Mari berDakwah ??

• بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ •
ok..hari nie ifa akan kongsi pasal nie.. satu benda yang memang amat..amat..amat..[triple 'amat'] bermanfaat,,..boleh dijadikan sebagai panduan semasa ...In shaa Allah..
DAKWAH................
Dakwah bermaksud seruan dan ajakan. Firman Allah dalam Surah Aali Imran ayat 104;
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang segala perbuatan yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang-orang yang berjaya.”Dalam usaha untuk menggembangkan dakwah, pelbagai rintangan dan cabaran terpaksa dilalui oleh setiap para da’ie. Ada yang bersifat dalaman dan ada pula yang bersifat luaran. Iblis, syaitan, manusia kafir, munafiq, dan golongan taghut yang berkepentingan sentiasa menjadi batu penghalang ke arah menyebarluaskan ajaran agama Allah ini. Allah befirman dalam Surah al Ahzab ayat 22;
وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلاَّ إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا
“Apabila orang-orang yang beriman melihat golongan (al-Ahzab) penentang (bergentayangan) mereka lantas berkata inilah apa yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya . Benarlah Allah dan Rasul-Nya.( Namun mereka tidak gentar) bahkan semakin bertambah teguh keimanan mereka dan pasrah kepada Allah.” Cabaran Terhadap Dakwah
Berikutan dengan perkembangan dunia yang begitu tragis akhir-akhir ini, khasnya setelah berlaku peristiwa 11 September dan pengganasan Amerika di Afghanistan dan Israel di Palestin maka usaha untuk menyampaikan Islam semakin terdedah kepada ancaman dan penentangan yang lebih seru dan getir. Pendakwah Islam sering dilabel dengan label-label tertentu dan dengan gelaran buruk di samping berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi tersendiri yang pastinya menuntut kepada kesabaran dan perancangan yang rapi bagi memastikan matlamat yang ingin dicapai terlaksana disamping mendapat keredhaan Allah.
Dari sekian banyak cabaran yang dihadapi pada masa kini bolehlah diterangkan sebagai berikut :
- Cabaran Islamophobia
Mereka mencipta musuh dan nama-nama baharu yang secara tersirat sebagai strategi mengganyang negara dan gerakan Islam yang kini sedang memulihkan kehadiran mereka dipentas politik dunia. Dalam masa yang sama mereka memperguna prasarana undang-undang antarabangsa dan insititusi antarabangsa untuk mengekang kebangkitan negara-negara Islam, negara-negara berkecuali dan negara-negara ketiga untuk bangun menyaingi mereka sebagai kuasa ekonomi, politik, teknologi dan ketenteraan.
- Cabaran fahaman sekularisme
Pegangan mereka kepada agama akan luntur bahkan semakin menipis dan larut. Gejala-gejala buruk pasti akan menular sepertimana yang sedang dirundung oleh umat Islam masa kini. Pastinya umat Islam akan terus berpecah-belah menurut fahaman yang berbagai ragam sehingga mereka menjadi alat untuk meruntuhkan agama mereka sendiri.
- Cabaran kuasa politik yang semakin undemocratic
Akhirnya amalan politik akan hanya untuk kepentingan kumpulan kecil dan diri sendiri mengikut corak yang telah diajar oleh fahaman kapitalis dan meterialis. Kemelut ini sudah tentu melahirkan iklim politik dan budaya sosial yang menyimpang jauh dari keluhuran, ketelusan dan nilai-nilai tamadun yang tinggi. Persempadan baru dan akta pilihanraya lebih bertujuan untuk menghimpit rakyat dan parti lawan. Kadar peruntukan bayaran tertentu dinaikkan untuk menafikan hak rakyat untuk mengadakan reformasi.
- Cabaran undang-undang dan akta draconian
Amalan menangkap lawan atau musuh politik dengan tuduhan palsu bertopengkan alasan keselamatan negara memang lumrah di kalangan para pemerintah korup dan diktator. Selagi amalan amalan buruk dan zalim ini berleluasa dalam negara sukar untuk negara berkenaan untuk dilabelkan sebagai negara Islam. Dalam masa yang sama ketidakadilan dalam perundangan dan perlaksanaannya semakin berleluasa.
