facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • GoTravel
  • Inforyou
    • Islam
    • Extra
    • Stuff
    • Info
  • About
  • Contact
  • Shop

𝚗𝚎𝚙𝚑𝚘𝚙𝚑𝚒𝚕𝚒𝚊 𝚍𝚒𝚊𝚛𝚢

Assalamualaikum.. jom kita join lagi segmen, pencarian bloglist ni...

[Klik banner untuk join]

Hmm.. seriously, saya tertarik dengan banner dia.. wahhh... cantik sangat... kena ikut beberapa step jak pun kalau mau join...

1. Follow Blog dan IG cik penganjur..
2. Buat entry bertajuk "Mini Pencarian Bloglist Jan - Dec 2019 by S.K."
3. Komen link di comment box..and siap...

#jom..jom ..join sebelum 12.12.18.... ok...
Assalamualaikum... wah.. 23hb November ni, saya balik kudat.. rasa semangat dia ni lain macam sikit.. hahah... eh..eh.. rasa macam mau packing semua barang pula bawa balik...

" amboiiii... macam tidak mau balik kerja pula.. hahaha.."

Hmmm... biarlah orang mau cakap apa kali ni, saya tetap mau balik kampung.. kdang kecil hati juga lah.. hahah..

" efa, cuti kau ni lama-lama mengalahkan staff"

"iyalah.. sedar diri juga lah siapa kah diri ini..hahaa"

tapi itu tidak menghalang saya untuk balik kampung.. wah.. kalau boleh, lepas apply cuti tu juga mau melompat balik kampung.. hahaha...


Haaaa... nampak kah gambr tu... kalau lah boleh buat begitu, hatri ni juga saya balik.. hahaha.. wahai kereta, terbanglah dikau....zam..zam...alaaa ka...zam...maka berjalan lah kereta tu tanpa terbang.. alahaiii... ehhh.. kalau post kali ni mengarut sikit sorri lah... tidak tau sudah mau cakap apa, sebab jasad saya seja masih di sini nie... jiwa saya di kampung sudah... eh..eh.. macam mau balik raya pula.. hahaha.. sudah contact family di kampung, dan yesss, diorang semua standby sudah. 
[ macam menunggu ketibaan mantan presiden bawang..nasib baik tidak di bentangkan red carpet sama upah kompang...hahah]

tidak apa.. stay tune guys.. kejap lagi saya post lagi sedikit perkongsian ya...
byeeeee... 

Assalamualaikum saya mau kongsi pasal doa-doa pula hari ni..Ini doa-doa yang basic ya kita kongsi kan.. sebab kadang-kadang kita ambik remeh pula perkara yang basic... moga bermanfaat semua.,..InshaAllah.. hari yang mulia...kita berkongsi pengetahuan.


Antara doa-doa dalam entry kali ni.
-Doa bangun Tidur
-Doa masuk tandas
-Doa Keluar rumah
-Doa masuk rumah
-Doa ketika sedih



1. Doa bangun tidur.

Maksudnya:
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.


Maksudnya:
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku.


2. Doa masuk tandas


Maksudnya:
"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina".


3. Doa Keluar rumah.

Maksudnya:
"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".


Maksudnya:
"Ya Allah, aku berlindung denganMu supaya tidak sesat atau disesatkan, menyeleweng atau diselewengkan, berbuat aniaya atau dianiayakan, bodoh atau diperbodohkan ke atasku".


4. Doa Memasuki rumah

Maksudnya:
"Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakkal.


5. Doa ketika sedih


Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.



Maksudnya:
Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.


Oklah..semoga bermanfaat ya...Assalamualaikum..

Assalamualaikum.. hari ni saya mau carita pasal ni.../ tentang dajjal.. siapa dajjal..?? Syaitan..?? Iblis...??? so.. mari susuli perkongsian di bawah ni..



Siapa Dajjal?
⛄ Dajjal ialah seorang manusia, yang telah ditangguhkan ajalnya. Dia diberi kelebihan oleh Allah SWT untuk menguji keimanan manusia.

⛄ Makanan orang-orang beriman ketika Dajjal keluar nanti hanyalah tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Ilallah) dan takbir (Allahu Akbar).

