangat dikasihi dalam Islam.

Kegembiraan Kaum Muslimin dan Sayangnya Rasulullah SAW kepada Usamah
Kaum muslimin turut bergembira dengan kelahiran Usamah bin Zaid, melebihi kegembiraan meraka atas kelahiran bayi-bayi lainnya. Hal itu bisa terjadi karena tiap-tiap sesuatu yang disukai Rasulullah juga mereka sukai. Bila beliau bergembira mereka pun turut bergembira. Bayi yang sangat beruntung itu mereka panggil “Al-Hibb wa Ibnil Hibb” (kesayangan anak kesayangan).

Kaum muslimin tidak berlebih-lebihan memanggil Usamah yang masih bayi itu dengap panggilan tersebut. Karena, Rasulullah memang sangat menyayangi Usamah sehingga dunia seluruhnya agaknya iri hati. Usamah sebaya dengan cucu Rasulullah, Hasan bin Fatimah az-Zahra. Hasan berkulit putih tampan bagaikan bunga yang mengagumkan. Dia sangat mirip dengan kakeknya, Rasulullah saw. Usamah kulitnya hitam, hidungnya pesek, sangat mirip dengan ibunya wanita Habsyi. Namun, kasih sayang Rasulullah kepada keduanya tiada berbeda. Beliau sering mengambil Usamah, lalu meletakkan di salah satu pahanya. Kemudian, diambilnya pula Hasan, dan diletakkannya di paha yang satunya lagi. Kemudian, kedua anak itu dirangkul bersama-sama ke dadanya, seraya berkata, “Wahai Allah, saya menyayangi kedua anak ini, maka sayangi pulalah mereka!”

Begitu sayangnya Rasulullah kepada Usamah, pada suatu kali Usamah tersandung pintu sehingga keningnya luka dan berdarah. Rasulullah menyuruh Aisyah membersihkan darah dari luka Usamah, tetapi tidak mampu melakukannya. Karena itu, beliau berdiri mendapatkan Usamah, lalu beliau isap darah yang keluar dari lukanya dan ludahkan. Sesudah itu, beliau bujuk Usamah dengan kata-kata manis yang menyenangkan hingga hatinya merasa tenteram kembali.

Sebagaimana Rasulullah menyayangi Usamah waktu kecil, tatkala sudah besar beliau juga tetap menyayanginya. Hakim bin Hazam, seorang pemimpin Qurasy, pernah menghadiahkan pakaian mahal kepada Rasulullah. Hakam membeli pakaian itu di Yaman dengan harga lima puluh dinar emas dari Yazan, seorang pembesar Yaman. Rasulullah enggan menerima hadiah dari Hakam, sebab ketika itu dia masih musyrik. Lalu, pakaian itu dibeli oleh beliau dan hanya dipakainya sekali ketika hari Jumat. Pakaian itu kemudian diberikan kepada Usamah. Usamah senantiasa memakainya pagi dan petang di tengah-tengah para pemuda Muhajirin dan Anshar sebayanya.

Sejak Usamah meningkat remaja, sifat-sifat dan pekerti yang mulia sudah kelihatan pada dirinya, yang memang pantas menjadikannya sebagai kesayangan Rasulullah. Dia cerdik dan pintar, bijaksana dan pandai, takwa dan wara. Ia senantiasa menjauhkan diri dari perbuatan tercela.

Dikisahkan bahwasanya pada suatu hari, terjadilah pencurian dimana pelakunya adalah seorang wanita ternama dari bangsa Quraisy, maka kaum Quraisy pun terlena, apa yang semestinya diputuskan terhadap wanita tersebut sedangkan hukuman untuk pencuri adalah potong tangan, kemudian mereka ingin menanyakan hal ini kepada Rasulullah SAW namun ketidak beranian yang mereka miliki membuat mereka mundur langkah dan maju langkah. hingga terbesitlah dihati salah satu diantara mereka bahwasanya orang yang paling berani untuk menanyakan hal ini adalah Usamah, karena dia adalah orang yang paling dekat dan paling dikasihi oleh Rasulullah saw.

