facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • GoTravel
  • Inforyou
    • Islam
    • Extra
    • Stuff
    • Info
  • About
  • Contact
  • Shop

𝚗𝚎𝚙𝚑𝚘𝚙𝚑𝚒𝚕𝚒𝚊 𝚍𝚒𝚊𝚛𝚢

Assalamualaikum.. sekembalinya saya di sini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberitahu sebab kenapa blog saya boleh berhabuk..

Image result for pregnant morning sickness

Sejak kebelakangan ni, saya rasa alahan yang saya hadapi ni sangat-sangat lah teruk... sampai saya rasa macam.. ehh.. ini morning sickness kan..?? rasanya boleh tukar ke 24hours sickness sudah... since ini pengalaman pertama, dan saya memang tidak pandai control rasanya... semua makanan saya mau makan...makan..makan..makan.. and at last, bluerkkkkkkkk... engko muntah kan balik..?? sekali makan, 3 kali muntah... ok..seminggu dua rasanya boleh tahan, makan..muntah... masuk minggu ke-3 muntah-muntah saya rasa memang tidak tahan sudah...makan pun muntah, minum pun muntah, tidak makan dan minum pun muntah jua..?? aipp...aip... husb berkali-kali bawa pergi hospital, saya degil sebab ubat ada...ubat ada...hahh..ambik kau telan ubat jak lah kerja.
..

And at last, memang saya rasa yang saya tidak tahan sudah, saya gagahkan diri bagitahu kat husb dan saya nekad mau pergi ke hospital...sampai hospital dia cucuk sana..dia cucuk sini...masuk ubat itu ini...rehat kat dalam kecemasan.. jam 8pm saya jumpa doktor...jam 9 pm saya kena masuk ubat kat kecemasan dan dia sambungkan air...lepas tu saya rasa saya terlelap..tiba-tiba husb bagi bangun..nurse ambik wheelchair and doktor bagitau saya kena pergi ke PAC kat dewan bersalin sebab doktor mau scan...scan punya scan doktor cakap baby ok..saya jak kena alahan teruk..tapi saya nampak macam sihat biarpun pucat.. AWAK KENA MASUK WAD.

HAHHHHH... mengangah saya dia suru masuk wad..lepas tukar baju..saya panggil husb bagi tau yang doktor suru masuk wad.. tanya dia jam berapa.. "yang..jam 1.30am sudah yang..xpa masuk jak la"

orang mana pernah masuk wad....sekali masuk dia punya serba tidak kena tu lain macam...itu tidak kena..ini tidak kena.. macam-macam lah... dengan penjaga pesakit katil sebelah buat hal bawa masuk durian kat wad....amboiii...banyak cantik..???
nasib baik mr husb temankan sampai keluar wad...kesian jua lah tengok dia tidur kat kerusi..alahaiii...suruh dia balik rumah tidak mau..tidak apa lah...

saya rasa sepanjang saya masi alahan ni, memang saya ( tidak akan / akan jarang )menaip dan bercerita kat sini...bubye..tapi hari ni sementara saya masi berpeluang,, saya share jak lah bebanyak apa yang saya suka..ok..

mommy-mommy yang ada petua kah apa..bolehlah kongsi ngan saya...

bubye gaisss....











Assalamualaikum... hari ini masih ada yang berntanya-tanya siapa kah aku..?? terkenal kah aku..?? di kenal kah aku..?? siapa di sebalik nama NORTAQIFA BINTI ABDUL SHAIDI..??
Satu nama yang banyak personalitinya di laman sosial... bukan bertujuan untuk memperdaya tapi untuk mempelbagai... Rugi kalau kita cuma tau satu perkara sahaja...


Kadang diam..Kadang Bising.. Kadang Ceria.. Kadang gelisah... Kadang ketawa...Kadang menangis... Hari ini di atas.. Esok Hari di bawah... itulah makhluk Allah SWT yang dipanggil manusia.. Begitu juga diri ini yang di beri nama NORTAQIFA atau EFA.. yang kadang betul kadang salah.

Kadang terguris hati ini... bila kita cuba berbuat baik... orang anggap kita suci..sesuci embun si pagi hari... dengan alasan.. " KAU KAN USTAZAH!" .. Di mana wajarnya kata-kata itu di tempiaskan kepada diri yang kerdil ini.. " Kau pakai tudung labuh" .. ya..saya pakai tudung labuh... bukan kah itu yang diwajibkan ke atas semua wanita..??? Seolah-olah Tudung labuh itu satu alasan...satu penyebab..??? Perkongsian di muka buku menjadi satu platform untuk mereka Mencanang diri ini sedangkan aku cuma berkongsi sedikit ilmu yang orang lain kongsikan.. atau mestikah aku kongsi cuma hiburan dunia semata-mata..?? K-DRAMA???

Aku bukan berkongsi cuma artikel islamik, tapi banyak benda baik yang lain turut aku kongsikan seperti resepi, design rumah, pelan rumah idaman,movie dan tips kesihatan.
adakah layak aku dipanggil director.? atau doktor? atau chef.??
tiada jawapan lain melain kan TIDAK.. Cepatnya manusia menilai... secepat mereka menghukum.. kadangan penilaian mereka salah..salah sama sekali... kadang-kadang mereka menghukum aku atas salah ku tapi ada aku di tanya KENAPA..? Sedikit pun persoalan tiada melainkan terus membuat keputusan untuk menghukum.

Apakata kita buka minda kita untuk menerima apa yang orang beria dengan hati yang terbuka.. selagi mana orang lain tidak mengganggu sensitiviti masyarakat dan diri yang membaca.. teruskan berbuat demikian...



عن أبي سعيدِ الخدري رضي الله عنه قال سمعتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : مَن رأى منكم منكرًا فليغَيِّرْهُ بيده فإنْ لم يستطِعْ فبقلبهِ وذلك أضعف الإيمانِ.

Maksudnya: "Daripada Abu Said al-Khudri RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu mengubah dengan lidah hendaklah dia mengubah dengan hati, dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman."


Aku...cuma berkongsi..bukan me-RIAK... Terdahulu, ada orang mengatakan 
"Efa, jangan buat facebook sebab facebook melalaikan.. itu salah satu agenda yahudi."
Ya, jika itu salah satu agenda yahudi untuk melalaikan, mungkin boleh diterima.. Tapi, cuba kita buka kan mata kita, kalau mereka buat semua ini untuk menyesatkan, apa kata kita kongsi pasal keagamaan, artikel islamik, video ceramah dan yang seumpamanya... bukan kah perkara ini boleh mendatangkan manfaat..???

Aku cuma anak sulung kepada dua orang insan yang paling aku sayang di dunia.. insan yang paling tabah dan kuat pernah aku jumpa seumur hidup aku , iaitu ayah ku, ABD SHAIDI ABD RASHID dan ibu ku, NORZIAH ABD SALLEH.. 

Kakak kepada 4 orang kenit yang disayangi biarpun mereka tinggi dari aku, tetap kenit dimata ku , Angah, NORAQIDAH, Acik, MOHD AIMAN YAZIQ, Eng, NORSHAQIRAH dan si bongsu, NORIZZARAH BALQIS.

Isteri kepada seorang jejaka tinggi yang berjaya menambat hati ini biarpun dulu sombong kelihatan.. Yang tidak pernah berhenti menghalalkan aku suatu ketika dulu.. FIRMAN NONONG.

Aku tiada superPower untuk memukau orang lain... aku tiada duit yang banyak untuk merasuah manusia.. aku cuma aku... Aku cuma ada fikiran untuk berfikir. mana yang baik aku kongsikan.. mana yang buruk aku kongsi kah.??? memanglah tidak.. 

Setiap hari aku bangun dengan harapan bahawa hidup ku boleh dimulakan dengan lembaran baru, kerana lembaran sebelumnya kelihatan sangat berputar belit. namun aku salah, aku harus membuka segala kesulitan dahulu supaya tidak terbawa di lembaran seterusnya.

