facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • GoTravel
  • Inforyou
    • Islam
    • Extra
    • Stuff
    • Info
  • About
  • Contact
  • Shop

𝚗𝚎𝚙𝚑𝚘𝚙𝚑𝚒𝚕𝚒𝚊 𝚍𝚒𝚊𝚛𝚢

Assalamualaikum semua nya, so, hari-hari macam nie, kita pun tengah semangat mau beraya kan, hari raya pun rasanya kurang dari 10 hari sudah.. woahhhh.. ni yang best tidak sabar lah pulak...
Cerita pasal raya ni, ada satu benda lah yang memang lucu..

PART PACKING BARANG-BRANG MAU BALIK BERAYA. [sengaja hakak bold kan biar jelas] hahaha..
benda ni boleh jadi isu buat kita kaum hawa ni.. cekedot kat bawah ni...

No photo description available.

kau rasa gambar kat atas nie macam mana..?? real sangat nie... hahah.. benda ni lah yang paling mencabar di hari raya..hahah.. memandangkan jarak tempat hakak tinggal ni dengan jarak kampung hakak memang jauh, memakan masa lebih dari 5 jam perjalanan, apakata, hakak sediakan payung sebelum hujan, packing jak mana yang patut kan...
balik 3 hari, tapi bawak beg macam pindah rumah lah pulak..hahah
baca kat bawa ni, sangat lah mencuit hati..

Jangan kau pertikai apa bini kau buat.
Jangan ingat kemas beg tu senang.
Walaupun kemas beg tu like kemas BEG je, tapi ia merupakan task paling mencabar bagi seorang isteri.
Dia perlu fikiran yang tenang, mood yang stabil, fokus yang bertumpu dan masa yang optimum untuk lakukan task tu dengan baik.
Jangan kau fikir semua baju adalah BAJU.
Baju ni ada banyak jenis baju.
Baju balik kampung.
Baju untuk masak di malam raya.
Baju pagi raya.
Baju ke dapur pada hari raya.
Baju berjalan ke rumah saudara.
Baju casual di malam hari pada hari raya.
Tu baru kategori baju isteri tu sendiri.
Belum masuk tudung.
Tudung jangan kau ingat satu jenis je.
Ada tudung sarung untuk ke dapur.
Ada shawl nak pakai pagi raya.
Ada tudung bawal nak match dengan baju casual.
Inner tudung.
Anak tudung.
Pin tudung.
Pin ni pun ada banyak kelas.
Pin kat telinga kena tajam.
Pin kat dagu kene kecik.
Pin kat bahu kena besar sikit.
Pin kat baju kebaya kena besar gedabak.
Pin baju biasa tu pun kena ada takut kain longgar 😂😂😂
Suami punya pun dia kena fikirkan jugak.
Bukan takat baju melayu je.
Butangnya, sampin nya, songkoknya.
Itu baru baju.
Baju tu pulak ada dekat 20 pasang yang dia dah siap iron. Siap congak hari pertama baju ni, hari kedua baju ni. Kalau seminggu kau balik kampung, ha memang nak roboh lah handle tangan kat ceiling kereta tu dia sangkut. Silap aribulan boleh melengkung bumbung kereta.
Belum dia nak bawa balik kipas, tilam, bantal selimut, extension, ubat nyamuk letrik dan segala keperluan alat tidur agar tidur suami dan anak anak lena.
Iron pun dia bawak weh!
Kasut?
Ha..ada kasut raya.
Ada kasut kalau nak pergi pasar kat rumah mak nanti.
Ada kasut kalau nak jalan jauh.
Hmmmmmm 😯
Ha...mandi cemane mandi...
Sabun mak..sabun anak..sabun bapak tak payah. Dia tibai je sabun apa apa yang ada dalam bilik mandi tu karang.
Shampu, ubat gigi, berus gigi, semua tu mesti cukup. Takde nak main sebat je orang lain punya walaupun dalam bilik air rumah mak tu karang ada dekat 10 jenis sabun mandi sebab semua orang bawak sendiri punya 😂
Ha..ok...cukup dah kot. Nak meletup dah pun beg tu ha.
Eh...ada lagi!
Barang mekaaappppp...
Bedak anak, bedak mak, shaver bapak, minyak rambut bapak..deodoran aih semualah... Ketip kuku pun dia bawak.. Cotton bud.. Dan penyepit bulu ketiak pun ada. Entah bila dia ada masa nak proses pun tak tahu 😜
Charger handphone..charger charger..
Tuuuuu kalau dia tak ingat memang takde le bercaj handphone tu karang.
Dan...dan..
Dia siap ada plan kontigensi.
Bawak panadol..minyak angin..blood pressure meter..home thermometer..mopiko..tiger balm..kot anak demam lah..takut anak kene gigit sengkenit lah. Macam macam.
Jarum jahit pun ada..benang..gunting...kot tertetas jahitan kat ketiak ke..tercabut butang baju raya anak ke.
Suami kerjanya apa?
Angkat je beg banyak banyak tu susun dalam kereta.
Jangan cakap pape.
Angkat.susun.senyum.

hakak malas mau cerita, yang penting situasi hakak ngan cerita kat atas ni memang sama..hahaha..
hakak punya lah ribut ...riuh sekampung walhal cuma kemas beg balik kampung jak pun..hahahah...
beg baju..beg tudung..beg bedak-bedak..beg ubat-ubat...beg mandian pulak...pening arhhhh...beg makanan belum masuk lagi ni..awasss...

PART PIN TUDUNG PULAK....