Dengan segera mereka menemuinya dan memintanya agar meminta keringanan kepada Rasulullah saw terhadap wanita tersebut. Ketika Usamah menceritakan hal ini kepada Rasulullah saw, maka Rasulullah bersabda:

Janganlah engkau meminta keringanan dalam masalah hukum agama, sesungguhnya bangsa-bangsa terdahulu binasa karena hal itu, bila diantara mereka orang bangsawan mencuri maka mereka mengampuninya dan bila orang miskin yang mencuri maka ditegakkan hukum sebaik-baiknya dan sesungguhnya bila Fatimah Binti Muhammad mencuri niscaya saya akan memotong tangannya.

Usamah Dalam Perang Uhud
Waktu terjadi Perang Uhud, Usamah bin Zaid datang ke hadapan Rasulullah saw. beserta serombongan anak-anak sebayanya, putra-putra para sahabat. Mereka ingin turut jihad fi sabilillah. Sebagian mereka diterima Rasulullah dan sebagian lagi ditolak karena usianya masih sangat muda. Usamah bin Zaid termasuk kelompok anak-anak yang tidak diterima. Karena itu, Usamah pulang sambil menangis. Dia sangat sedih karena tidak diperkenankan turut berperang di bawah bendera Rasulullah.

Usamah Dalam Perang Khandaq
Dalam Perang Khandaq, Usamah bin Zaid datang pula bersama kawan-kawan remaja, putra para sahabat. Usamah berdiri tegap di hadapan Rasulullah supaya kelihatan lebih tinggi, agar beliau memperkenankannya turut berperang. Rasulullah kasihan melihat Usamah yang keras hati ingin turut berperang. Karena itu, beliau mengizinkannya, Usamah pergi berperang menyandang pedang, jihad fi sabilillah. Ketika itu dia baru berusia lima belas tahun.

Usamah Dalam Perang Hunain
Ketika terjadi Perang Hunain, tentara muslimin terdesak sehingga barisannya menjadi kacau balau. Tetapi, Usamah bin Zaid tetap bertahan bersama-sama dengan ‘Abbas (paman Rasulullah), Sufyan bin Harits (anak paman Usamah), dan enam orang lainnya dari para sahabat yang mulia. Dengan kelompok kecil ini, Rasulullah berhasil mengembalikan kekalahan para sahabatnya menjadi kemenangan. Beliau berhasil menyelamatkan kaum muslimin yang lari dari kejaran kaum musyrikin.

Usamah Dalam Perang Mu’tah
Dalam Perang Mu’tah, Usamah turut berperang di bawah komando ayahnya, Zaid bin Haritsah. Ketika itu umurnya kira-kira delapan belas tahun. Usamah menyaksikan dengan mata kepala sendiri tatkala ayahnya tewas di medan tempur sebagai syuhada. Tetapi, Usamah tidak takut dan tidak pula mundur. Bahkan, dia terus bertempur dengan gigih di bawah komando Ja’far bin Abi Thalib hingga Ja’far syahid di hadapan matanya pula.

Usamah menyerbu di bawah komando Abdullah bin Rawahah hingga pahlawan ini gugur pula menyusul kedua sahabatnya yang telah syahid. Kemudian, komando dipegang oleh Khalid bin Walid. Usamah bertempur di bawah komando Khalid. Dengan jumlah tentara yang tinggal sedikit, kaum muslimin akhirnya melepaskan diri dari cengkeraman tentara Rum.

Seusai peperangan, Usamah kembali ke Madinah dengan menyerahkan kematian ayahnya kepada Allah SWT. Jasad ayahnya ditinggalkan di bumi Syam (Syria) dengan mengenang segala kebaikan almarhum.