Segala bisikan sumbang yang aku terdengar di belakangku, aku harap aku dapat menidakkan nya.. namun sekali lagi aku salah.. bisikan itu lah yang menyedarkan aku.. siapa aku..?? apa adanya aku ini.?? aku berdiri di kaki ku, tanpa apa-apa dari kamu yang berkata-kata. Pun masih kamu memandang serong...

"Tidak kami sangka, dia tudung labuh, macam ustazah di facebook, share pasal agama. Tapi keluar malam sama lelaki. Berganti-ganti lelaki dia keluar"

Image may contain: 1 personSalah satu ayat yang paling pahit yang masih terngiang-ngiang di telinga ku... Jujur, aku dulu bekerjaya dan aku sangat selesa dengan kedudukan aku.. namun bila ada salah, semua jari menunding kearah aku... yang memaksa aku mengundurkan diri dari tempat itu... Bukan hati tidak tahan dengan cobaan.. Tapi cobaan nya melibatkan banyak pihak termasuk famili aku sendiri... dengan berat hati aku berundur tanpa notis... di situ aku nampak salahnya aku.

Salahnya aku sebab tidak dapat pertahankan hak aku untuk di adili.. salahnya aku sebab tidak mampu menutup mulut mereka.. Salahnya aku sebab aku keluarga terlibat.

Akhirkata, Aku seorang manusia yang sangat complicated. terlebih peramah dan terlebih pendiam.. So, andai ada salahnya aku di sini.. maafkan diri ini.

ASSALAMUALAIKUM.


Assalamualaikum... ok..jum baca ni..harapnya berguna lah buat semua...


Jejak Dakwah:
Allah Subhaanahuu wa Ta'aala berfirman: "Sungguh Kami telah menciptakan atas kamu semua tujuh buah jalan dan kami sama sekali tidak akan lengah terhadap ciptaan Kami." (Al-Mu'minuun, ayat 17)



1) MAHKOTA ZIKIR
لا إله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa Syariikalahu lahul Mulku wa lahul Hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in Qodiir.



2) MAHKOTA TASBIH
سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته

Subhaanallah wabihamdihi 'adada holqihi wa Ridha nafsihi wa zinata 'arsyihi wa midada kalimaatihi.



3) MAHKOTA DOA
ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار

Rabbanaa aatinaa fid dunya hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qinaa 'adzaaban naar



4) MAHKOTA ISTIGHFAR
اللهم أنت ربي لا اله الا انت خلقني وانا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك مااستطعت،أعوذ بك من شر ما صنعت، ابوء لك بنعمتك علي، وابوء بذنبي، فاغفرلي فإنه لا يغفروا الذنوب إلا أنت.

Allaahumma Anta Laa ilaaha illaa Anta, Kholaqtani wa anaa abdiKa, wa ana 'alaa 'ahdiKa wa wa'diKa mas tatho'tu, a'uudzu biKa min syarri maa shona'tu, abuu'u laKa binikmatiKa 'alayya, wa abuu'u bidzanbiy, faghfirliy fainnahu laa yaufirudz dzunuuba illaa Anta.


5) MAHKOTA PERLINDUNGAN
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم.

Bismillaahil ladzii laa yadhurru ma'asmihii syai'un fil ardhi walaa fis samaa' wa Huwas Samii'ul 'Aliim



6) MAHKOTA PELEPAS BENCANA
لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين

Laa ilaaha illaa Anta SubhaanaKa innii kuntu minadz dzoolimiin.



7) MAHKOTA PENENANG HATI
لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'Aliyyil 'Adziim.

Jadikanlah Mahkota-mahkota ini selalu menghiasi kepala dan membasahi lisanmu, sebagai amalan dan senjata kita...

Mudah-mudahan dengan mengamalkan salah satu Mahkota tersebut Allah mengangkat segala cubaan, menghindari dari musibah, mengampuni dosa kesalahan, dan memasukkan kita ke dalam Syurga-NYA. Aamiin

Bagikan amalan doa ini dengan niat baik agar lebih banyak lagi orang merasakan dan mendapatkan manfaatnya dan kita tidaklah menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu. Kerana kita semua tidak tahu pahala mana yang akan memasukkan kita ke dalam Syurga Allah Subhaanahuu wa Ta'aala.

SILA SHARE DAN SEBARKAN
Sebelum saya membuka ayat saya.. terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kalau ada tersilap kata...terasa hati.. dari mana-mana negara yang melawat blog saya.. post ini bukan bertujuan mau membawa pergaduhan.. cuma ingin memberi penjelasan...

Assalamualaikum.. saya mau share pasal benda ni..?? adakah bumi bulat atau mendatar..??? ada orang dari Russia..dari Indonesia..dari Malaysia sendiri pernah cakap kat saya..

"Efa.. kau petik ayat Quran dan buktikan kepada kami yang bumi ini bulat bukan datar... sebab kalau bumi bulat kenapa yg di bawah tidak jatuh..??"

masa tu saya buka alquran..di telefon sampai di laptop...

Image result for earth wallpaper hd

jawapan saya sangat lah simple...biarpun berpeluh tiada hujah mau dibentangkan.. "ada belajar science kah..?? kenal kah dengan GRAVITI..??? percaya kah Kuasa ALLAH SWT.???

jom tengok hujah di bawah..

Image result for flat earth vs round earth

Allah berfirman,

وَإِلَى الْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَت

“Dan bumi bagaimana ia dihamparkan?” (QS Al Ghasyiyah: 20)

Syaikh Abdurrahman As Sa’diy rahimahullah berkata dalam tafsirnya:

أي: مدت مدًا واسعًا، وسهلت غاية التسهيل، ليستقر الخلائق على ظهرها، ويتمكنوا من حرثها وغراسها، والبنيان فيها، وسلوك الطرق الموصلة إلى أنواع المقاصد فيها


واعلم أن تسطيحها لا ينافي أنها كرة مستديرة، قد أحاطت الأفلاك فيها من جميع جوانبها، كما دل على ذلك النقل والعقل والحس والمشاهدة، كما هو مذكور معروف عند أكثر الناس، خصوصًا في هذه الأزمنة، التي وقف الناس على أكثر أرجائها بما أعطاهم الله من الأسباب المقربة للبعيد،

فإن التسطيح إنما ينافي كروية الجسم الصغير جدًا، الذي لو سطح لم يبق له استدارة تذكر. وأما جسم الأرض الذي هو في غاية الكبر والسعة ، فيكون كرويًا مسطحًا، ولا يتنافى الأمران، كما يعرف ذلك أرباب الخبرة.

“Maksudnya adalah ia (bumi) dilebarkan begitu luas dan benar-benar dimudahkan supaya para makhluq bisa tinggal dipermukaannya. Dan supaya dimungkinkan untuk ditanami tumbuh-tumbuhan dan pepohonan, dibangun bangunan diatasnya, dibuat jalan-jalan yang saling terhubung, hingga bermacam-macam tujuan (yang bermanfaat lainnya) padanya.

Ketahuilah bahwa dihamparkannya bumi tidak berarti bertentangan bahwa dia bulat yang melingkar. Bisa saja langit meliputinya dari segala sisi-sisinya. Hal ini sebagaimana yang ditunjukkan dalam naql (dalil-dalil yang diriwayatkan), akal, indera, dan persaksian, sebagaimana disebutkan (dan) diketahui oleh kebanyakan orang. Terlebih lagi di zaman-zaman ini, dimana manusia telah mencapai (atau mendiami) sebagian besar darinya dengan apa-apa yang Allah telah berikan pada mereka dari sebab-sebab (atau sarana) yang mendekatkan yang jauh.


Sesunggunya penghamparan hanya menafikan bulatan tubuh yang kecil sekali, [maksudnya, menghamparkan untuk satu bulatan yang sangat besar...sedangkan kalau ada bola yang besar, permaidani pun boleh dihamparkan serta digulung di atas nya] yang mana kalau dihamparkan maka tidak tersisa bentuk bulatan (sebagaimana) yang telah disebutkan. Adapun tubuh bumi, yang mana ia benar-benar besar dan luas, maka ia bulat yang terhamparkan. Dan dua hal ini tidak saling bertentangan. Sebagaiamana hal ini diketahui oleh para ahli.”