⛄ Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, kenyangkah?"
"Tidak. Manusia akhir zaman berzikir hanya sebagai cara untuk terus bersabar dengan lapar".

⛄ Kita kena berpuasa sunat selalu sebab waktu Dajjal keluar nanti, kita boleh bertahan dengannya kerana dia memonopoli semua makanan di atas muka bumi.

⛄ Antara kelebihan-kelebihan yang Allah SWT bagi kepada Dajjal:
- Boleh menyuburkan tanaman.
- Boleh turunkan hujan.
- Menghidupkan yang dah mati.

⛄ Macam mana Dajjal nak keliling dunia cuma dalam masa 40 hari? Sempat ke?
"Pergerakan Dajjal itu bagaikan hujan yang ditiup angin".

⛄ Dajjal akan menjadi ketua di dunia ni. Semua pemerintahan nanti bawah kekuasaannya. Apabila telah kuasai semua, dia akan mengaku sebagai tuhan.

⛄ Nanti, Dajjal akan suruh semua orang mengakui dia ialah tuhan. Sesiapa yang mengaku, akan jatuh kafir, tetapi dapat kemewahan dunia. Sesiapa tak mengaku, derita.

⛄ Hari pertama Dajjal di dunia = Setahun.
Hari ke 2 = Sebulan.
Hari ke 3 = Seminggu.
Hari ke 4 sampai hari ke 40 = hari-hari biasa.

⛄ Dajjal nl penipu besar. Antara pengikutnya yang ramai adalah dalam kalangan kaum wanita dan kanak-kanak, kerana mereka mudah terpedaya.

⛄ Sabda Nabi SAW; ketika dajjal keluar, ikatlah anak dan isterimu di tiang pada rumah. Tindakan ini untuk mengelakkan mereka keluar dan terpedaya dengannya.

⛄ "Jika Dajjal keluar ketika aku masih hidup, aku akan bersama-sama dengan kamu semua untuk menentangnya".
- Nabi Muhammad SAW.

⛄ Dajjal akan menghidupkan semula mak kita yang telah meninggal untuk meyakinkan kita yang dia tuhan. Sedangkan yang hidup itu hanyalah jelmaan syaitan!

⛄ "Jika kamu berjumpa dengan Dajjal, bacakanlah 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi".
- Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW dah pesan. Amalkanlah!

⛄ Semua pelusuk dunia akan diterokai oleh Dajjal, kecuali 2 tempat sahaja iaitu Makkah dan Madinah kerana dikawal ketat oleh Malaikat.

⛄ Waktu Dajjal keluar nanti, masing-masing kena lindungi diri sendiri. Tiada siapa boleh membantu, waktu itu seorang ibu hendak tolong anak pun tak boleh.

⛄ "Kalau kita menyorok dalam air, selamat ke tidak daripada
Dajjal"?
Kata Syeikh Zainul Asri, penguasaan Dajjal di darat, laut dan udara.
Tak boleh lari.

⛄ "Dajjal takut dengan azan. Kalau dia buat benteng, dan waktu tu tengah azan, akan musnah benteng tersebut".
- Syeikh Zainul Asri.

⛄ Dajjal akan buta matanya dan akan muncul perkataan 'Kaf Fa dengan Ra' dekat dahi dia setelah dia mengaku yang dia ialah tuhan.

⛄ Dajjal akan keluar bawa neraka dan syurga. Neraka yang dimaksudkan ialah kesengsaraan dan syurga adalah kebahagiaan. Neraka Dajjal sebenarnya ialah syurga dan Syurga Dajjal adalah hakikatnya neraka.

⛄ Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. selepas Dajjal berjaya tawan dunia selama 40 hari setelah dia keluar nanti.

⛄ Amalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al-Kahfi, kamu akan terselamat daripada fitnah Dajjal.

⛄ Sabda Nabi SAW; "Hafal 10 ayat pertama daripada surah al Kahfi, maka kamu akan selamat daripada Dajjal".

⛄ "Yang paling aku takut melanda umatku pada akhir zaman ialah huru hara yang dibawa oleh Dajjal".
- Nabi Muhammad SAW.

⛄ Orang yang malas nak ambil tahu pasal Dajjal ni, mereka tak tahu betapa
huru-haranya yang akan dibawa oleh Dajjal nanti.