Pengangkatan Usamah dalam Perang Melawan Romawi
Ketika Islam berjaya pada masa Rasulullah di Arab. Dengan suka rela, setiap insan yang mendengar seruan kalimat Laa Ilaaha Illallalah Muhammadur Rasulullah berbondong-bondong menyambutnya. Wajah-wajah kusut yang semula diselimuti kabut kemusyrikan menjadi cerah disinari pancaran cahaya Ilahi. Tidak ketinggalan juga Farwah bin Umar Al-Judzami, kepala daerah Ma’an dan sekitarnya yang diangkat Kaisar Romawi.

Mengetahui hal itu, para penguasa Romawi marah dan mereka segera menangkap Farwah dan menjebloskannya ke penjara. Selanjutnya, ia dibunuh dan kepalanya dipancung, lalu diletakkan di sebuah mata air bernama Arfa’ di Palestina. Mayatnya disalib untuk menakut-nakuti para penduduk agar tidak mengikuti jejaknya.

Mendengar desas-desus yang seolah menyepelekan kemampuan Usamah itu, Umar bin Khatthab segera menemui Rasulullah. Beliau sangat marah, lalu bergegas mengambil sorbannya dan keluar menemui para sahabat yang tengah berkumpul di Masjid Nabawi. Setelah memuji Allah dan mengucapkan syukur, beliau bersabda,

“Wahai sekalian manusia, saya mendengar pembicaraan mengenai pengangkatan Usamah, demi Allah, seandainya kalian menyangsikan kepemimpinannya, berarti kalian menyangsikan juga kepemimpinan ayahnya, Zaid bin Haritsah. Demi Allah, Zaid sangat pantas memegang kepemimpinan, begitu juga dengan putranya, Usamah. Kalau ayahnya sangat saya kasihi, maka putranya pun demikian. Mereka adalah orang yang baik. Hendaklah kalian memandang baik mereka berdua. Mereka juga adalah sebaik-baik manusia di antara kalian.”

Pada tahun kesebelas hijriah Rasulullah menurunkan perintah agar menyiapkan bala tentara untuk memerangi pasukan Rum. Dalam pasukan itu terdapat antara lain Abu Bakar Shidiq, Umar bin Khattab, Sa’ad bin ABi Waqqas, Abu Ubaidah bin Jarrah, dan lain-lain sahabat yang tua-tua.

Rasulullah mengangkat Usamah bin Zaid yang muda remaja menjadi panglima seluruh pasukan yang akan diberangkatkan. Ketika itu usia Usamah belum melebihi dua puluh tahun. Beliau memerintahkan Usamah supaya berhenti di Balqa’ dan Qal’atut Daarum dekat Gazzah, termasuk wilayah kekuasaan Rum.

Setelah itu, beliau turun dari mimbar dan masuk ke rumahnya. Kaum muslimin pun berdatangan hendak berangkat bersama pasukan Usamah. Mereka menemui Rasulullah yang saat itu dalam keadaan sakit. Diantara mereka terdapat Ummu Aiman, ibu Usamah.

“Wahai Rasulullah bukankah lebih baik, jika engkau biarkan Usamah menunggu sebentar di perkemahannya sampai engkau merasa sehat. Jika dipaksa berangkat sekarang, tentu dia tidak akan merasa tenang dalam perjalanannya,” ujarnya.

Namun Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallam menjawab, ‘Biarkan Usamah berangkat sekarang juga.”

Kata Usamah, “Tatkala sakit Rasulullah bertambah berat, saya datang menghadap beliau diikuti orang banyak, setelah saya masuk, saya dapati beliau sedang diam tidak berkata-kata karena kerasnya sakit beliau. Tiba-tiba beliau mengangkat tangan dan meletakkannya ke tubuh saya. Saya tahu beliau memanggilku.”

Ketika Usamah mencium wajahnya, beliau tidak mengatakan apa-apa selain mengangkat kedua belah tanganya ke langit serta mengusap kepala Usamah, mendoakannya.