Semoga bermanfaat... 




Assalamualaikum.. hari ni saya mau share pasal ni pulak.. tidak payah membebel panjang2 lah kan... jom kita baca kat bawa ni.. semoga bermanfaat untuk semua...

Image result for nature wallpaper

Dzikir adalah ibadah yang dapat dilakukan kapan pun, dimana pun dan dalam kondisi apapun. Dzikir adalah amalan sederhana yang dapat dilakukan oleh siapapun baik dalam kondisi sempit maupun lapang. Dzikir membuat hati menjadi tenang dan semakin mendekatkan kepada sang Khaliq, Allah subhanahu wa ta’ala. Allah memerintahkan hambanya untuk banyak berdzikir. Allah berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً 

“Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.” (QS Al Ahzab: 41)

Seorang muslim hendaknya selalu membasahi lisannya dengan Dzikir. Berikut ini diantara bacaan dzikir yang memiliki keutamaan yang begitu besar:

Pertama:
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ

Artinya: “Tidak ada sesembahan yang haq kecuali hanya Allah.”

Kalimat tauhid ini adalah bacaan dzikir yang paling utama. Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya doa yang terbaik adalah membaca: Alhamdulillaah. Sedang dzikir yang terbaik adalah: Laa Ilaaha Illallaah.” (HR. Tirmidzi 3383, dihasankan Albani)

Kedua:
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ

Artinya: “Maha Suci Allah dan aku memujiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.”

Rasulullah bersabda, “Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah: Subhaanallaah wabi-hamdih, subhaanallaahil ‘azhiim.” (HR Bukhari 6406 dan Muslim 2694)



Ketiga:

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Artinya: “Tidak ada Tuhan (yang hak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan. BagiNya segala pujian. Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu”

Rasulullah besabda, ““Barangsiapa yang membaca: Laailaaha illallaah wahdahu laa syariika lahu lahulmulku walahulhamdu wahuwa ‘alaa kulli syaiin qadiir, sepuluh kali, maka dia seperti orang yang memerdekakan empat orang dari keturunan Ismail.” (HR. Bukhari 6404 dan Muslim dengan lafazh yang sama 2693)



Keempat:

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ

Artinya: “Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dari Allah”

Rasulullah bersabda: “Wahai Abdullah bin Qais! Maukah kamu aku tunjukkan perbendaharaan Surga?” “Aku berkata: “Aku mau, wahai Rasulullah!” Rasul berkata: “Bacalah: Laa haula walaa quwwata illaa billaah (HR. Bukhari 6384 dan Muslim 2704)

Kelima:

سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ

Artinya: “Maha Suci Alah, segala puji bagi Allah, tidak ada sesembahan yang hak kecuali Allah, Allah Maha Besar.”

Rasulullah bersabda: “Perkataan yang paling disenangi oleh Allah adalah empat: Subhaanallaah, Alhamdulillaah, Laa ilaaha illallaah dan Allaahu akbar. Tidak mengapa bagimu untuk memulai yang mana di antara kalimat tersebut.” (HR. Muslim 2137)



Maraji’: Hisnul Muslim dan lainnya

—

Abu Zakariya Sutrisno. Riyadh, 17/12/1438H.

Artikel: SINI
Assalamualaikum semua nya, so, hari-hari macam nie, kita pun tengah semangat mau beraya kan, hari raya pun rasanya kurang dari 10 hari sudah.. woahhhh.. ni yang best tidak sabar lah pulak...
Cerita pasal raya ni, ada satu benda lah yang memang lucu..

PART PACKING BARANG-BRANG MAU BALIK BERAYA. [sengaja hakak bold kan biar jelas] hahaha..
benda ni boleh jadi isu buat kita kaum hawa ni.. cekedot kat bawah ni...

No photo description available.

kau rasa gambar kat atas nie macam mana..?? real sangat nie... hahah.. benda ni lah yang paling mencabar di hari raya..hahah.. memandangkan jarak tempat hakak tinggal ni dengan jarak kampung hakak memang jauh, memakan masa lebih dari 5 jam perjalanan, apakata, hakak sediakan payung sebelum hujan, packing jak mana yang patut kan...
balik 3 hari, tapi bawak beg macam pindah rumah lah pulak..hahah
baca kat bawa ni, sangat lah mencuit hati..

Jangan kau pertikai apa bini kau buat.
Jangan ingat kemas beg tu senang.
Walaupun kemas beg tu like kemas BEG je, tapi ia merupakan task paling mencabar bagi seorang isteri.
Dia perlu fikiran yang tenang, mood yang stabil, fokus yang bertumpu dan masa yang optimum untuk lakukan task tu dengan baik.
Jangan kau fikir semua baju adalah BAJU.
Baju ni ada banyak jenis baju.
Baju balik kampung.
Baju untuk masak di malam raya.
Baju pagi raya.
Baju ke dapur pada hari raya.
Baju berjalan ke rumah saudara.
Baju casual di malam hari pada hari raya.
Tu baru kategori baju isteri tu sendiri.
Belum masuk tudung.
Tudung jangan kau ingat satu jenis je.
Ada tudung sarung untuk ke dapur.
Ada shawl nak pakai pagi raya.
Ada tudung bawal nak match dengan baju casual.
Inner tudung.
Anak tudung.
Pin tudung.
Pin ni pun ada banyak kelas.
Pin kat telinga kena tajam.
Pin kat dagu kene kecik.
Pin kat bahu kena besar sikit.
Pin kat baju kebaya kena besar gedabak.
Pin baju biasa tu pun kena ada takut kain longgar 😂😂😂
Suami punya pun dia kena fikirkan jugak.
Bukan takat baju melayu je.
Butangnya, sampin nya, songkoknya.
Itu baru baju.
Baju tu pulak ada dekat 20 pasang yang dia dah siap iron. Siap congak hari pertama baju ni, hari kedua baju ni. Kalau seminggu kau balik kampung, ha memang nak roboh lah handle tangan kat ceiling kereta tu dia sangkut. Silap aribulan boleh melengkung bumbung kereta.
Belum dia nak bawa balik kipas, tilam, bantal selimut, extension, ubat nyamuk letrik dan segala keperluan alat tidur agar tidur suami dan anak anak lena.
Iron pun dia bawak weh!
Kasut?
Ha..ada kasut raya.
Ada kasut kalau nak pergi pasar kat rumah mak nanti.
Ada kasut kalau nak jalan jauh.
Hmmmmmm 😯
Ha...mandi cemane mandi...
Sabun mak..sabun anak..sabun bapak tak payah. Dia tibai je sabun apa apa yang ada dalam bilik mandi tu karang.
Shampu, ubat gigi, berus gigi, semua tu mesti cukup. Takde nak main sebat je orang lain punya walaupun dalam bilik air rumah mak tu karang ada dekat 10 jenis sabun mandi sebab semua orang bawak sendiri punya 😂
Ha..ok...cukup dah kot. Nak meletup dah pun beg tu ha.
Eh...ada lagi!
Barang mekaaappppp...
Bedak anak, bedak mak, shaver bapak, minyak rambut bapak..deodoran aih semualah... Ketip kuku pun dia bawak.. Cotton bud.. Dan penyepit bulu ketiak pun ada. Entah bila dia ada masa nak proses pun tak tahu 😜
Charger handphone..charger charger..
Tuuuuu kalau dia tak ingat memang takde le bercaj handphone tu karang.
Dan...dan..
Dia siap ada plan kontigensi.
Bawak panadol..minyak angin..blood pressure meter..home thermometer..mopiko..tiger balm..kot anak demam lah..takut anak kene gigit sengkenit lah. Macam macam.
Jarum jahit pun ada..benang..gunting...kot tertetas jahitan kat ketiak ke..tercabut butang baju raya anak ke.
Suami kerjanya apa?
Angkat je beg banyak banyak tu susun dalam kereta.
Jangan cakap pape.
Angkat.susun.senyum.

hakak malas mau cerita, yang penting situasi hakak ngan cerita kat atas ni memang sama..hahaha..
hakak punya lah ribut ...riuh sekampung walhal cuma kemas beg balik kampung jak pun..hahahah...
beg baju..beg tudung..beg bedak-bedak..beg ubat-ubat...beg mandian pulak...pening arhhhh...beg makanan belum masuk lagi ni..awasss...