Kau rasa kaum hawa boleh terlepas kah dari mengalami perkara sedemikian rupa..???muka minta tampiling...haha  memang tidak lah...sebelum balik kampun hakak kira siap-siap pin tudung hakak, lepas majlis, segala macam hilang..amboi-amboi...kadang-kadang bukan hilang sebab kena pinjam, hilang sebab letak merata tempat, terjatuh, tinggal kat tudung semalam, dan paling lejen tinggal kat dalam kereta (disertakan percuma jarum peniti kat poket pintu)

baik kaum hawa mengaku jak lah.. haha.. bukan semua tapi majoriti..haha

ok lah.. bubye semua..hakak kejar masa jua nie mau menaip..
TQ sebab masih support blog MISS IFFAH...
 “FITNAH itu besar (dah­syat) daripada me­­lakukan pembu­nuhan.” - (Surah al-Baqarah ayat 217). Taf­siran ayat al-Quran pada surah berkenaan jelas memberi maksud kepada kita khususnya orang Muslim bahawa dosa ke atas seseorang melakukan fitnah bukan suatu perkara yang boleh dikompromi.

Image result for fitnah tumblr


Budaya fitnah bukanlah satu penyakit baharu, malah wujud sejak berkurun lamanya. Ketika zaman pemerintahan Rasulullah SAW, isteri baginda dituduh me­lakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Maa’thal pada tahun kelima Hijrah.

Penyebaran fitnah didalangi Abdullah bin Ubai itu telah menggemparkan masyarakat Madinah ketika itu menyebabkan Saidatina Aishah r.a jatuh sakit selama sebulan.
.
Walaupun masyarakat seringkali diingatkan melalui pelbagai siri ceramah ataupun kuliah agama tentang bahaya dan dosa me­lakukan fitnah, namun pesanan para agamawan itu seolah-olah mencurahkan air ke atas daun keladi. 

Amalan fitnah yang diban­dingkan dosanya lebih berat daripada membunuh bagaikan tidak memberi erti. Mereka hanyut dengan gejala penyebaran berita palsu itu dan seakan-akan puas apabila fitnah yang dicetuskan itu tersebar luas dalam kalangan masyarakat.
.
Jika zaman sebelum ini khabar berbaur fitnah tidak mudah dise­barkan kepada orang kedua, ke­tiga dan seterusnya, namun de­ngan munculnya pelbagai platform media sosial seperti Face­book, WhatsApp, Twitter dan Te­­legram telah menjadikan pe­nyakit fitnah ini semakin kritikal hingga sukar dibendung.
.
Walaupun Malaysia telah me­ngambil langkah proaktif sejak sekian lama dengan memper­kenalkan Akta Fitnah 1957 untuk membolehkan tindakan diambil terhadap si pemfitnah termasuk penjara ataupun saman ganti rugi, namun ia seolah-olah tidak menghalang segelintir individu yang mempunyai pengaruh dan kekayaan berhadapan dengan sebarang bentuk hukuman.
.
Mereka ini melempar fitnah kemudian didakwa dan dijatuhkan hukuman dan seterusnya membayar denda kemudiannya mengulangi kembali perbuatan keji tersebut. Matlamat mereka hanya mahu mencalarkan imej musuh dan fitnah dijadikan senjata utama.
.
.



Assalamualaikum semua...  mesti ada yang tertanya-tanya mana hilang nya cik iffah ni..??? lepas terpilih kat segmen 24 jam bloglist by mialiana.com, terus hilang... ehh..eh.. ada yang sabotaj kah macam mana..???

ehh...tidak ada yang sabotaj okeh... saya bercuti-cuti  Malaysia...sampai berganti bulan... jangan kan bulan yang berganti, status pun berganti sudah... dai Cik Iffah pergi ke Puan Iffah... naik pangkat jadi bini orang sudah...
Image result for nikah tumblr

Satu perkara yang sangat sukar untuk dipercayai ..tapi diterima.. tidak sangka tahun ni puasa berdua...raya berdua... tahun-tahun lalu orang sediakan makanan..tahun ni saya sediakan makanan pula...

Jadi, disini saya ingin menceritakan punca-punca saya hilang dari radar dunia blogger ni...
and obviously, punca utama nya ialah saya sibuk buat persiapan majlis nikah..iyalah, kalau orang lain yang atur kan semua, takut-takut last minute berkecai semua....so, saya pun mesti ada sekali turun padang bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar..

My previous post pun ada bagi hint pasal saya mau cari dulang buat hantaran kan.. hahaa...siapa perasan and catch up "ketchup"...good jobbb..hahah..
Saya menaip ni pun macam tiada feeling sangat sebab masa cuti tu, otak berkarat sangat.. idea pun tiada, so..mungkin sampai sini jak cerita ceritu saya hari ni...

lepas ni mungkin saya akan up lagi sikit entry .... lepas ni la kan...ok lah.. bubyeee....
Newer Posts
Older Posts

H E L L O !


Hello, There!

In a world where you can be anyone, be yourself.Welcome to my Blog.


Followers

Blog Archive

  • ►  2024 (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2021 (14)
    • ►  September (11)
    • ►  August (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (8)
    • ►  December (4)
    • ►  January (4)
  • ▼  2019 (19)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ▼  May (3)
      • MOOD RAYA KAH KITA.??? - Cikiffah
      • #FITNAH -Cikiffah
      • Status Baru.?? - Cikiffah
    • ►  March (3)
    • ►  February (4)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (70)
    • ►  December (1)
    • ►  November (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (8)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (12)
    • ►  February (20)
    • ►  January (10)
  • ►  2017 (31)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (1)
    • ►  May (7)
  • ►  2016 (16)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (6)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (32)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (26)

Shout it

      

LET’S BE FRIENDS

My Blog List

FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by DAILY WITH ME | Distributed by DAILY WITH ME