Sikap Khalifah Abu Bakar atas Adanya Usulan Penggantian Usamah
Usamah segera kembali ke pasukannya yang masih menunggu. Setelah semuanya lengkap, mereka mulai bergerak. Belum jauh pasukan itu meninggalkan Juraf, tempat markas perkemahan, datanglah utusan dari Ummu Aiman memberitahukan bahwa Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallam telah wafat. Usamah segera memberhentikan pasukannya. Bersama Umar bin Khatthab dan Abu Ubaidah bin Jarraf, ia segera menuju rumah Rasulullah. Sementara itu, tentara kaum muslimin yang bermarkas di Juraf membatalkan pemberangkatan dan kembali juga ke madinah.

Abu Bakar Shidiq terpilih dan dilantik menjadi khalifah. Khalifah Abu Bakar meneruskan pengiriman tentara di bawah pimpinan Usamah bin Zaid, sesuai dengan rencana yang telah digariskan Rasulullah. Tetapi, sekelompok kaum Anshar menghendaki supaya menangguhkan pemberangkatan pasukan. Mereka meminta Umar bin Khattab membicarakannya dengan Khalifah Abu Bakar.

Abu Bakar segera memanggil Usamah untuk kembali memimpin pasukan, sebagaimana yang diperintahkan Rasulullah sebelumnya. Tindakan Khalifah tentu saja mendapat reaksi dari beberapa sahabat. Apalagi saat itu beberapa kelompok kaum muslimin murtad dari agama Islam. Kota Madinah memerlukan penjagaan ketat.

Kata mereka, “Jika khalifah tetap berkeras hendak meneruskan pengiriman pasukan sebagaimana dikehendakinya, kami mengusulkan panglima pasukan (Usamah) yang masih muda remaja ditukar dengan tokoh yang lebih tua dan berpengalaman.”

Mendengar ucapan Umar yang menyampaikan usul dari kaum Anshar itu, Abu Bakar bangun menghampiri Umar seraya berkata dengan marah, “Hai putra Khattab! Rasulullah telah mengangkat Usamah. Engkau tahu itu. Kini engkau menyuruhku membatalkan putusan Rasululllah. Demi Allah, tidak ada cara begitu!”

Abu Bakar juga berkata, “Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, seandainya aku tahu akan dimakan binatang buas sekalipun, niscaya aku akan tetap mengutus pasukan ini ketujuannya. Aku yakin, mereka akan kembali dengan selamat. Bukankah Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallam yang diberikan wahyu dari langit telah bersabda, “Berangkatkan segera pasukan Usamah!’

Tatkala Umar kembali kepada orang banyak, mereka menanyakan bagaimana hasil pembicaraannya dengan khalifah tentang usulnya. Kata Umar, “Setelah saya sampaikan usul kalian kepada Khalifah, belaiu menolak dan malahan saya kena marah. Saya dikatakan sok berani membatalkan keputusan Rasulullah.

Maka, pasukan tentara muslimin berangkat di bawah pimpinan panglima yang masih muda remaja, Usamah bin Zaid. Khalifah Abu Bakar turut mengantarkannya berjalan kaki, sedangkan Usamah menunggang kendaraan.

Kata Usamah, “Wahai Khalifah Rasulullah! Silakan Anda naik kendaraan. Biarlah saya turun dan berjalan kaki. “
Jawab Abu Bakar, “Demi Allah! jangan turun! Demi Allah! saya tidak hendak naik kendaraan! Biarlah kaki saya kotor, sementara mengantar engkau berjuang fisabilillah! Saya titipkan engkau, agama engkau, kesetiaan engkau, dan kesudahan perjuangan engkau kepada Allah. Saya berwasiat kepada engkau, laksanakan sebaik-baiknya segala perintah Rasulullah kepadamu!”

Kemudian dibalas oleh Usamah dengan jawaban yang penuh makna, “Aku menitipkan kepada Allah agamamu, amanatmu juga penghujung amalmu dan aku berwasiat kepadamu untuk melaksanakan apa yang diperintahkan Rasulullah.”

Kemudian, Khalifah Abu Bakar lebih mendekat kepada Usamah. Katanya, “Jika engkau setuju biarlah Umar tinggal bersama saya. Izinkanlah dia tinggal untuk membantu saya. Usamah kemudian mengizinkannya.