PART PIN TUDUNG PULAK....


Kau rasa kaum hawa boleh terlepas kah dari mengalami perkara sedemikian rupa..???muka minta tampiling...haha  memang tidak lah...sebelum balik kampun hakak kira siap-siap pin tudung hakak, lepas majlis, segala macam hilang..amboi-amboi...kadang-kadang bukan hilang sebab kena pinjam, hilang sebab letak merata tempat, terjatuh, tinggal kat tudung semalam, dan paling lejen tinggal kat dalam kereta (disertakan percuma jarum peniti kat poket pintu)

baik kaum hawa mengaku jak lah.. haha.. bukan semua tapi majoriti..haha

ok lah.. bubye semua..hakak kejar masa jua nie mau menaip..
TQ sebab masih support blog MISS IFFAH...
 “FITNAH itu besar (dah­syat) daripada me­­lakukan pembu­nuhan.” - (Surah al-Baqarah ayat 217). Taf­siran ayat al-Quran pada surah berkenaan jelas memberi maksud kepada kita khususnya orang Muslim bahawa dosa ke atas seseorang melakukan fitnah bukan suatu perkara yang boleh dikompromi.

Image result for fitnah tumblr


Budaya fitnah bukanlah satu penyakit baharu, malah wujud sejak berkurun lamanya. Ketika zaman pemerintahan Rasulullah SAW, isteri baginda dituduh me­lakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Maa’thal pada tahun kelima Hijrah.

Penyebaran fitnah didalangi Abdullah bin Ubai itu telah menggemparkan masyarakat Madinah ketika itu menyebabkan Saidatina Aishah r.a jatuh sakit selama sebulan.
.
Walaupun masyarakat seringkali diingatkan melalui pelbagai siri ceramah ataupun kuliah agama tentang bahaya dan dosa me­lakukan fitnah, namun pesanan para agamawan itu seolah-olah mencurahkan air ke atas daun keladi. 

Amalan fitnah yang diban­dingkan dosanya lebih berat daripada membunuh bagaikan tidak memberi erti. Mereka hanyut dengan gejala penyebaran berita palsu itu dan seakan-akan puas apabila fitnah yang dicetuskan itu tersebar luas dalam kalangan masyarakat.
.
Jika zaman sebelum ini khabar berbaur fitnah tidak mudah dise­barkan kepada orang kedua, ke­tiga dan seterusnya, namun de­ngan munculnya pelbagai platform media sosial seperti Face­book, WhatsApp, Twitter dan Te­­legram telah menjadikan pe­nyakit fitnah ini semakin kritikal hingga sukar dibendung.
.
Walaupun Malaysia telah me­ngambil langkah proaktif sejak sekian lama dengan memper­kenalkan Akta Fitnah 1957 untuk membolehkan tindakan diambil terhadap si pemfitnah termasuk penjara ataupun saman ganti rugi, namun ia seolah-olah tidak menghalang segelintir individu yang mempunyai pengaruh dan kekayaan berhadapan dengan sebarang bentuk hukuman.
.
Mereka ini melempar fitnah kemudian didakwa dan dijatuhkan hukuman dan seterusnya membayar denda kemudiannya mengulangi kembali perbuatan keji tersebut. Matlamat mereka hanya mahu mencalarkan imej musuh dan fitnah dijadikan senjata utama.
.
.



Assalamualaikum semua...  mesti ada yang tertanya-tanya mana hilang nya cik iffah ni..??? lepas terpilih kat segmen 24 jam bloglist by mialiana.com, terus hilang... ehh..eh.. ada yang sabotaj kah macam mana..???

ehh...tidak ada yang sabotaj okeh... saya bercuti-cuti  Malaysia...sampai berganti bulan... jangan kan bulan yang berganti, status pun berganti sudah... dai Cik Iffah pergi ke Puan Iffah... naik pangkat jadi bini orang sudah...
Image result for nikah tumblr

Satu perkara yang sangat sukar untuk dipercayai ..tapi diterima.. tidak sangka tahun ni puasa berdua...raya berdua... tahun-tahun lalu orang sediakan makanan..tahun ni saya sediakan makanan pula...

Jadi, disini saya ingin menceritakan punca-punca saya hilang dari radar dunia blogger ni...
and obviously, punca utama nya ialah saya sibuk buat persiapan majlis nikah..iyalah, kalau orang lain yang atur kan semua, takut-takut last minute berkecai semua....so, saya pun mesti ada sekali turun padang bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar..

My previous post pun ada bagi hint pasal saya mau cari dulang buat hantaran kan.. hahaa...siapa perasan and catch up "ketchup"...good jobbb..hahah..
Saya menaip ni pun macam tiada feeling sangat sebab masa cuti tu, otak berkarat sangat.. idea pun tiada, so..mungkin sampai sini jak cerita ceritu saya hari ni...

lepas ni mungkin saya akan up lagi sikit entry .... lepas ni la kan...ok lah.. bubyeee....
Segmen 24 Jam Bloglist #32 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2019 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 20 Mac 2019, iaitu tepat jam 8.30 pagi sehingga hari esok, 8.30 pagi 21 Mac 2019. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #32 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2019.

** jom support Mia Liana....





Assalamualaikum... so, hari ni kita cerita pasal apa yang saya mau dan apa yang saya beli...?? hahaha.. mau dijadikan cerita, hari ni merupakan hari yang sangat sibuk, saya, adik dan ibu jalan pergi survey barang-barang untuk di isi dalam dulang hantaran...



Sebelum jalan, saya sudah plan mau beli apa semua... ada dalam list... mau beli wallet, tali pinggang, jam tangan.. dan lain-lain..
sampai di pekan, saya tidak jumpa semua benda tu... apa yang saya jumpa ialah....

MAKANAN...MAKANAN...MAKANAN..

ber-habis belanja sebab beli makanan.. nasib baik lah makanan tidak boleh berkira... Sampai kat rumah, saya buka semua plastik, mau tengok benda apa yang saya dah beli... check..punya check.. satu apa pun tiada lagi...

yang ada cuma, cucur udang, satee, takoyaki, minuman-minuman.. dan makanan lain yang sama waktu dengan nya... yeeehaaaaa...

amboi-amboi cik NORTAQIFA... engkau kalau bab makanan, tidak ingat dunia yaaaa....

hemmm... alamatnya, kena rajin-rajin lah exercise...

Kepada bakal suami Cik Iffah... saya paling pantang kalau dibawa ke kedai makan...ke DIY... sebab saya suka beli makanan dan barang-barang dapur...

habis lah nakkkkk....

ok lah.. siap sudah berceloteh pasal makanannnn.. lepas ni kita cerita pasal benda lain lagiiii...