#S E B A R K A N....

Kalau ada salah , tolong betulkan ..
Assalamualaikum..semua..ok pepagi nie saya mau cerita pasal blog bertukar wajah..?? ehhh.. ingat transformer kah macam mana..?? Hahaha.. ok..if uve been here for a few time.. kamu boleh nampak perubahan dalam blog saya nie... which is dia sudah berganti kulit...
ok..check it out... 


Kalau kamu perasan.. dua hari lalu, skin blog saya dia macam gambar kat atas ni.. tema dia kaler Putih dan pink ...dan saya selitkan sikit kaler gold di header supaya lebih gojesss....yess.. ini skin saya dua hari yang lalu.. tengok pula gambar kat bawah nie..



Okey.. nampak gambar kat atas ni?? cheesy yess..! itu lah wajah blog saya sekarang ni.. mana lah tau ada yang rasa macam... eh..aku betul kah ni..?? kenapa tidak pink..?? betul kah ni blog efa..??

yess.. kamu betul.. ini blog saya.. dan kamu tidak salah alamat ya..  hahah.. ok lah itu seja untuk jam ini... sekadar pemberitahuan... sebab ada yang tanya.. efa, kenapa bukan PINK..???
dari 2015 sampai 2018 saya rasa blog saya semua tema pink.. 
kalau tidak percaya tengok ni > KLIK SINI< 

Jadi, saya rasa macam mau ubah jadi Black and White...tapi ada lah jua sikit-sikit pink.. hahaa...
dan ini lah header saya yang paling simple. hahah.
Ok..thanks..bye..

Assalamualaikum semua.. hari ni saya join lagi segmen.. alaaa... join memeriahkan segmen rakan blog kita apa salahnya kan..?? ok...

[click banner untuk join]

So syarat nya tidak lah susah..tidak lah mudah.. hahah.. macam mana kan tu..??

1. Follow blog BUDAKVANILLA
2. Follow IG @BUDAKVANILLA
3. Like page BUDAKVANILLA dan BUKUFIXI
4. Repost banner dan backlink kan ke blog beliau.
5. Jawab pula soalan ini : macam mana boleh terjebak dengan buku..?? woahhh..
6. Tinggalkan link di ruang komen tuan tanah.

Susah kah senang..??

Ok..Follow sudah ...follow IG sudah... Like page sudah...repost banner sudah.,.
and now all is done there is nothing to say.. cewah...itu lagu..haha

ok..macam mana saya boleh terjebak dengan buku...?? hmm..susah soalan ni.. saya memang minat buku.. apa-apa jenis buku saya suka...buku nota..buku tulis..buku cerita..sasbadi..pelangi..eh..eh..buku komsas...haha...Pokoknya saya memang suka buku.. jom lah join ramai-ramai...supaya tambah meriah...saya pun mau BW peserta semua...

OK lah..bye...

Assalamualaikum WBT.. tahukah anda siapa orang Islam pertama yang mati syahid..?? mungkin ada yang tidak tau akan menjawab " oh yang pertama mati syahid itu seorang lelaki yang gagah...menegakkan kebenaran..sebab itu dia syahid..".. Kalau kita susuli kisah ORANG PERTAMA YANG MATI SYAHID itu, mesti anda terkejut... ada dalam kalangan kita tahu cerita ini.. tapi tidak menyangka yang insan inilah yang pertama memegang gelaran ORANG ISLAM PERTAMA SYAHID... Dia bukan seorang lelaki gagah... dia cuma seorang WANITA yang tampak nya lemah namun sebenarnya dia sangat kuat...
 Orang yang syahid buat pertama kalinya adalah seorang perempuan lanjut usia iaitu Sumayyah binti Khabbab, orang Islam pertama yang mati syahid di tangan kafir Quraisy di Mekah untuk mempertahankan agamanya. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, Sumayyah telah gugur syahid. Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur syahid. [ hakak dengar menaip sambil dengar lagu Sumayyah - Hijjaz boleh menitis air mata] Allahu Akhbar.



Siapakah Sumayyah Ummu Ammar Bin Yasir?