Kemenangan Usamah
Usamah dan pasukannya terus bergerak dengan cepat meninggalkan Madinah. Setelah melewati beberapa daearah yang masih tetap memeluk Islam, akhirnya mereka tiba di Wadilqura. Usamah mengutus seorang mata-mata dari suku Hani Adzrah bernama Huraits. Ia maju meninggalkan pasukan hingga tiba di Ubna, tempat yang mereka tuju. Setelah berhasil mendapatkan berita tentang keadaan daerah itu, dengan cepat ia kembali menemui Usamah. Huraits menyampaikan informasi bahwa penduduk Ubna belum mengetahui kedatangan mereka dan tidak bersiap-siap. Ia mengusulkan agar pasukan secepatnya bergerak untuk melancarkan serangan sebelum mereka mempersiapkan diri.

Usamah setuju. Dengan cepat mereka bergerak. Seperti yang direncanakan, pasukan Usamah berhasil mengalahkan lawannya. Hanya selama empat puluh hari, kemudian mereka kembali ke Madinah dengan sejumlah harta rampasan perang yang besar, dan tanpa jatuh korban seorang pun.

Usamah berhasil kembali dari medan perang dengan kemenangan gemilang. Mereka membawa harta rampasan yang banyak, melebihi perkiraan yang diduga orang. Sehingga, orang mengatakan, “Belum pernah terjadi suatu pasukan bertempur kembali dari medan tempur dengan selamat dan utuh dan berhasil membawa harta rampasan sebanyak yang dibawa pasukan Usamah bin Zaid.”

Kecintaan Kaum Muslimin Kepada Usamah
Usamah bin Zaid sepanjang hidupnya berada di tempat terhormat dan dicintai kaum muslimin. Karena, dia senantiasa mengikuti sunah Rasulullah dengan sempurna dan memuliakan pribadi Rasul.

Khalifah Umar bin Khattab pernah diprotes oleh putranya, Abdullah bin Umar, karena melebihkan jatah Usamah dari jatah Abdullah sebagai putra Khalifah.

Kata Abdullah bin Umar, “Wahai Bapak! Bapak menjatahkan untuk Usamah empat ribu dinar, sedangkan kepada saya hanya tiga ribu dinar. Padahal, jasa bapaknya agaknya tidak akan lebih banyak daripada jasa Bapak sendiri. Begitu pula pribadi Usamah, agaknya tidak ada keistimewaannya daripada saya.

Jawab Khalifah Umar, “Wah?! jauh sekali?! Bapaknya lebih disayangi Rasulullah daripada bapak kamu. Dan, pribadi Usamah lebih disayangi Rasulullah daripada dirimu.” Mendengar keterangan ayahnya, Abdullah bin Umar rela jatah Usamah lebih banyak daripada jatah yang diterimanya.

Apabila bertemu dengan Usamah, Umar menyapa dengan ucapan, “Marhaban bi amiri!” (Selamat, wahai komandanku?!). Jika ada orang yang heran dengan sapaan tersebut, Umar menjelaskan, “Rasulullah pernah mengangkat Usamah menjadi komandan saya.”

Setelah menjalani hidupnya bersama para sahabat, Usamah bin Zaid wafat tahun 53 H / 673 M pada masa pemerintahan khalifah Mu’awiyah.

Itulah  kisah seorang pemuda yang berani dalam membela agama Allah tanpa mempedulikan sesuatu yang mengancam jiwanya, dari sinilah kita sebagai pemuda penerus bangsa dan agama alangkah patutlah meniru sifat seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani Usamah bin Zaid.

Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada para sahabat yang memiliki jiwa dan kepribadian agung seperti mereka ini. Wallahu a’lam.


Allahu Akhbar...

Credit: HERE
Assalamualaikum.. lepas menyebarkan sedikit dua dikit informasi tadi... kali nie saya mau join segmen sahabat blogger kita pula.. ok...


So,Syarat-syarat dia sebenarnya simple-simple saja.. tidak payah mau perah otak mau buat macam mana.. hahha...