Assalamualaikum...
*MOHON SEBARKAN UNTUK ANAK DAN BANGSA KITA*
Anda ingin menjadi seorang pendidik? atau usahawan? atau jurutera ? Tapi anda masi ragu dengan kelayakan anda?
JANGAN RISAU . !!! KOLEJ KAMI MENGAMBIL PELAJAR LEPASAN SPM DENGAN HANYA 3 KREDIT DALAM SPM.
Pengambilan pelajar sesi Mac – April kini dibuka bagi semua pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
BAYARAN PENDAFTARAN SEKALI SAHAJA SELAMA 3 TAHUN
✅Asrama percuma disediakan untuk semua pelajar selama 3 tahun. Tiada bayaran, tiada deposit dan tiada caj tersembunyi.
✅ Tiket penerbangan anda ditanggung sepenuhnya oleh pihak kolej.
✅ Elaun makan / sara diri diberikan kepada pelajar setiap bulan.
✅IPT yang diiktiraf sepenuhnya oleh kerajaan
✅Diiktiraf oleh MQA & JPA
✅Bekerjasama dengan UiTM & UPM
✅UNITI bekerjasama dengan kerajaan Negeri Sembilan
✅Graduan boleh bekerja dengan sektor kerajaan dan swasta
✅22 tahun dalam sektor pendidikan sekaligus menunjukkan ianya stabil & terbaik.
✅10 IPT terbaik di dalam MALAYSIA
✅PINJAMAN PTPTN DISEDIAKAN
KELEBIHAN - KELEBIHAN JIKA ANDA MENDAFTAR DI KOLEJ KAMI :
👍Penginapan asrama disediakan sepanjang tempoh pengajian
👍Terletak dikawasan yang tenang agar pelajar lebih fokus dalam pembelajaran
👍Pakej yuran pengajian yang rendah
👍Kawalan CCTV 24 Jam
👍Kemudahan surau, koperasi, dobi,cafe,gelanggang sukan
UNTUK PROGRAM YANG DITAWARKAN & SEMAKAN KELAYAKAN, BOLEH TERUS wassup https://wasap.my/60199114306/sayaNAK
UNTUK PROGRAM YANG DITAWARKAN & SEMAKAN KELAYAKAN, BOLEH TERUS wassup https://wasap.my/60199114306/sayaNAK
.
#PendidikanAwalKanakKanak
#EarlyChildhoodEducation
#KolejUNITIPortDickson
#UNITIPilihanTerbaikAnda
#BerilmuBerakhlakBerbakti
#KolejKeusahawanan
#KolejAdaElaun
#Kolej6Bintang
#KolejTepiPantai
#BelajarSambilBuatDuit
#Halatuju
#SPM2018
#SPM2019
#TawaranSambungBelajar
#UNITIAsia




Assalamualaikum... ok guys.. sempena Raya Cina ni.. saya akan cuti selama seminggu.. sebab saya mau balik kampung..

NO..NO..NO... Saya bukan Chinese girl.. tapi alang-alang kita semua cuti kan.. jadi saya pun cuti jua lah...
kat kampung tu memang masa sangan terhad.. masa yang ada saya luangkan untuk family saja...

ok semua... Pasal permasalahan yang kita semua bahaskan pasal GOOGLE PLUS tu kan... apa kata kita stalk blog kawan kita sorang ni...

Jom Kemas Kini Pada Google+ Dan Blogger - OMBAK BERGIGI

ok guys... berterima kasih lah sebab terjumpa post yang sedemikian rupa...  lepas balik dari bercuti ni... baru saya mau buat apa yang patut pasal PLUS -PLUS ni.... haduuuuuuhhh....

By The Way... nantikan post saya selepas ini pasal 1000 kebaikan kita tertutup sebab 1 kesalahan.. itu lah yang saya rasa dunia sekarang alami..

ok bye.. saya curi-curi jak ni menaip...haha.. orang lain sibuk bersiap balik kampung.. saya berbunyi macam bertukang..macam keretapi depan PC.. hahaha..






Assalamualaikum... saya masih dalam keadaan terkejut sebab berita ni..so, entry kali ni buat macam announcement lah jua kan..
Siapa-siapa yang aktif kat Gplus tu, samada blogger atau bukan blogger sila lah download apa-apa yang patut dari akaun google+ kamu.. sebab google+ akan dipadam pada 2 April 2019... sedih..sedih sedih..

MACAM MANA SAYA TAU.??
sebab tadi masa saya mau update widget google+ kat sidebar.. tapi check-check kat akaun saya follower cuma 11 orang.. hmmm.. tidak jadi lah.. tiba-tiba nampak announcement dari gogle.. alamak.. like seriously.??? google plus akan di padam..??? oh nooooo..!!!!!




KENAPA GOOGLE+ DI PADAM.??
Bedasarkan pemahaman saya lah....dia dipadam sebab tidak ramai orang yang menggunakan google+.. alahhhh. saya baru mau berjinak-jinak guna google+..

Baik kamu baca di bawah ni... surat rasmi dari gPlus..

In December 2018, we announced our decision to shut down Google+ for consumers in April 2019 due to low usage and challenges involved in maintaining a successful product that meets consumers’ expectations. We want to thank you for being part of Google+ and provide next steps, including how to download your photos and other content.

On April 2nd, your Google+ account and any Google+ pages you created will be shut down and we will begin deleting content from consumer Google+ accounts. Photos and videos from Google+ in your Album Archive and your Google+ pages will also be deleted. You can download and save your content, just make sure to do so before April. Note that photos and videos backed up in Google Photos will not be deleted.

The process of deleting content from consumer Google+ accounts, Google+ Pages, and Album Archive will take a few months, and content may remain through this time. For example, users may still see parts of their Google+ account via activity log and some consumer Google+ content may remain visible to G Suite users until consumer Google+ is deleted.

As early as February 4th, you will no longer be able to create new Google+ profiles, pages, communities or events. See the full FAQ for more details and updates leading up to the shutdown.

If you’re a Google+ Community owner or moderator, you may download and save your data for your Google+ Community. Starting early March 2019, additional data will be available for download, including author, body, and photos for every community post in a public community. Learn more

If you sign in to sites and apps using the Google+ Sign-in button, these buttons will stop working in the coming weeks but in some cases may be replaced by a Google Sign-in button. You’ll still be able to sign in with your Google Account wherever you see Google Sign-in buttons. Learn more

If you’ve used Google+ for comments on your own or other sites, this feature will be removed from Blogger by February 4th and other sites by March 7th. All your Google+ comments on all sites will be deleted starting April 2, 2019. Learn more

If you’re a G Suite customer, Google+ for your G Suite account should remain active. Contact your G Suite administrator for more details. You can also expect a new look and new features soon. Learn more

If you're a developer using Google+ APIs or Google+ Sign-in, click here to see how this will impact you.

From all of us on the Google+ team, thank you for making Google+ such a special place. We are grateful for the talented group of artists, community builders, and thought leaders who made Google+ their home. It would not have been the same without your passion and dedication.

I wonder...apa lah jadi sama blog kita ni kalau Google+ di padam..?? macam mana komen-komen kita??  dear Googleplusean..biasa-biasakanlah diri tanpa google+..
dan saya sekarang dalam proses menge-check balik apa-apa yang saya pernah upload dalam google+ akaun saya ..baik download awal..hmmm... sedih -_-

https://support.google.com/plus/answer/9195133
Assalamualaikum ... now time to join a segmen.... so, segmen kali segmen giveaway by yayaazura.com... mari lah join ramai-ramai.. hahaha.. orang birthday kita kena meriahkan majlis lah .....

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]

Macam biasalah...kalau saya join segmen, benda wajib saya letak ialah syarat-syarat nya kan.. so.. tengok syarat dia kat bawah ni..

1. Follow IG : KLIK SINI *wajib

2. Like FB Page : KLIK SINI *wajib

3. Add Friend FB Personal : KLIK SINI *wajib

4. Follow Blog : klik di sidebar *wajib

5. Follow G+ : klik di sidebar *wajib

6.Copy banner di atas dan buat satu entri ringkas bertajuk :
BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM
(backlink banner ke entri ini) *wajib

7. Ucapan ringkas sempena ulang tahun kelahiran

8. Letakkan URL entri penyertaan anda diruangan komen di bawah entri ini.

"So, this is for you..  On your special day, i wish you all the very best, all the joy you can ever have and may you be blessed abundantly your day,  today, tomorrow and the days to come! May you have a fantastic birthday and many more to come..Let Allah SWT decorate each GOLDEN RAY OF THE SUN reaching u with wishes of Success, Happiness and prosperity 4 U, Wish you a super duper Happy Birthday"

Ok guys... siapa yang belum join tu... mari join sekali... ni tarikh dia.. 
01/02/2019 - 28/02/2019




Assalamualaikum.. ok hari ni saya mau cerita pasal kegigihan dan kesungguhan AKU jadi photographer untuk adik-adik yang tercinta.. so...memang jadi kebiasaan kita lah kan sekarang ni pergi mana-mana mesti snap gambar... tidak sah kalau tidak begambarbiarpun satu.. [bukan semua...8/10 jak begitu..hahah]