Sumayyah binti Khabbab@Khayyat (Arab: سمية بنت خياطّ‎) merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sedari kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu. Perwatakan beliau yang baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya menjadikan beliau cukup disegani walaupun taraf beliau hanya sebagai seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau juga ditakdirkan berkahwin dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar ibn Yasir.

Sumayyah sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah. Kisah beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga serta taat setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya.

Nabi Muhammad yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa. Ini kerana, tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia melalui dakwah dan jihad belum dapat dilakukan. Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, mereka sekeluarga gugur mati syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur mati syahid.

Sumbangan Sumaiyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian Aqidah Islam. Antaranya:

- Pertama, berani menyatakan yang hak.
- Kedua, sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian Aqidah.
-Ketiga, memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam.
-Keempat, memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.

Seksaan terhadap Sumayyah sekeluarga

* Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
* Rumah mereka dibakar
* Dicucuk dengan besi panas
* Ditikam dengan lembing
* Dicungkil biji mata
* Dibenam ke dalam air

Allahu akhbar..tabahnya mereka.. nangis...nangiss.. :'(  
...walaupun jasadmu milik TUAN tetapi hatimu milik TUHAN...
Assalamualaikum..

 http://www.shuhaidasaad.com/2018/11/segmen-blog-review-2018.html


Ok.. saya rasa lama suda saya tidak ikut apa-apa segmen di blog kan.. so here we go... segmen blog review guys... by Shuhaida Saad.. Terma dan syarat nya pun tidak lah susah sangat... cuba tengok kat bawah ni syarat-syarat nya..

1. Follow blog puan penaja utama. ✔
2. Buat entri bertajuk " Segmen Blog Review 2018", letak banner dan backlink ke blog beliau..✔
3. Kalau nak komen berkenaan blog si dia pun, di alu-alukan.✔
4. Paste link entri di komen tuan tanah..✔
5. Done!✔

Senang kah enda senang..??? haha...

So.. saya sudah follow tuan tanah..sekarang saya mau komen lah pasal blog Puan Shu kita ni..

Assalamualaikum Cik Shu.. so far saya follow blog cik shu..adalah baca sikit-sikit entry di dalam which is quite interesting. Saya suka baca tips-tips yang ada dalam tu.. sebab saya pun suka share pasal TIPS.. .Lepas tu, pasal resepi pula...faham-faham lah kalau pompuan ni, asal nampak resepi, mula lah mau buat wishlist...sama cerita macam di FB..nampak resepi terus share, entah bila nya mau buat..haha..dan saya suka resepi-resepi dalam blog tu.. Untuk skin blog tu pula, memang sangat kemas ya.. tu jak lah..terima kasih...daun keladi..jangan marah..

Ok..setakat ini seja.. nanti terlebih pula.. hahah...

Assalamualaikum.. apa yang diceritakan ni bukan kisah magic-magic ya...bukan kisah-kisah macam pinokio...ambik lah sebagai pengajaran buat kita semua...wallahualam. check it out..



Ada seorang dari kalangan Bani Israil yang asyik menimbun harta yang banyak, semua diambil dan dikumpulnya. Dia membina satu istana yang lengkap dengan pengawal-pengawalnya dan semua ahli keluarganya dikumpul bersama. Pada suatu malam, dia duduk sambil mengangkat salah satu kakinya dan pembantunya sedang duduk bersila makan malam, manakala setelah pembantunya selesai makan, dia berkata : "Wahai diriku, berilah aku ketenangan, kerana aku sudah menyediakan semua keperluanmu".

Belum lagi habis kata-katanya, tiba-tiba datang malaikat Maut menyamar seperti pengemis, membawa kantung kosong seperti peminta sedekah. Kemudian dia menggoyang-goyangkan pintu dengan kuatnya sehingga mengejutkan semua penghuni rumah termasuk raja yang sedang goyang kaki di atas kerusinya.

Pengawal menemui tetamu tersebut dan bertanya : "Apa maksudmu ?"

Tetamu menjawab : "Tolong panggilkan tuanmu".

Lantas pengawal istana menjawab : "Raja kami tidak mahu menemui tetamu seperti engkau". "Siapa engkau ?"

Kata malaikat Maut lagi : "Katakan kepada tuanmu, aku mahu berjumpa dengannya. Bagaimanapun saya mesti menemuinya".