  1. Follow blog CikYan
  2. Buat TAjuk seperti yang di atas
  3. Lekatkan banner dan backlink-kan ke blog CikYan,
  4. Buat review pasal blog Cikyan
  5. Share azam kita..



Review blog CikYan :
So, saya akan start bercerita tentang blog Cikyan. Blog Cikyan merupakan antara blog fevret saya dan merupakan salah satu blog yang saya selalu singgah... meaning to say that, saya suka penulisan cikyan.. blog Cik yan sangat kemas dan teratur, bahasa cikyan pun standard [ tdak macam bahasa saya ni..hentam keromo..]. dan yang paling penting, saya suka baca entri Cikyan sebab Best. Hihi..



Ok, sekarang saya share azam saya pula...
1. saya mau buka bisnes tahun ini. In Shaa :Allah.

2. Saya mau bersuka macam dulu...

3. Jadi blogger sejati. Hahah

4. dan lain-lain... yang lain tu biarlah rahsia..sebab nya..takut kalau cerita jadi riak pula.. hahah...

ok.. im done... Assalamualaikum.
Assalamualaikum...teman-teman...
Rasanya sudah 2 hari saya tidak post apa-apa ke blog ini.... sebab satu alasan yang munasabah...
Sebenarnya, Saya balik ke kampung bah... itulah saya tidak dapat post apa-apa...
Di kampung saya line dia tidak kuat.. haaaa...Ok. apa aktiviti saya di kampung selama 2 hari..??
Hmmmm....memandangkan saya ini ‘:Asal dari kampung’... saya pun buat semua kerja-kerja kampung... weheeee... best... secara jujurnya, kehidupan di kampung memang Best daripada kehidupan di bandar...

Selama saya 2 hari di kampung, saya banyak tolong nenek saya tanam ubi, cari sayur... best sangat.. semuanya segar-bugar. Halaman nenek pun best. Banyak tanam-tanaman.. tidak payah pergi ke pasar mau beli sayur.. semuanya ada di kebun nenek... rasa macam tidak mau balik pula ke rumah... hahaha itu baru cerita di rumah nenek sebelah ibu.. belum cerita di rumah nenek sebelah ayah pula...


Ok.. Stop pasal cerita saya...sekarang saya mau cerita pasal tempat-tempat yang cantik dan menarik di Kudat... Kudat tempat lahirku.. tempat ku membesar dan segala-galanya... cewahhhh... Kali nie saya update tempat menarik di tanah tempat lahir ku..TAPI, yang say;a atau saja lah.. yang lain bolehlah minta bantuan MR Gugguru @ Google.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Kudat merupakan sebuah bandar dan daerah di negeri Sabah,Malaysia. Bandar Kudat terletak kira-kira 90km dari ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu dibahagian Utara negeri Sabah berhampiran dengan Tanjung Simpang Mengayau yang merupakan bahagian paling utara pulau Borneo. Keluasan daerah Kudat adalah 287 km persegi meliputi semenanjung Kudat,Pulau Balambangan,Pulau Banggi,Pulau Malawali,Matunggong dan beberapa gugusan Pulau kecil di sekitarnya...




1. Tanjung Simpang Mengayau
First... Tanjung Simpang Mengayau... ni tempat nie salah satu tempat wajib untuk buat family day... kalau buat family day di sini.. wajib lah ada manuk-manuk.. pangalay.. berunsai satu family... ye haa... panggang-panggang ..makan-makan di sana sampai malam.... tapi bukan di sini saja lah.. di tempat lain pun ada...



Pasti hampir semua masyarakat di Malaysia mengenali tempat ini. Sememangnya Tanjung Simpang Mengayau merupakan tempat yang “wajib” dikunjungi bila mana anda mengunjungi daerah Kudat. Amat mudah untuk sampai ke tempat ini. Ini kerana setiap simpang lengkap dengan papan penunjuk dan anda hanya perlu mengikuti petunjuk yang disediakan.
Bagi anda yang pertama kali hendak pergi ke tempat ini dengan menggunakan kenderaan sendiri, anda dinasihatkan supaya memandu dalam kelajuan sederhana bagi mengelakkan anda terlepas pandang akan papan tanda yang disediakan. Terdapat 2 jalan yang biasa digunakan untuk sampai ke Tanjung Simpang Mengayau iaitu Jalan Pinangsoo Loro dan Jln Tajau Tiga Papan.