Mau dijadikan cerita, satu hari tu kami satu family pergi jalan-jalan di pantai... alaaa.. mau santai-santai lah kan.. lepas tu saya tengok dia punya pantai tu, punya lah tenang..rasa macam mau berendam pun ada.. tapi harap maklum lah... kalau saya berendam di pantai, sejam dua jam memang tidak cukup....

saya ni bukan jenis yang suka begambar sana sini...  [malu wehh] ...tapi hari tu, memandangkan yang ada di sana cuma kami, saya pun apa lagi.. feel-feel model lah.. mau kena snappp sana sini...
tapi sebelum tu saya suru adik-adik saya yang jadi model.. biar saya yang ambik gambar diorang... dan hasil nya macam yang di bawah ni.


saya punya feel tu jadi photographer macam apa jak.. haha.. saya siap buka langkah macam silat mau snap diorang ni... cara saya cari angle tu macam ber-kung fu pun ada..hahaha... dan hasil nya..yeahhh.. saya puas hati.. dan adik saya pun puas hati lah konon.. dia trus jadi wallpaper fon dia.. hahaha..

then saya tunjukkan dekat adik saya... '' abg..macam ni ahh..gambar kaka macam ni... kira sampai tiga.. tunggu ombak sampai di kaki kaka baru kau gambar ok abg..??''

''ok kak... abg boleh jua''..snap...snap..snap.... " kak..kak..kak... siap sudah... sini kaka tengok.. cantik kak..."

dan hasil nya.. yeahhhhh... yeahhh..yeahh.. down teruss...



saya gigih teriak kat dia cara-cara snap gambar saya... and what i get back is 1 gambar tanpa kepala... ombak mana..?? ombak mana..?? ombak sudah lepas baru dia klikkk..?? kepala hakak mana wehh..???

dan ini.. apa motif.. haalaaaaahhhh... apa lah ni..??? hahaha.. ok fine... tidak apa lah.. kalau mau cantik-cantik gambar.. nanti cari photographer.. hahaa... amboi-amboi kamu...kaka gambar kamu syantik-syantik..kamu gambar kaka macam ni ya..??? ahahaha.. 
ok bye.. hahaah... 
#gelagat adik-adik...hahaha
Assalamualaikum semua... mau di jadikan cerita, adik saya ni baru masuk tingkatan 1...jadi rasanya ramai lah jua kenalan baru dia kan.. jadi satu hari tu dia balik dari sekolah lepas tu dia cakap dekat saya,
"kakak, adik ada kawan bah nama dia kan.. khaulah..."
..saya pun jawab lah.. " iyakah? khaulah apa nama dia.?"..
" entah..khaulah najwa kali"...
" Ouh...cantikkan nama dia.. nama dia sama macam nama apa.??"
"ahhh.. nama siapa ahh.??"
"abg tau..nama dia macam ni..kau..kaulah..aku..akulah"sampuk adik lelaki saya..
"aikk...bukan lah..mengarut jak abg ni.. sini kakak cerita siapa tu khaulah.. nama penuh dia khaulah al-azwar..dia tu pahlawan wanita di zaman nya...dan bla..bla..bla.."

Dan di situlah timbulnya idea saya mau cerita tentang Bidadari Besi hari ni...ikuti kisah Khaulah Al-Azwar di bawah ni..

Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.


Beliau adik kepada Dhiraar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi bagi pencinta sirah Islam. Teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Jika diteliti sirah mujahidah ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan muslimat paling handal dalam sejarah Islam.

Dalam perang Yarmuk, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.

Dalam peperangan itu, Dhiraar Al-Azwar, pahlawan perang yang terkenal dengan keberanian sehebat seribu perajurit ditawan pasukan Romawi. Keadaan itu menyebabkan Khalid begitu marah dan memerintahkan pasukannya membebaskan Dhiraar.

Dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng, beliau yang menyertai pasukan Khalid bin Al-Waleed meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat; membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan berlawan.

Keberanian perajurit bertopeng itu mengejutkan pasukan Romawi. Panglima Khalid begitu kagum dan berasa hairan. Siapakah perajurit bertopeng itu?

Ketika ditanya, perajurit bertopeng itu mengelak tetapi Khalid terus mendesak. Akhirnya, rahsia terbongkar.

“Wahai panglima. Aku tidak mengelak darimu kecuali kerana rasa malu terhadapmu. Anda seorang panglima besar, sedangkan aku wanita. Tetapi. Aku terpaksa melakukan ini kerana hatiku sakit dan marah.Aku adalah Khaulah binti Al Azwar. Aku sedang bersama wanita kaumku. Kemudian datang orang memberi khabar bahawa saudaraku Dhiraar ditawan, maka aku pun menaiki kuda dan melakukan apa yang anda lihat ini.”

Khalid sedih bercampur hairan, mengapa wanita sanggup keluar ikut berjihad dengan gigih untuk menyelamatkan tawanan perang.Sejak itu, Panglima Khalid bersumpah menyelamatkan Dhiraar. Peperangan terus berkecamuk dan akhirnya, kemenangan berpihak kepada pasukan Arab. Dhiraar berjaya dibebaskan daripada tawanan Romawi.

Demikian sejarah perjuangan Islam yang disertai serikandi Islam yang tidak gentar bertempur bersama perajurit lelaki. Mereka berada di belakang pasukan kerana jika ada perajurit yang luka, mereka yang merawatnya.

Hingga zaman pemerintahan Usman bin Affan, Khaulah menyaksikan pelbagai peristiwa dan bencana. Kegigihannya di medan peperangan menimbulkan kekaguman seperti peristiwa pertempuran bertopeng itu.

Suatu ketika, kepala perajurit Romawi menjadi mangsa pukulan tiang khemah yang dicabut Khaulah ketika beliau memimpin wanita yang bersamanya di medan peperangan.

Ia berlaku ketika pertempuran pasukan Arab dan Romawi kedua di Maraj Daabiq. Sekali lagi, Khaulah kehilangan saudara lelakinya, Dhiraar, yang ditawan musuh. Kesedihannya digarap pada syair dan tangisan yang mendorong semangat pasukan Islam untuk menuntut Romawi membebaskan Dhiraar.

Beberapa wanita lain yang suami mereka menjadi tawanan turut memberi semangat supaya tentera Islam lebih berani.

Pasukan Arab berjaya menyerbu daerah utara Syam dan mengepung Antarkia manakala beberapa tawanan dibebaskan, termasuk Dhiraar. Malangnya Khaulah dan beberapa wanita lain pula menjadi tawanan Romawi.

Dalam tawanan pasukan musuh itu, Khaulah tidak menyerah kalah. Beliau berseru kepada temannya: 

“Hai puteri Himsyar sisa keturunan Tubba, apakah kalian rela menjadi tawanan Romawi dan anak kalian menjadi budak mereka?
“Lebih baik kita mati daripada menjadi tawanan yang hina dan melayan Romawi keparat.”

Dengan semangat pantang menyerah, Khaulah mengetuai teman tawanan wanita dengan mengambil tiang khemah. Bersenjatakan tiang itu, mereka melawan pasukan Romawi dengan memukul kepala mereka. Berkat keberanian itu, mereka berjaya membebaskan diri.

"Keyakinan kepada Allah ibarat air kedamaian yang tidak pernah kering menjadikan muslim & muslimah tetap tegar di saat orang lain berguguran dan tetap tenang di saat orang lain ketakutan"

MasyaAllah...begitu sekali perjuangan mereka demi mempertahankan keluarga, maruah dan martabat kaum wanita... betapa jauhnya beza dengan hari ini..
semoga jadi iktibar.
Abdul Rahman Bin Auf adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang akrab. Beliau juga adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang terkaya sebagaimana juga halnya dengan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a. Menurut ahli sejarah, Abdul Rahman Bin Auf dilahirkan 10 tahun sesudah tahun gajah dan beliau hidup sebagai seorang pemuda Quraisy dikota Mekah yang ketika itu penuh dengan bermacam-macam kemaksiatan jahiliah berupa penyembahan berhala maupun kejahatan-kejahatan lainnya. Namun demikian Abdul Rahman terhindar dan bermacam-macam kejahatan yang berleluasa ketika itu. Bahkan sebelum memeluk agama Islam lagi, Abdul Rahman Bin Auf telah mempunyai anggapan bahawa minuman arak itu adalah terlarang.