- Cabaran kepimpinan dan pemimpin yang korup
- Cabaran media massa yang tidak bertanggungjawab dan kurang beretika
Media massa seperti ini tidak malaksanakan tanggungjawab sosial; meningkatkan budaya berpolitik yang sihat dan demokratik, sebaliknya menjadi kuda tunggangan manusia yang penuh tipu muslihat untuk menjatuhkan sesama sendiri, atau terhadap parti lawan. Hak-hak untuk kebebasan bersuara dinafikan. Kebebasan akhbar tinggal dakwaan manis yang tidak pernah menjadi kenyataan. Imej ulama, mufti, Rasulullah, muslimat yang bertudung bahkan para pembimbing masyarakat yang ternama sering menjadi sasaran usaha pemudaran reputasi dan kredibiliti oleh media berkenaan.
- Cabaran Pendidikan Sekular
Sebab itu kegiatan ibadah qiamullail, zikir, solat tahajjud dan sebagainya diremeh dan dipandang rendah oleh para pemimpin atasan tertentu. Ibu bapa yang prihatin terhadap pendidikan agama anak-anak mereka dalam menghadapi kebanjiran bahan lucah dan gejala maksiat dan sumbang mahram di kalangan remaja diaggap sebagai penyebab kepada menurunnya prestasi bumiputra dalam lapangan pencapaian sains. Pengabaian dan tindakan meminimakan pendidikan agama sudah pasti akan menghasilkan satu generasi melayu muslim yang berkiblatkan nafsu atau budaya barat semata-mata.
- Budaya Barat (Westernisasi)
- Penyalahgunaan teknologi informasi dan telekomunikasi
Dengan penguasaan yang canggih dalam bidang ini mereka dapat meneruskan penguasaan dan hegemoni ke atas dunia Islam dan negara-negara Islam. Jentera prisikan mereka meredah masuk dalam berbagai jaringan sensitif pertahanan negara. Mereka mungkin lebih arif terhadap rahsia dalaman berbanding umat itu sendiri.
- Kuasa Penjajah dan Zionis
- Kristianisasi
Golongan pendeta dan muballigh Kristian terus memainkan peranan mereka dengan dana kewangan yang besar dan prasrana diayah yang hebat dan canggih. Namun berkat kegigihan pendakwah kita, dan kewaspadaan umat telah dapat sedikit sebanyak membendung dan memelihara Umat Islam umumnya dari gejala Kristianisasi.
- Globalisasi
Globalisasi juga mewujudkan satu budaya yang mengikut telunjuk dan acuan Amerika serta menafikan nilai-nilai murni dan mulia serta budaya setempat. Semuanya akan bertukar kepada budaya yang bertuhankan material semata-mata. Globalisasi adalah istilah lunak mengantikan imprialisme dan penjajahan.
- Kuasa Agensi Agama yang disalahgunakan
- Kemiskinan dan Kepapaan
Ekonomi negara diratah dan diperkotak-katikkan oleh penyangak mata wang antara bangsa. Manakala penyangak dalam negara pula membazirkan wang negara dalam projek mega yang mewah dan membolot kekayaan negara melalui tindakan menghisap keupayaan kewangan syarikat-syarikat awam yang diswastakan. Selepas syarikat yang diswastakan itu bangkrap mereka memulangkan semula kepada kerajaan untuk dibiayai semula oleh wang rakyat.
- Masyarakat Majmuk
- Kepelbagaian wadah dan wahana dakwah yang belum diselaraskan dengan berkesan
- Kekurangan Tenaga Manusia yang terlatih
Sebenarnya banyak lagi cabaran yang dihadapi oleh usaha dakwah masa kini kalau hendak direntang panjang satu persatu. Tapi ruang yang terbatas menyebabkan kita berpada dengan huraian di atas.
cr:klik here < CREDIT >
1 commest[s]
Alhamdulillah....perkongsian yang baik dan menarik...salam hujung minggu ya !!
ReplyDelete