2. Industri Gong Kampung Sumangkap



Kalau di sini, mana-mana yang berhajat mau beli gong @ agung, boleh lah beli dekat sini... kulintangan kah..ada juga di sini... sebab dia terkenal dengan industri pembuatan gong tradisional yang sering digunakan oleh masyarakat suku kaum di Sabah. Anda juga berpeluang untuk melihat cara-cara gong dibuat oleh penduduk kampung di sini. Di sini pun cantik bah juga untuk bergambar.... tiba-tiba kita jadi kerdil..sebab gong nya besar sangat. hahaha


3 Pantai Tindakon Dazang



Tindakon Dazang nie sememang nya cantik... Masuk di sini kira nya ikut kepala.. mungkinlah RM2/orang. Kalau tidak berubah.. Dalam sini ada longhouse, ada restoran terapung.. boleh mendayung sampan..dan berkayak.. dan lain-lain.. Panorama nya pun indah..


4. Kudat Golf Dan Marina Resort


Kudat Marina Resort ini, dia teretak di tepi laut...di sini lah resort, swiming pool, golf.. di sini lah... kalau petang-petang bersantai kat sini, boleh tenang fikiran. tapi saya jarang la pergi sini, kalau tiada function, saya tidak pergi.


5. Pantai Kelambu



Kalau family semua berkumpul-kumpul di kampung, pantai Kulambu ni pun salah satu tempat kami berkelah dan sambut family day.. Sebab pantainya yang cantik dan banyak aktiviti boleh di lakukan di sini..


Sebenarnya lah, Pantai Kelambu nie namanya Pantai Kulambu, tapi disebabkan Kelambu tu selalu menjadi sebutan, jadilah namanya pantai Kulambu. Tempat nie kurang di kenali sebenarnya lah, tapi kalau orang-orang Kudat saja, semua sudah pernah pergi sini.
Pasirnya di sini putih sangat... lepastu, kalau airnya surut, kita boleh pilih mau mandi kat pantai sebelah mana sebab dia ada tombolo dan pantai nya terbelah dua..hahah..
lepas tu dia ada pulau kecil dan airnya sangat biru dan jernih.


Tempat ni sesuai dijadikan tempat photoshoot, snokerling, ski, dan lain-lain.. paling penting, tempat nie best untuk bawa family mandi manda...
Tapi kalau mau jadi lebih ekstreme, jadilah macam ayah dan pakcik saya.. diorang round pulau kecil tu senyap-senyap.. tidak bawa kami pun.. hahaha...



6. Pantai Bak-Bak




Pantai Bak-Bak nie tempat wajib saya pergi masa saya sekolah rendah..sebab mau main kat taman permainannya saja...hahaha.. Di sini dulu saya suka cari tapak sulaiman, suka cari kerang dia..cantik-cantik... kalau petang-petang ada kelapangan, maksu bawa lah kami ke sini duduk-duduk di tembok, santai-santai sambil minum Aniss Coffee...


7. Ladang Madu Lebah Gombizou



Kampung Gombizou memang terkenal dengan industri penternakan lebah sejak lebih daripada 10 tahun lalu. Kelebihan tempat ini ialah anda boleh membeli madu lebah asli dengan harga yang sangat berpatutan. Anda juga berpeluang untuk melihat bagaimana madu lebah diambil tanpa disengat oleh lebah. Walaubagaimanapun, anda mesti mematuhi segala peraturan dan nasihat yang dinyatakan oleh pemandu pelancong khas yang bertugas di sana bagi mengelakkan dari disengat lebah.