Related image

Abdul Rahman Bin Auf telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w memasuki Darul Arqam lagi. Dengan hal demikian nyatalah bahawa beliau tergolong orang-orang Islam yang permulaan dan menurut riwayat beliau adalah orang yang 8 dan orang-orang permulaan yang memeluk Islam. Adalah diriwayatkan bahawa ibu Abdul Rahman Bin Auf sesudah mengetahui Abdul Rahman Bin Auf memeluk Islam, iapun berkata kepada anaknya, "Aku akan berjemur dipanas matahari yang terik di waktu siang dan di waktu ma1am yang sejuk aku akan bermalam diruang lapang, hinggalah engkau mengaku akan kembali semula kepada agama nenek moyangmu. Dimikian ibunya mengancam. Sungguhpun begitu Abdul Rahman Bin Auf tetap tegak memeluk ugama suci dan mencintai Rasulullah S.A.W.

Adapun nama asal Abdul Rahman sebelum beliau memeluk Islam ialah Abdul Ka'abah, tetapi kemudian setelah Islam beliau menukar namanya kepada Abdul Rahman. Sebagai seorang sahabat Rasulullah yang akrab, Abdul Rahman mempunyai satu keistimewaan yang khas iaitu berjuang untuk menegakkan ugama Allah bukan saja dengan pedangnya bahkan dengan harta dan kekayaannya. Beliaulah antara para sahabat yang banyak sekali mengorbankan kekayaannya untuk memperjuangkan kepentingan Islam. Abdul Rahman pernah membahagikan dua kekayaannya untuk dibahagikan kepada fakir miskin dan pernah pula menyerahkan seluruh kekayaannya untuk keperluan sabilillah demi menegakkan panji-panji Islam.

Ramai sahabat yang telah memimpin penjuangan Islam dan menyibarkan syiar Islam yang berjuang sebagai panglima atau sebagai pahlawan Islam yang dikenal sejarah, tetapi Abdul Rahman Bin Auf telah melakukan kepahlawanannya dengan jalan menyerahkan seluruh kekayaannya dalam menegakkan Islam.

Sebagai seorang Islam yang permulaan, Abdul Rahman Bin Auf juga telah mengalami berbagai penderitaan dan penyiksaan dari masyarakat Quraish di Mekah. Oleh kerana memandangkan keadaan kaum Muslimin yang sangat sedikit itu sementelahan pula mengalami berbagai macam ancaman maka Rasulullah s.a.w akhirnya telah memerintahkan para pengikutnya supaya melakukan hijrah ke negeri Abbysinia kerana menurut Rasul disana ada sebuah kerajaan yang tidak berlaku zalim terhadap rakyatnya. Tidak lama kemudian maka berangkatlah rombongan pertama yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita dan 17 wanita serta anak-anak. Dan diantara yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita lalu disusul dengan rombongan kedua yang terdiri dan 83 lelaki dan 17 wanita serta anak-anak. Dan di antara yang melakukan hijrah tersebut termasuklah Abdul Rahman Bin Auf.

Tidak lama kemudian Abdul Rahman Bin Auf dan beberapa temannya telah kembali ke kota Mekah sehingga sampai pada waktu Allah s.w.t memenintahkan kepada Rasulullah s.a.w untuk melakukan hijrah keYathrib( Madinah) dilakukan Rasulullah sendiri dan para sahabatnya dan diantaranya termasuk juga Abdul Rahman Bin Auf.

Setiba di Madinah sebagaimana yang diperlakukan oleh Rasul terhadap lain-lain sahabat dalam rangka memberikan bantuan, maka Abdul Rahman Bin Auf telah dipersaudarakan oleh Baginda dengan Sa'ad Bin Rabi' seorang daripada golongan Ansar.

Demi kecintaan Saad Bin Rabi' kepada saudaranya dan golongan Muhajirin, beliau telah mengatakan kepada Abdul Rahman demikian antara lainnya, "Saudara, ketahuilah bahawa saya adalah seorang Ansar yang banyak harta, dan kiranya saudara sudi ambillah separuh dan kekayaan saya itu. Saya juga mempunyai dua orang isteri dan kiranya Saudara sudi mana satu antaranya, saya sedia mencaraikannya supaya boleh saudara mengahwininya. Mendengarkan kata-kata sahabatnya itu Abdul Rahman Bin Auf seraya menjawab, "Saudaraku, semoga Allah akan memberikan berkat terhadap keluarga dan hartabenda saudara. Janganlah disusahkan tentang din saya ini, yang penting bagi saya ialah kiranya saudara sudi menunjukkan saya jalan menuju ke pasar.

Sungguh beliau memang seorang pedagang yang berbakat dan pintar. Dalam sekejap masa saja beliau berjaya menunjukkan keahliannya dalam berdagang hingga berjaya memperoleh harta yang banyak. Beliau mempunyai 100 ekor kuda yang dapat dipergunakan dalam peperangan 100 ekor unta dan 10,000 ekor kambing sehingga diwaktu beliau meninggal, tatkala dihitung seperempat dan kekayaannya menyamai jumlah 84 ribu dinar. Akan tetapi disamping kekayaannya yang melimpah-limpah itu, bellau termasuk orang yang paling dermawan dan paling pemurah juga merupakan seorang tokoh sahabat yang paling banyak berbuat kebajikan terhadap kaum fakir miskin.

Pada zaman Rasulullah S.A.W, beliau pernah membahagikan seluruh kekayaannya dan menyerahkan yang sebahagian itu kepada orang-orang yang memerlukannya. Pernah terjadi dalam satu peristiwa, Abdul Rahman Bin Auf mengeluarkan sedekah sekali duduk sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan senjatanya pakaian makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan juga dalam waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh 500 unta.

Memandangkan jasa dan pengorbanan menegakkan Islam dengan hanta kekayaannya Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Abdul Rahinan Bin Auf adalah saudagar Tuhan " sebagai memujinya atas peranannya menegakkan ugama ALlah dengan harta kekayaan. Dalam satu riwayat lain pula Rasulullah pernah bersabda, "Sesungguhnya mereka yang memelihara keluarga saya setelah saya meninggal dunia adalah manusia yang benar dan manusia yang mempunyai kebajikan. Dalam hal ini Abdul Rahmanlah salah seorang sahabat yang menyahut seruan Rasulullah s.a.w kerana beliaulah yang menyiapkan kemudahan untuk Ummul Mu'minin dalam melakukan ibadah haji dibawah lindungan beliau.

Disamping memiliki kekayaan yang melimpah-limpah beliau adalah seorang yang takut dan benci kepada harta kekayaan dan selalu menghindarkan din dan penganuh kekayaannya. Adalah diriwayatkan bahawa pada suatu han Abdul Rahman Bin Auf menangis tersedu-sedu lalu ia ditanyai orang apakah yang menyebabkan beliau menangis itu, lalu dijawabnya, "Sesungguhnya Mas'ab adalah lebih baik daripadaku kerana ia meninggal dunia di zaman Rasul dan diwaktu meninggal dunia ia tidak memiliki sepotong kain yang dapat dijadikan kafan untuk membungkusnya. Sesungguhnya Hamzah Bin Muttalib adalah manusia yang lebih utama daripada saya padahal ia tidak mempunyai kain yang dapat dijadikan kafan untuk memakamkannya. Saya khuatir saya ini termasuk di antara orang-orang yang dipercepat untuk menikmati kebahgiaan dunia fana ini dan saya khuatir bahawa saya akan tersisih daripada para sahabat Nabi diAkhirat kelak disebabkan kerana saya mempunyai banyak harta. Dalam satu riwayat yang lain pula diceritakan orang bahawa tatkala Abdul Rahman Bin Auf memberikan makanan kepada tamunya beliau tiba-tiba menangis lalu ditanyai orang, "Mengapakah engkau menangis hai Ibnu Auf ?" Ia lalu menjawab, "Nabi telah wafat, sedangkan ia dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh roti gandum.

