facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • GoTravel
  • Inforyou
    • Islam
    • Extra
    • Stuff
    • Info
  • About
  • Contact
  • Shop

𝚗𝚎𝚙𝚑𝚘𝚙𝚑𝚒𝚕𝚒𝚊 𝚍𝚒𝚊𝚛𝚢

Assalamualaikum..lepas aku swab petang tu.. Aku dengan senang hati balik rumah.. Aku berkurung dalam bilik.. Nangis juga lah.. Sebab aku dengar anak aku ketuk pintu sambil nangis.. Aku apa lagi.. Banjir air mata wehhh...

Masa berlalu begitu pantas.. Aku susah sangat tidur malam tu.. Tidur kejap terbangun... Kejap lagi bangun lagi.. Tiba2, jam 12mlm.. Aku dengar lah kat dapur suara riuh rendah.. Aku pun berfikir.. Apa yang jadi?

Aku tanpa berlengah terus keluar ke dapur.. Aku tengok husb aku.. Aku tengok biras aku.. Aku tengok pula abg ipar aku yang bergegar..

Aku tanya husb aku satu perkataan saja.. 

KENAPA?. 

"Bapa tiada sudah." 

Aku tidak dapat buka mulut.. Aku terus nangis.. Ya Allah.. Baru semalam mak mertua aku call arwah.. Minta Kuat kan semangat.. Tidak lama lagi potong gelang.. Tapi siapa kita mau menidakkan takdir.. Aku cuma mampu terduduk kaku...


Dalam masa yang sama.. Aku risau lagi.. Anak aku tiba tiba demam panas.. Risau.. Cepat lah pagi.. 

Minta jasa baik pembaca, mohon sama2 sedekahkan AlFatihah kepada Almarhum Bapa Mertua Ku.. Semoga arwah ditempatkan ddalam kalangan orang yang beriman..


Assalamualaikum semua.. So, entry aku sebelum ni pasal fasa endemik kan? Masa aku menaip tu.. Memang aku dah mula demam demam.. Batuk batuk.. Selsema.. Segala macam lah perasaan ada masa tu..
Aku mau bercerita pun tak tau nak mula macam mana.. 


12 September 2021
Pada 12hb tu, aku demam.. Selsema.. Batuk, tapi aku rasa okeyyy jak.. Sebab aku masih boleh makan banyak.. Aku makan ubat, hilang lah demam aku tu.. So, aku tak syak apa-apa pun yang abnormal.. Biarpun aku ni closed contact ngan MIL aku.. Mil aku positive c19.. Jadi aku? Aku berdiam diri jak laaa.. 

13 September 2021
Semua nya bermula pada keesokan harinya.. Iaitu pada 13hb.. Aku rasa semacam pelik.. Aku kan suka masak sup ayam berempah segala.. Bunga lawang kayu manis.. Memang wangi lah masakan.. Tapi aku pelik sikit.. Masa tu aku tak dapat bau masakan aku.. Start ni aku gelabah sudah.. Tapi aku buat rilek dulu.. Mungkin lama tak korek idunggg.. Aku tenang kejap dan sentiasa positif.. Bagi aku.. Dalam hal macam ni.. Fikiran negatif tu kena tolak tepi dulu..

14 September 2021
Esok nya lagi.. 14hb.. Masa ni aku memang tidak dapat bau apa pun.. Aku mandi pun rasa macam tak mandi.. Sebab aku tidak dapat bau sabun mandi tu.. Weiii.. Aku pakai sabun shokubutsu ponnn... Aku letak lotion kat hidung aku.. Still nothing... Semua benda aku letak.. Hidung aku ni boleh jadi tempat experiments... Masa ni aku mula syak yang aku ni positif covid19.. Jadi, Aku p beli senyap2 rapid test kit... Malam tu aku punya berdebar mau test.. Aku set la timer bagai.. 


Masa ni aku buat betul2.. Supaya tidak invalid.. Sayang rm20 kalau cek invalid.. So, lepas dah buat bagus2.. Aku letak dia tunggu pula 15 min.. Masa tunggu 15 minit tu.. Aku rasa lama sangat.. Kejap2 tengok jak.. Kejap2 tengok timer.. Lepas dah abis 15minit tu.. Aku berlari lah ke bathroom,.. Mau tgk result dia.. And yaaa.. Dia naik double line.. Double line yang tidak menggembirakan.. 

Aku pegang test device tu.. Bergegar.. Aku call parents aku.. Aku call adik bradik aku.. Aku bg tau husb aku.. Dia cakap.. Rilek.. Rilek.. Dia suru aku tidur sorang dlm bilik.. Anak aku pula tidur ngan biras aku kat bilik lain.. Husb aku pula tidur kat ruang tamu.. 

15 September 2021
Aku memang tidak sedap hati masa ni.. Jadi aku ambik keputusan tuk buat swab test kat Fever Center kat HKGU. Masa buat ni berdebar.. Aku punya overthinking tu Ya Allah.. Aku boleh fikir masa tu macam mana kalau aku pengsan masa hidung aku kena cucuk?.. Tup.. Tup.. Aku kena panggil mau cucuk hidung.. Bergegar bukan kepalang.. Tiba2 aku macam.. Ehh.. Tidak sudah siap kah? Ehh.. Tidak sakit pun.. Ehhh... Haha.. Teruk la kau ni taqifa... Dan aku pun di sarungkan gelang putih dan menjalankan kuarantin di rumah.. Katanya, result pcr akan keluar dlm 2 hri so, kena tunggu la.. Legaaa.. Meaning to say.. Aku belum lagi lah confirmed positive kan.. 