Kemudian pintu digoyangkan lagi, jauh lebih kuat dari yang pertama. Oleh yang demikian, pengawal istana melompat ke arah tetamu.

Kemudian tetamu itu berkata lagi :"Beritahu kepada tuanmu bahawa saya adalah malaikat Maut"

Mereka dalam ketakutan dan tuannya pucat sambil berkata :"Elok-eloklah jika kamu bercakap kepadanya (malaikat maut)" Lalu pengawal itu menanya nyawa siapakah yang mahu diambil.

Kemudian malaikat Maut masuk ke bilik tuan tadi dan berkata :"Lakulah apa yang tuan mahu dengan harta tuan, yang jelas saya tidak akan keluar dari rumah ini sebelum nyawa tuan melayang"

Raja itu melihat dan menghitung semua hartanya dan berkata kepada hartanya : "Semoga engkau dilaknat Allah SWT, engkaulah yang membuat aku sibuk sehingga tidak sempat beribadah kepada Allah. Engkaulah yang menghalang aku daripada mengabdikan diri kepada Allah"

Kemudian dengan kuasa Allah, harta itu menjawab : "Mengapa tuan mencela aku ? Tuan telah menjadi raja dengan sebabku dan memperalatkanku, tuan dapat berkahwin dan bersenang-senang dengan wanita cantik kerana aku. Tuan sudah menjadi raja dengan sebab aku, bahkan tuan telah menggunakan aku ke jalan yang tidak baik, namun aku diam sahaja. Seandainya tuan memanfaatkan aku ke jalan yang baik, jelas tuan akan beruntung. Kita sama-sama dari tanah, boleh saja mendapat kebaikan ataupun dosa." Lalu malaikat Maut mencabut nyawa lelaki itu sehingga mati....

TAMMAT

So..apa yang kita dapat daripada kisah tadi ialah, seimbangkanlah hidup kita... kita di beri 24jam untuk melakukan hal dunia dan hal akhirat... dalam kesibukan kita mencari rezeki... sempatkan diri untuk beribadah... dalam kesibukan kita menghitung kekayaan sempatkan diri kita melakukan malan-amalan yang baik... 
Assalamualaikum.. wah..ber-combo-combo ya post hakak kali ni.. haha...ok.. jum baca.. harap pembaca sekalian terima lah post hakak yang sedemikian rupa..takkan lah cerita tiktok seja korang follow up kan... jummm...baca,,..

Wahab bin Munabbih telah menceritakan : “Ada seorang raja hendak pergi menjelajah ke sebuah tempat, lalu dia meminta pakaian yang cantik-cantik. Setelah mencuba berbagai pakaian tetapi beliau tetap tidak puas hati, akhirnya beliau memakai pakaian yang paling baik. Hal yang serupa turut terjadi apabila beliau berkehendakkan kenderaan yang terbaik. Maka beliau akhirnya memakai pakaian dan kenderaan yang terbaik sekali”



Setelah berpuashati dengan pakaian dan kenderaannya, maka datanglah Iblis menghembuskan lubang hidungnya dengan ‘virus’ sombong. Maka beliau menjadi cukup sombong.

Kemudian datang seorang lelaki memberi salam tetapi tidak dijawabnya salam tersebut kerana sombongnya. Lalu lelaki tersebut memegang tali kuda yang dinaiki oleh raja tersebut. Oleh kerana lelaki tersebut memegang tali kuda dengan kuat lalu raja tadi dengan marahnya berkata : “Lepaskan tali kuda ini, engkau telah melampau”

Lalu lelaki itu berkata : “Aku ada keperluan yang hendak aku sampaikan kepadamu sekarang”

Jawab raja : “Sabar, biar aku turun dulu dari kuda ini”

Lelaki itu berkata lagi : “Tidak, aku hendak sampaikan sekarang juga”

Lelaki itu tetap berkeras sehingga raja mengalah dan berkata : “Katakan apakah keperluan yang engkau hendak ?”