Demikianlah jiwa Abdul Rahman Bin Auf salah seorang sahabat besar Rasulullah. Memandangkan besarnya semangat pengorbanannya itu maka tidaklah hairan kiranya Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa Abdul Rahman adalah di antara sepuluh orang yang telah digembirakan oleh baginda Rasul akan memasuki syurga.

Dizaman Khalifah Umar Al Khattab, Abdul Rahman Bin Auf telah memperoleh kehormatan dan keutamaan di sisi Khalifah. Di zaman Khalifah, beliau pernah dilantik oleh Khalifah Umar untuk memimpin rombongan haji pada tahun pertama setelah Saiyidina Umar dipilih sebagai khalifah. Malah beliau jugalah salah seorang yang telah diwasiatkan oleh Khalifah Umar Al Khattab sebelum kewafatan beliau menjadi salah seorang ahli dalam majlis jawatankuasa di antara enam orang anggota bagi memilih calon khalifah yang akan menggantikan baginda. Beliaulah juga tokoh yang mengetuai tugas untuk menentukan siapakah yang bakal menggantikan Khalifah Umar Al Khattab sebagai khalifah ketiga umat Islam yang akhirnya jatuh ketangan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a.

Pada tahun 31 Hijrah, setelah menempuh hidup didunia yang fana mi selama 74 tahun, berpulanglah tokoh sahabat besar ini kerahmatullah. Dalam usia 75 tahun. Dan sebelum meninggalnya, Ummul Mu'minin Aisyah telah menawarkan bahawa jika ia menghendakinya akan ditempatkan kuburannya nanti di sisi kuburan Nabi, Abu Bakar dan Umar r.a. Dengan suara yang merendah diri ia menjawab bahawa ia malu jika diberi kedudukan yang sedemikian tingginya untuk berkubur di samping Rasul. Dan ia juga menyatakan bahawa dirinya telah terikat janji dengan Uthman Bin Mazh'un bahawa jika salah satu di antara mereka berdua meninggal dunia lebih dahulu, maka ia akan berkubur di samping kuburan kawannya yang lain. Jenazah beliau telah dikebumikan di Baqi dan disembahyangkan oleh Saiyidina Uthman Bin Affan, Zubair Ibnul Awwam dan lain-lain tokoh sahabat.


*Sumber dari islam2u.net

Assalamualaikum.. wah.. lama nya laaa bercuti cik hakak satu orang ni...ok.. sebagai permulaan, saya mau mulakan dengan join segmen GA.. ok..hahaha... jom kita terjah kat bawah ni..


Sudilah kiranya korang ketik kat banner tu kalau mau join ya.. para hadirin sekalian..

Tajuk sudah
Banner pun sudah,
kini tinggal syarat sebagai penyudah.
sebelum tutup cerita.
cewahhhhh...

"syarat-syarat nya...syarat-syarat nya..jangan lah malu, katakan saja apa syarat nya..." in the style of mak eton dan mak sudin punya scenen dalam bujang lapok] hahah..

SYARAT - SYARAT ;

1. Follow blog ombakbergigi - (click here) *sudah

2. Follow Ig & FB - @ombakbergigi | Shuhada Herman *sudah

3.Copy banner dan buat satu entry bertajuk GIVEAWAY DOMAIN BARU BY OMBAKBERGIGI.COM *(please backlink to this post) *sudah

4. Dalam entry penyertaan boleh komen mengenai blog I ; kekurangan blog I / apa yang perlu ditambah atau dibuang! & kalau korang rajin lagi bolehlah komen di entry entry lama I hehehe *takwajib

5. Tinggal kan komen dalam entry penganjur.



Sedikit sebanyak ucapan ikhlas di hari ini buat ombak.. blog cantik.. kemas.. saya suka..saya suka...
cantik nya Header... <3 <3 ...entry pun besttt jak.. ;* ... orang bukan mau bodek..kalau tidak percaya..p cek sendiri blog dia..hahah..

ok lah.. ini jak untuk hari ni..bye..



Assalamualaikum.. lama betul bercuti-cuti Malaysia saya ni.. ok lah.. harini saya kongsikan benda ni pula.. hokeh....?
Image result for api neraka

Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Seringan-ringannya seksaan ahli neraka, iaitu seseorang diberi dua alas kaki dari api maka alas itu di ikat dikakinya, maka otaknya menjadi mendidih sebab dari kedua alas kaki itu, sebagaimana mendidihnya air yang ada di dalam kendil, sampai jiran-jirannya dapat mendengar mendidihnya otak tersebut.

Gigi gerahamnya pula menjadi bara api, bibirnya menjadi bara api, nyalanya api itu sampai keluar dari dalam perutnya, dari kedua telapak kakinya. Orang yang disiksa seperti ini beranggapan bahawa dirinya termasuk penduduk neraka yang sangat pedih siksanya. Padahal sesungguhnya dia termasuk dari penduduk neraka yang ringan siksanya”.

Oleh itu jauhkan diri kita akan jalan yang menuju kearah seksaan api neraka. Bayangkanlah itu adalah seksaan yang paling ringan, macam mana dengan seksaan yang lain?

"Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor sebanyak 4 raka'at maka Allah s.w.t. akan mengharamkan dirinya dari api neraka". hadith riwayat Abu Daud dan Tarmizi

"Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melalukan solat dan selama kamu tidak berhadas. Berkata Malaikat, "Ya Allah, ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya". hadith riwayat Bukhari

*Sumber dari blogtokwan.blogspot.com
Newer Posts
Older Posts

H E L L O !


Hello, There!

In a world where you can be anyone, be yourself.Welcome to my Blog.


Followers

Blog Archive

  • ►  2024 (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2021 (14)
    • ►  September (11)
    • ►  August (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (8)
    • ►  December (4)
    • ►  January (4)
  • ▼  2019 (19)
    • ▼  September (1)
      • Morning Sickness teruk.??? - Cikiffah
    • ►  July (2)
      • Siapakah AKU? -Effah
      • TUJUH MAHKOTA DUNIA AKHIRAT - Cikiffah
    • ►  June (2)
      • Bumi Dihamparkan (Bulat atau Datar) - Cikiffah
      • ZIKIR YANG UTAMA - Cikiffah
    • ►  May (3)
      • MOOD RAYA KAH KITA.??? - Cikiffah
      • #FITNAH -Cikiffah
      • Status Baru.?? - Cikiffah
    • ►  March (3)
      • Segmen 24 Jam Bloglist #32 Mialiana.com
      • Lain di cari- Lain dijumpa..?? - Cikiffah
      • JOM MASUK KE UNITI - Cikiffah
    • ►  February (4)
      • Bercuti seminggu - Cikiffah
      • Google+ di padam.?? -Cikiffah
      • BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM
      • Kakak Vs Acik - Cikiffah
    • ►  January (4)
      • Khaulah Al-Azwar Bidadari Besi - NORTAQIFA ABD SHAIDI
      • ABDUL RAHMAN BIN AUF ra. - Saudagar Islam Yang Ber...
      • GIVEAWAY DOMAIN BARU BY OMBAKBERGIGI.COM
      • Seringan-ringannya Seksaan Ahli Neraka
  • ►  2018 (70)
    • ►  December (1)
    • ►  November (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (8)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (12)
    • ►  February (20)
    • ►  January (10)
  • ►  2017 (31)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (6)
    • ►  July (12)
    • ►  June (1)
    • ►  May (7)
  • ►  2016 (16)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (6)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (32)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (26)

Shout it

      

LET’S BE FRIENDS

My Blog List

FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by DAILY WITH ME | Distributed by DAILY WITH ME