Hai semua. Siapa yang ada info, boleh lah share kat aku kat ruangan komen ya.. Sejak kebelakangan sakit ni.. Aku jarang sangat wat research... Ok.. Assalamualaikum.. Alkisahnya, aku scroll fb semalam.. Then aku nampak  lah 1 post ni pasal endemik.. Kejap aku tunjuk gambar.


Haaa.. Macam ni.. Betulkah semua ni..? Macam 1 beban jak aku rasa.. Kejap.. Kejap.. Ada lagiii.. 


Haa ini dia.. Betulkah semua ni.. Kalau lah ini semua betul.. Susah lah kita semua.. Tu bagi aku lah...bagi korang semua ini menyusahkan or menyenang kan?
Yang kontak rapat tidak di swab? Aku berfikir.. Semudah itu kah penyakit cov19 ni? 

Sedikit info pasal aku.. Aku tinggal serumah ngan mertua aku.. Hari jumaat tu.. Mertua aku di sahkan positif ya.. Sorang masuk wad.. Sorang masuk pusat kuarantin... Jadi aku pun macam blurrrr la kan.. Macam mana boleh jadi begini...jadi maksudnya kami semua kat sini ni semua kontak rapat la.. Tapi.. Dari hari jumaat tu.. Sampai ke hari ni.. Kkm tidak pun datang cek kami semua.. Bagi kami pakai gelang kah apa.. Diorang tidak takut kah kalau kami jalan kesana kesini?? Aku bingung laaa...

Lepas tu. Aku sekarang ni batuk.. Selsema... Aku baru bercadang mau beli cov19 rapid test kit.. Takut la pulak aku.. Aduhh... Aku bingung la.. Dengan anak aku baru setahun lebih.. Aku sekarang tidak tidur sama2 anak aku.. Aku takut weiii.. Aku 24hours pakai mask kat rumah.. Ko fikir?
Anak aku dari dlu dia suka tidir sambil peluk aku tau.. Kejap2 peluk.. Kejap2 dukung.. Tapi sekarang demi kebaikan.. Aku jauhkan diri dari anak aku.. Aku kesian juga lah.. Tapi aku lagi takut kalau dia terkena sakit dari aku..
Aku bingung weiiii... Ada info kah pasal ni? Tolong share kat aku.. Thank you.. 
Assalamualaikum.. Biar title kita omputih.. Tapi entry nya bahasa melayu juga lah. Haha.. Ok.. So tajuk yang aku mau kupas hari ni, apa nasihat yang paling bagus parents aku pernah cakap...



Ibu ayah aku memang penuh dengan nasihat.. Orang tua mana yang tidak nasihat kan anak2 dia kan..
Ibu ayah aku cakap.. 
Solat selalu.. 
Belajar rajin2.. 
Baca doa selalu..
Mesti pandai masak..
Jadi anak dara rajin ngemas.. Ehh.. Sekrang jadi mak orang dah.. Haha.. 

Tapi.. Yang paling best.. Ibu ayah aku ada cakap..

"Bukan senang jadi senang.. Bukan susah jadi susah."

Ibu ayah cakap.. Kalau mau senang.. Usaha.. Memang tiada benda senang dalam dunia..tiada orang lahir2 terus jadi doktor.. Semua Kena usaha..jadi mau senang kena bersusah2 dahulu.. 

 Lepas tu.. Kalau mau susah pun.. Bukan nya susah.. Goyang kaki lah.. Tidak payah belajar.... Diam dalam bilik.. berangan siang malam.. Berangan lah puas2.. Lepas tu, semua gagal....

Itu lah aku ingat dari dulu sampai hari ni..kadang2 aku belajar, kena pula subjek yang susah.. Aku kena fikir balik.. Semua pun mesti melalui proses.. Xda jalan mudah.. Kadang2 aku down.. Putus asa.. Aku kena fikir balik. Kalau hari ni aku sudah penat bersusah untuk senang. Kenapa aku mau berenti di sini? I just have to Enjoy the process... Mau senang kena susah dulu...

So..good luck kepada semua yang tengaj berusaha untuk berjaya... 
Assalamualaikum... Korang dah selawat kah hari ni? Mari kita selawat.. InsyaAllah.. Lepas ni kita baca apa kelebihan nya.. 


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.



1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. 

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita. 

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh. 

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain. 

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya. 

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat. 

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain. 

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. 

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup. 

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana. 

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah. 

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya. 

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan. 

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW. 

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari. 

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang. 

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya. 

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya. 

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib. 

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan. 

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim. 

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

Newer Posts
Older Posts

H E L L O !


Hello, There!

In a world where you can be anyone, be yourself.Welcome to my Blog.


Followers

Blog Archive

  • ▼  2024 (2)
    • ▼  August (1)
      • comeback seorang 'Iffah'- cikiffah
    • ►  July (1)
  • ►  2021 (14)
    • ►  September (11)
    • ►  August (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (8)
    • ►  December (4)
    • ►  January (4)
  • ►  2019 (19)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (4)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (70)
    • ►  December (1)
    • ►  November (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (8)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (12)
    • ►  February (20)
    • ►  January (10)
  • ►  2017 (31)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (1)
    • ►  May (7)
  • ►  2016 (16)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (6)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (32)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (26)

Shout it

      

LET’S BE FRIENDS

My Blog List

FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by DAILY WITH ME | Distributed by DAILY WITH ME