Seterusnya lelaki itu berkata : “Ini adalah rahsia”

Maka rajapun mendekatkan telinganya kepada lelaki tersebut dan lelaki tersebutpun berkata : “Aku adalah malaikat maut”

Apabila terdengar sahaja kata-kata lelaki itu gementarlah seluruh anggota raja dan berkata : “Wahai malaikat maut, tinggallah aku buat setika kerana aku hendak kembali kepada keluargaku dan aku berjanji akan kembali setelah aku melihat mereka”

Malaikat maut berkata : “Tidak ! Demi Allah, engkau tidak akan dapat melihat keluargamu dan kelengkapan perjalananmu buat selama-lamanya”

Lalu malaikat mautpun mengambil nyawa raja tersebut dan jatuhlah raja itu dari kudanya serta merta dan menjadi mayat.

ok...tamat ...

nota @ pesanan ringkas @ SMS..
Tidak akan cepat sesaat dan tidak akan lambat sesaat jika malaikat maut sudah diperintahkan untuk mencabut nyawa... anytime..anywhere.. Allahu Akhbar..
Assalamualaikum WBT..sahabat handai... berselawat ni bukan benda main-main yang boleh buat suka-suka... bukan sebab mau tempah populariti semata-mata... selawat bukan untuk meng-femeskan anda ya,.. sebab ada orang.. "ehh..aku mau selawat sedap-sedap..engko record ya..nanti viralkan." wah..wah..wah.. cek adek..sedap nya engko sana... selawat lah dengan hati yang ikhlas sesungguhnya banyak ganjaran yang kita dapat.... HAVE U DONE UR SELAWAT TODAY.???... so.. ce-ke-dot... kelebihan..keajaiban selawat...

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

Semoga bermanfaat...

Assalamualaikum.. hari ni saya menyempatkan diri berceloteh..berkunyanyag di sini... ok..semoga perkongsian kali ini bermanfaat ya...gaisss.. haha



1. Menyempatkan diri beribadah

2. Memperbanyakkan istighfar

3. Tinggalkan perbuatan dosa

4. Sentiasa ingat Allah (SWT)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

7. Tunaikan hajat orang lain

8. Banyak berselawat

9. Buat kebajikan banyak-banyak

10. Berpagi-pagi

11. Menjalin silaturahim

12. Melazimi kekal berwuduk

13. Bersedekah

14. Melazimi solat malam

15. Melazimi solat Dhuha

16. Bersyukur kepada Allah (SWT)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

18. Berdoa

19. Berikhtiar sehabisnya

20. Bertawakal

[update jam 7.55pm. - Terima kasih buat Saudara Jieer Area atas penambahan nya..saya terima dengan besar hati. ]

21. Jaga solat 5 waktu sehari semalam.

22. Keluar di jalan Allah.
InshaAllah... antara amalan-amalan yang memurahkan rezeki kita ... sebenarnya banyak lagi amalan lain..asal menuju kepada kebaikan... ok..bye.. ;)
Newer Posts
Older Posts

H E L L O !


Hello, There!

In a world where you can be anyone, be yourself.Welcome to my Blog.


Followers

Blog Archive

  • ►  2024 (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2021 (14)
    • ►  September (11)
    • ►  August (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (8)
    • ►  December (4)
    • ►  January (4)
  • ►  2019 (19)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (4)
    • ►  January (4)
  • ▼  2018 (70)
    • ►  December (1)
    • ▼  November (12)
      • Mini Pencarian Bloglist Jan - Dec 2019 by S.K
      • Cik Iffah Balik Kudat..??
      • Doa Harian #4 (asas)
      • Tentang DAJJAL...
      • Blog Bertukar Wajah.?? -Cikiffah
      • GIVEAWAY BUKU BY BUDAKVANILLA
      • TAHUKAH ANDA?? Orang Islam pertama yang mati syahi...
      • Segmen Blog Review 2018 - By Shuhaida Saad
      • Kisah Malaikat Maut Menyamar
      • Malaikat Maut dengan Seorang Raja !
      • 30 Keajaiban Selawat ..
      • 20 Amalan Murah Rezeki
    • ►  October (1)
    • ►  September (8)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (12)
    • ►  February (20)
    • ►  January (10)
  • ►  2017 (31)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (1)
    • ►  May (7)
  • ►  2016 (16)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (6)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (32)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (26)

Shout it

      

LET’S BE FRIENDS

My Blog List

FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by DAILY WITH ME | Distributed by DAILY WITH ME