8. Kudat Riviera



Kudat Rivera nie tempat dia ala-ala Hawaii gitu..atau pun ala-ala Thai...yehahhh... pintu gerbang dia saja pun sudah nampak glemerrr... ada dua Patung kepala gajah besar..dan kalau masuk serta menginap di sana pun memakan belanja yang besar...haha
Tempat penginapan menarik ini ini adalah berhampiran dengan Tanjung Simpang Mengayau. Kawasan resort di sini sangat indah ditumbuhi dengan pepohon menghijau yg dilengkapi dengan kolam renang, spa, aktiviti sukan air, pusat permainan kanak-kanak, aktiviti menyelam dan banyak lagi.
Kalau kamu alan ke pantai Kulambu, sebelum pantai Kulambu itu, kamu akan lalu dan nampak pintu gerbang nya di sebelah kiri dulu,






9. Pantai Bangau .




Ok, Kat pantai Bangau nie pun macam-macam aktiviti yang kita boleh buat.. contohnya saya dan keluarga, Kami selalu ke sini, mandi dekat pantai, kadang-kadang kami pergi ke pantai sebelah di balik bukit yang tinngi.. Hiking uolss.. masa saya hiking hari tu, belum separuh jalan saya rasa mau pengsan sudah.. hahah... jalan ada tersedia, tapi saya jak yang tidak tahan hati mau penat.. hahaha... dan di snilah tempat saya jadi HITAM.. tengah panas terik, bermain, bermain pula pasir...ambil kau.. boleh bezah warna kulit yang tertutup oleh hand shock ngan warna tangan ..hahah...

Tempat nie cantik mau photoshoot, saya pun suka bergambar kat sini.. perasan jadi model.. hahaha.. model dalam fon sendiri saja..

sebenarnya, ada lagi yang saya mau masukkan dalam list nie, cuma saya rasa, saya akan sambung part kedua nanti.. bah.. apa lagi.. jom kita melancong..hahaha
Assalamualaikum.

Credit: GoogleMaps
Newer Posts
Older Posts

H E L L O !


Hello, There!

In a world where you can be anyone, be yourself.Welcome to my Blog.


Followers

Blog Archive

  • ►  2024 (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2021 (14)
    • ►  September (11)
    • ►  August (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (8)
    • ►  December (4)
    • ►  January (4)
  • ►  2019 (19)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (4)
    • ►  January (4)
  • ▼  2018 (70)
    • ►  December (1)
    • ►  November (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (8)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (12)
    • ▼  February (20)
      • 14 February 2018 ??Selamat Ulang Tahun Ibu- Nortaq...
      • "Jemput Datang Ke Majlis Akad Nikah Kami"
      • Pantai Bangau Kudat-Nortaqifa Abd Shaidi
      • "Segmen : Pencarian Bloglist Faiq Najmi"
      • " Bestnya join GALS, hadiah untuk 5 PEMENANG "
      • Layan Kamal Kamalia
      • Ainul Mardhiah- Bidadari Syurga
      • Ainul Mardhiah Lirik- UNIC
      • Aku Bukan Ustazah- La Tahzan.Innallaha Ma'anna
      • Hamzah bin Abdul Muthalib – Pemimpin para Syuhada
      • Hide And Seek -Nortaqifa Abd Shaidi
      • Usamah Bin Zaid bin Haritsah – Panglima Perang Ter...
      • GIVEAWAY #1 NEW YEAR 2018 BY CIKYAN
      • Tempat Menarik di Kudat - Nortaqifa Abd Shaidi
      • Oh Semporna..! -Nortaqifa Abd Shaidi
      • Doa Harian #3 -Nortaqifa Abd Shaidi
      • FEBRUARY GIVEAWAY BY LADY IN RED PLANNER
      • Segmen Jari Jemari Menari Bloglist
      • Selawat Ke Atas Nabi.
      • Kehebatan Surah Al-Ikhlas
    • ►  January (10)
  • ►  2017 (31)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (1)
    • ►  May (7)
  • ►  2016 (16)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (6)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (32)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (26)

Shout it

      

LET’S BE FRIENDS

My Blog List

FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by DAILY WITH ME | Distributed by DAILY WITH ME